Bahaya Membiarkan Anak Sendirian Dalam Kereta!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 28/12/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Ada masanya, tanpa sengaja, ibu bapa tertinggal anak-anak dalam kereta; ada masanya perbuatan tersebut memang disengajakan dan ada juga yang menjadikan kereta sebagai tempat untuk anak-anak bermain. Malangnya, kemalangan boleh berlaku tanpa diduga. Dan ia adalah benar-benar tidak selamat dan bahaya membiarkan anak sendirian tanpa pengawasan anda atau individu dewasa di dalam kereta.

Kenapa bahaya meninggalkan anak sendirian dalam kereta?

Renjatan haba (heatstroke (hyperthermia)) adalah risiko paling besar. Ia boleh merosakkan otak dan organ badan yang lain. Malah, ia juga berpotensi menyebabkan kematian. Meninggalkan anak di dalam kereta boleh menyebabkan suhu badan mereka meningkat dan menjadi terlalu tinggi dalam tempoh yang singkat.

Dalam tempoh 10 minit, suhu dalam kereta boleh meningkatkan 20℃ dan dalam masa 1 jam, ia boleh meningkat kepada 40℃. Ia tidak memerlukan kepanasan di luar kenderaan untuk menyebabkan keadaan di dalam kereta menjadi bahaya. Kematian boleh berlaku apabila suhu menjadi 21.1℃ di luar. Menurunkan tingkap sedikit untuk memberikan pengudaraan berlaku tidak dapat menghalang suhu dari meningkat ke tahap yang bahaya.

Tubuh seorang individu kanak-kanak boleh memanas 3 hingga 5 kali lebih cepat berbanding tubuh seorang individu dewasa. Mungkin terdapat bahagian pada tubuh kanak-kanak yang menyerap haba dengan cepat.

Keupayaan untuk menyejukan tubuh untuk kanak-kanak belum berkembang dengan baik. Kebanyakan kanak-kanak meninggal dunia kerana renjatan haba selepas ditinggalkan sendirian di dalam kereta berusia 3 tahun dan ke bawah. Namun, terdapat juga kes yang berlaku kepada kanak-kanak berusia 14 tahun.

Faktor lain kenapa ia bahaya meninggalkan anak sendirian di dalam kereta adalah mereka mungkin tanpa sengaja mengerakkan kereta, terperangkap dalam bonet atau mungkin diculik dari kereta.

Cara mencegah

Jangan meninggalkan anak anda, walaupun untuk tempoh yang sekejap di dalam kereta. Anda mungkin tidak terfikir bahawa anda akan terlupa tentang anak yang berada di tempat duduk belakang, tetapi percayalah, ia boleh berlaku. Jadual kerja yang padat, keletihan, kurang tidur dan pelbagai tugasan harian lain boleh mengalihkan perhatian dan fokus dengan mudah.

Anda boleh membuat peringatan pada telefon pintar atau kalendar elektronik anda untuk memastikan anda membawa turun anak anda ke rumah pengasuh setiap pagi, dan tidak meninggalkannya di dalam kereta.

Anda juga boleh meminta pengasuh untuk menghubungi anda sekiranya anda terlambat untuk menghantar anda dari waktu kebiasaannya. Atau letakkan mainan anak di dalam kereta dan letakkan ia di kerusi sebelah pemandu apabila anak anda ada bersama anda – ia bertindak sebagai peringatan.

Cara lain untuk melindungi anak anda:

  • Jangan benar atau biarkan anak anda bermain di dalam kereta.
  • Pastikan semua pintu, bonet terkunci apabila tiada sesiapa di dalam kereta.
  • Simpan semua kunci dari capaian anak-anak.
  • Sekiranya anak anda hilang, periksa kolam terlebih dahulu jika anda mempunyainya. Kemudian, periksa kereta termasuk bahagian bonet.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga: