Bagaimanakah Menjaga Tunggul Tali Pusat Bayi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tali pusat memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Ia berfungsi sebagai penghubung antara ibu dan bayi untuk menyalurkan oksigen, antibodi serta merupakan sumber utama makanan untuk bayi. Tali pusat ini perlu dipotong sejurus selepas kelahiran bayi lalu membentuk pusat mereka. Tempoh waktu yang paling sesuai untuk memotong tali pusat ini adalah sekurang-kurangnya 2 minit selepas kelahiran agar bayi dapat menerimana amaun darah dan oksigen yang masih ada di dalam tali pusat lalu mengurangkan risiko anemia dan beberapa kondisi medikal yang lain.

Proses pemotongan tali pusat ini akan meninggalkan lebihan pada tali pusat yang dikenali sebagai tunggul tali pusat. Ia selalunya berukuran sepanjang 2 hingga 3 cm. Selepas 5 hingga 15 hari, tunggul ini akan mengering dan tertanggal dengan sendirinya. Pusat pada perut bayi pula akan terbentuk sepenuhnya dalam tempoh seminggu atau lebih.

Kelemahan atau kekurangan dalam perihal penjagaan tali pusat boleh menyebabkan omphalitis iaitu keradangan yang berpunca daripada bakteria pada bahagian dinding abdomen. Keradangan ini seterusnya akan mengakibatkan penyakit sistemik yang boleh membawa maut. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perihal penjagaan tali pusat yang sebetulnya.

Memastikan tunggul tali pusat sentiasa bersih

Ini bertujuan mengelakkan bakteria seperti Streptococcus dan Staphylococcus tumbuh di kawasan tunggul tali pusat. Ibu bapa perlu membersihkan kawasan ini dengan menggunakan kain yang lembut dan kering secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk menanggalkan sebarang kotoran yang ada setiap kali menukar lampin bayi. Penggunaan alkohol sama sekali tidak disyorkan kerana ia hanya akan melambatkan tempoh pemulihan dan bukannya mempercepatkannya sepertimana yang disangka oleh kebanyakan individu.

Memastikan tunggul tali pusat selalu kering

Pastikan kawasan tunggul tali pusat terdedah kepada udara dengan lebih kerap. Ibu bapa perlu mengelakkan pemakaian yang menutup bahagian perut bayi selagi tunggul tali pusat belum tertanggal dengan sendirinya. Pilih lampin yang sesuai dan mempunyai ruang untuk tunggul tali pusat mereka. Selain itu, mandikan bayi anda menggunakan span sahaja dan elakkan merendamkan bayi ke dalam tab atau besen yang mengandungi air untuk memastikan tunggul tali pusat selalu berada dalam keadaan kering.

Jangan menarik atau mencabut tunggul tali pusat

Kebanyakan ibu bapa barangkali tidak sabar menunggu tunggul tali pusat untuk hilang dalam masa yang tertanggal secara semulajadi lalu cuba untuk menarik atau mencabut tunggul tali pusat itu. Ini adalah tidak wajar kerana ia hanya akan mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang lain terhadap bayi. Sebaiknya, tunggu sahaja tunggul tali pusat itu tertanggal dengan sendirinya.

Petanda tunggul tali pusat mengalami infeksi:

  • Ia mengeluarkan bau yang busuk
  • Ia berwarna seakan kekuningan atau keputihan
  • Ia mula membengkak
  • Berlaku pendarahan

Sekiranya anda perasan terdapat sebarang petanda-petanda ini pada tunggul tali pusat bayi anda, segera bawa bayi anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sevepatnya bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang lain.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan