Bagaimana Menjaga dan Membantu Anak Anda di Kolej?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Selepas sekian tahun melihat anak anda membesar di depan mata anda, akan tiba masanya anak kecil anda melangkah menuju alam yang baharu. Usai tamat persekolahan, mereka yang berpeluang menyambung pengajian ke kolej sewajarnya berbuat demikian dengan bantuan dan sokongan anda sebagai ibu bapa. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda untuk lebih mendalami kehidupan mereka sebagai pelajar kolej lantas menyediakan anda untuk menghadapi kenyataan tersebut.

1. Kekal berhubung dengan cara paling sesuai

Menyambung pelajaran di kolej akan menyebabkan anda dan anak anda jauh daripada kediaman masing-masing.  Pada awalnya, anda sebagai ibu bapa mungkin tidak dapat menahan rindu dan kerap menghubungi mereka. Ini akan menyebabkan mereka berasa kurang selesa dan membuang masa mereka. Anak anda mungkin mempunyai perkara yang lebih penting untuk dilakukan. Dengan bantuan dan kemajuan teknologi kini, anda mungkin boleh mempertimbangkan penggunaan mesej atau e-mel untuk kekal berhubung dengan anak anda.  Jika anda ingin menghubungi atau berjumpa mereka, pilih waktu yang paling sesuai dan waktu mereka paling bersedia untuk menyambut anda sekalipun jarak anda dengan kolej anak anda tidak begitu jauh.

2. Biar anak anda menentukan cara penyelesaian masalah sendiri

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlulah kerap memantau situasi anak anda dan sentiasa ada di sisi mereka apabila mereka memerlukan anda. Jika anak anda sangat rindu akan rumah dan mahu berada bersama anda, maka penuhilah permintaan mereka. Sentiasa ingatkan anak anda bahawa anda sentiasa bersedia untuk membantu. Tetapi anda juga dinasihatkan untuk mencari dan menggunakan servis yang disediakan di kampus seperti kaunselor dan penasihat residen untuk sebarang kes kecemasan.

3. Sokong anak anda dari segi kewangan dan emosi

Meskipun pelajar kolej kebanyakannya akan menerima wang pada awal kemasukan mereka, sokongan dari segi kewangan daripada ibu bapa adalah amat diperlukan. Selain wang, ibu bapa juga perlu lebih prihatin dan menyediakan keperluan lain seperti snek, makanan, pakaian dan lain-lain lagi yang mungkin diperlukan mereka. Anda juga boleh mengirim apa-apa yang boleh mengingatkan mereka kepada anda agar mereka sentiasa berasa seperti di rumah.

4. Pantau perkembangan anak anda dalam pembelajaran

Semakin meningkat dewasa, semakin besar tanggungjawab anak anda terutamanya dalam perihal akademik mereka. Anda sebagai ibu bapa perlu untuk memastikan anda sendiri mengambil tahu tentang hal-hal berkaitan akademik mereka dan sentiasa memberi sokongan. Jangan pula anda memberi tekanan kepada mereka dengan sentiasa mengingatkan tugasan, kerja atau ujian yang perlu dibuat oleh mereka. Sebaliknya, berkomunikasilah dengan lembut dan bijak agar mereka tidak tertekan dan kekal berasa seronok dengan pembelajarannya kini.

Pelbagai halangan dan dugaan akan datang ketika proses transisi kehidupan anak anda ke dunia kolej ini. Demi memastikan mereka kekal sihat dan dapat menjalankan kehidupan bergelar seorang pelajar kolej dengan baik, anda sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan yang jitu kepada mereka. Dalam masa yang sama juga, berikan mereka ruang dan peluang untuk menjadi lebih berdikari demi menjamin keupayaan anak anda sebagai individu berguna dewasa kelak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan