Ciri Gangguan Seksual Pedofilia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pedofilia adalah penyakit gangguan mental yang merosakkan kehidupan ramai kanak-kanak dengan cara yang negatif. Kanak-kanak yang telah dicabul sering membawa kehidupan yang sukar dengan pelbagai komplikasi yang teruk. Jadi apa itu pedofilia? Apakah sebab-sebab yang membawa jenayah dahsyat itu? Adakah terdapat apa-apa rawatan yang disediakan untuk penyakit mental ini? Artikel di bawah akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Apa itu pedofilia?

Pedofilia dianggap sebagai fantasi atau kelakuan aktiviti seksual dengan kanak-kanak yang berumur 13 tahun atau lebih muda. Pedofilia selalunya lelaki dan mereka boleh mengembangkan minat pada kedua-dua jantina.

Gangguan pedofilia boleh didapati pada pesakit yang mengakui mengalami penyakit mental ini, serta pada orang yang tidak mengakui mempunyai daya tarikan seksual kepada kanak-kanak walaupun terdapat bukti objektif pedofilia. Bagi seseorang yang didiagnosis dengan gangguan pedofilia, mereka melakukan tingkah laku seksual terhadap kanak-kanak, atau melalui tekanan emosi yang ketara disebabkan oleh dorongan atau fantasi mereka. Tanpa kedua-dua ciri tersebut, seseorang mungkin mempunyai orientasi pedofilia, tetapi bukan gangguan pedofilia.

Gangguan pedofilia dianggap lebih menjejaskan populasi lelaki berbanding wanita.

Apa punca pedofilia?

Tiada sebab pedofilia yang disahkan secara saintifik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bukti bahawa gangguan pedofilia berpindah daripada ahli keluarga kepada ahli keluarga, walaupun ia adalah fakta bahawa para saintis tidak mengetahu sama ada gangguan itu adalah disebabkan oleh genetik atau tingkah laku yang dipelajari.

Sebaliknya, seseorang yang mempunyai sejarah dicabul, atau penderaan seksual mengalami juga boleh menjadi pedofilia. Secara khusus, berdasarkan model pembelajaran tingkah laku, seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa, atau menyaksikan tingkah laku seksual yang tidak sesuai boleh meniru tindakan tersebut dan kemudian diperkukuh untuk tingkah laku yang sama. Walau bagaimanapun, ini juga, masih belum dibuktikan secara saintifik .

Rawatan untuk pedofilia

Kini, kemajuan ubat, beberapa jenis ubat-ubatan, serta psikoterapi boleh digunakan untuk merawat gangguan pedofilia.

Ubat-ubatan bertujuan untuk mengurangkan nafsu seks. Walau bagaimanapun, ia bukan sebarang jenis ubat-ubatan yang boleh menyasarkan gangguan fantasi seks.

Menurut para penyelidik, rawatan tingkah laku kognitif boleh menjadi sangat berkesan dalam membantu orang yang mempunyai masalah pedofilia. Rawatan berkenaan boleh termasuk kaedah yang berbeza, misalnya, sistem pengawasan (di mana bantuan keluarga memantau tingkah laku pesakit), penyelenggaraan sepanjang hayat, latihan ketegasan (melibatkan pengurusan masa, struktur, dan latihan kemahiran sosial), aversive conditioning, empati kepada mangsa (prosedur melibatkan pendedahan terhadap kesan teruk fizikal dan mental yang ditanggung mangsa selepas dicabul), dan konfrontasi gangguan kognitif.

Jika anda mengesyaki bahawa anda atau seseorang yang anda sayangi mungkin mempunyai pedofilia, dapatkan bantuan dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang teruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apabila Masa Silam Menghantui: Kesan Penderaan Kanak-kanak

    Penyakit jantung. Kemurungan. Obesiti. Diabetes. Keadaan ini mungkin mempunyai satu faktor mengejutkan yang sama: pengalaman buruk zaman kanak-kanak. Demikianlah dapatan daripada kajian besar yang dikenali sebagai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 14/08/2018 . 3 minit bacaan

    Kajian ACEs: Impak Zaman Kanak-kanak yang Wajib Anda Ketahui

    Kajian tentang impak ‘Adverse Childhood Experiences’ atau pengalaman buruk zaman kanak-kanak merupakan antara kajian kesihatan awam yang paling besar dan penting di abad ini. Anda mungkin tidak pernah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/08/2018 . 3 minit bacaan

    Ini Kesan Perkahwinan Bawah Umur Yang Boleh Jejaskan Masa Depan Kanak-kanak!

    Tahukah anda, kesan perkahwinan kanak-kanak bawah umur bukan hanya boleh sebabkan risiko kehamilan awal, tetapi juga terdedah kepada keganasan rumah tangga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/07/2018 . 3 minit bacaan

    Grooming oleh Pemangsa Pedofilia: Kenalpasti dan Cegah!

    Grooming adalah apabila seorang dewasa membina hubungan emosi dengan seorang kanak-kanak untuk mendapatkan kepercayaan mereka untuk tujuan penderaan seksual, eksploitasi seksual atau pemerdagangan. Sepertimana istilah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 27/06/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pedofilia-peranan-ibu-bapa

    Bagaimana Untuk Terangkan Pada Anak Tentang Pedofilia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/11/2019 . 2 minit bacaan
    cara mengatasi pedofilia

    5 Cara Parent Boleh Buat Untuk Cegah Pedofilia Di Sekitar Anak, Semua Bermula Dari Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/08/2019 . 3 minit bacaan
    bahaya kongsi gambar anak

    “Sharenting”, Budaya Kongsi Gambar Anak di Media Sosial Yang Sangat Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/12/2018 . 3 minit bacaan
    sentuhan tidak selamat

    Ajar Anak Anda tentang Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 15/08/2018 . 4 minit bacaan