Aktif ketika Kanak-kanak: Kaitan Antara Jantina dan Fungsi Paru-Paru

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Aktif secara fizikal pastinya memberikan banyak manfaat terhadap tahap kesihatan. Namun, perkaitan antara menjadi aktif ketika zaman kanak-kanak dan hubungkaitnya dengan fungsi paru-paru yang lebih baik ketika zaman dewasa adalah sesuatu yang masih menjadi tanda tanya. 

Walau bagaimanapun, persoalan itu sudah terjawab apabila satu kajian yang dilakukan oleh Barcelona Institute for Global Health (ISGlobal), sebuah pusat yang disokong oleh “la Caixa”, pertama kalinya memperlihatkan hubungan antara aktiviti fizikal biasa yang sering dilakukan pada zaman kanak-kanak perempuan dengan nilai fungsi paru-paru yang lebih baik apabila meningkat dewasa. 

Kajian Aktif Secara Fizikal dan Fungsi Paru-paru

Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Epidemiology yang diuji ke atas 2,300 kanak-kanak lelaki dan perempuan, mengkaji hubungan antara aktiviti fizikal yang dilakukan dari zaman kanak-kanak hingga zaman remaja dan fungsi paru-paru

Kanak-kanak yang diuji ini adalah mereka yang turut mengambil bahagian dalam Avon Longitudinal Study of Parents and Children (ALSPAC), United Kingdom kohort kelahiran berasaskan, yang juga dikenali sebagai “Kanak-kanak tahun 90-an.”

Aktiviti fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak ini direkod menggunakan sensor Actigraph untuk sepanjang tempoh tujuh hari pada usia 11, 13 dan 15 tahun dan fungsi paru-paru mereka pula dianalisis oleh spirometry pada usia 8 dan 15 tahun. Soal selidik berkaitan faktor sosiodemografi, psikologi dan gaya hidup turut diberikan kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat. 

Kanak-kanak Perempuan Aktif, Punyai Keupayaan Pernafasan Lebih Baik

Dalam penyelidikan yang dijalankan, pengkaji menetapkan tiga trajektori aktiviti fizikal, iaitu; rendah, sederhana dan tinggi. Menurut penulis jurnal utama, Célina Roda, “Budak perempuan yang diuji dalam trajektori aktiviti fizikal sederhana dan tinggi menunjukkan keupayaan pernafasan yang lebih tinggi”. 

Dalam erti kata mudah, budak perempuan mempunyai jumlah pernafasan yang lebih baik dan tinggi. Namun, keputusan ini, adalah berbeza dengan budak perempuan yang menjalani aktiviti trajektori aktiviti fizikal rendah. 

Ini adalah berbeza dengan keputusan yang diperolehi oleh kanak-kanak lelaki. Ini kerana tiada sebarang hubungkait atau perubahan yang dapat diperhatikan pada budak lelaki. Satu penjelasan yang mungkin menyebabkan keadaan ini, menurut Roda adalah disebabkan kadar pertumbuhan (growth spurts) bagi budak perempuan adalah lebih cepat berbanding budak lelaki. Jadi, sebarang kesan aktiviti fizikal pada fungsi paru-paru lebih mudah untuk diperhatikan pada usia yang awal bagi budak perempuan. 

Namun, keputusan ini masih belum boleh dimuktamadkan. Ini kerana masih terdapat kajian dan penyelidikan lanjut dan lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengambil kira faktor persekitaran seperti pencemaran udara, berkemungkinan menjadi antara faktor yang mempengaruhi manfaat aktif secara fizikal dan hubungkaitnya dengan fungsi paru-paru. 

Perlu Lebih Aktif

Berdasarkan kajian, menunjukkan kurang daripada 7% kanak-kanak mencapai tahap aktif secara fizikal seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Ini kerana secara minimum, kanak-kanak perlu bergerak aktif sekurang-kurangnya 60 minit dalam sehari. 

Pada usia 11 tahun, seorang budak lelaki akan terlibat secara aktif dalam aktiviti fizikal untuk tempoh purata 24 minit sehari berbanding dengan budak perempuan yang hanya aktif dengan aktiviti fizikal untuk tempoh purata 16 minit. Secara umumnya, boleh dikatakan seorang budak lelaki adalah lebih aktif berbanding seorang budak perempuan pada setiap peringkat usia. 

Menurut Head of the Non-Communicable Diseases and Environment Programme di ISGlobal, yang juga merupakan penyelaras penyelidikan ini, Judith Garcia Aymerich berkata, “Tahap kelesuan yang dapat diperhatikan bagi kanak-kanak yang tidak aktif adalah amat membimbangkan. Ia dilihat ke atas jumlah populasi secara keseluruhan dan dipercayai boleh menjadi faktor yang memberikan impak dan kesan yang besar ke atas fungsi paru-paru.”

Galakkan Aktiviti Fizikal

Menggalakkan untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal dan bergerak secara aktif adalah amat perlu kepada kanak-kanak untuk memberikan manfaat kepada fungsi pernafasan dan tahap kesihatan secara menyeluruh. 

Sebagai ibu bapa, anda perlu turut memainkan peranan untuk menggalakkan anak anda bergerak secara aktif dengan melakukan sebarang aktiviti fizikal, dan dalam masa yang sama boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Apa tunggu lagi, ayuh kita bersenam!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ‘Sugar Rush’: Tiada Istilah Tenaga Segera, Lebih Memburukkan Keadaan

    Tiada bukti wujudnya keadaan seperti 'sugar rush'. Gula boleh membuat individu menjadi kurang berwaspada dan keletihan setelah penggunaannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/04/2019 . 2 minit bacaan

    Tip Untuk Kekal Sihat Dan Cergas

    Pernahkah anda berdepan dengan situasi di mana anda menjadi terlalu malas untuk melakukan apa sahaja aktiviti atau tugasan dan anda hanya menginginkan untuk tidur dan berbaring sepanjang hari? Malah, situasi ini ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Ibu Lasak: Apa Yang Perlu Buat Dan Yang Perlu Dielakkan Jika Ingin Bersenam Ketika Hamil

    Bersenam ketika mengandung adalah baik untuk anda namun beberapa pengubahsuaian rutin perlu dilakukan. Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 05/03/2019 . 2 minit bacaan

    Glukosa Darah dan Diabetes

    Pemantau glukosa darah adalah cara utama yang anda miliki dalam pengurusan diabetes. Kaedah ini boleh mengira tahap glukosa darah anda pada bila-bila masa. Siapakah yang sepatutnya mempunyai pemantau glukosa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    kanak-kanak sekolah

    Berdasarkan Kajian, Kanak-kanak Sekolah Rendah Kurang Bersenam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/11/2019 . 2 minit bacaan
    senaman

    Jangan Percaya 4 Mitos Senaman Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2019 . 3 minit bacaan
    Apakah Kebaikan Bulan Sukan Negara

    Apakah Kebaikan Bulan Sukan Negara?  

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/09/2019 . 2 minit bacaan
    buli

    Buli: Perempuan Lebih Terkesan Berbanding Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/05/2019 . 3 minit bacaan