5 Mitos tentang Vaksinasi Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Vaksinasi menjadi topik perdebatan hangat sejak munculnya gerakan anti-vaksin. Dan kemudian, muncul pula mitos tentang vaksin yang dikatakan boleh menyebabkan autisme, vaksin boleh membahayakan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar mitos, khabar angin yang dimulakan oleh golongan yang berfikiran sempit tanpa mengemukakan sebarang bukti saintifik. Berikut kami bongkarkan 5 mitos yang biasa diperkatakan mengenai vaksinasi.

Autisme

Hakikatnya, vaksinasi tidak menyebabkan autisme. Kebenaran lain pula, berhenti menggunakan vaksin tidak akan menghentikan kanak-kanak daripada mendapat autisme. Autisme dan vaksinasi adalah dua perkara yang berbeza. Sejak tahun 1997, teori tidak berkredit ini mengaitkan hubungan antara autisme dan vaksin yang diterbitkan dalam journal perubatan, the Lancet, oleh Andrew Wakefield, seorang pakar bedah British. Secara khususnya, beliau percaya bahawa vaksin campak, beguk, dan rubella (MMR) menyebabkan autisme dalam kalangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, kajian selanjutnya telah dilakukan dan hasilnya tiada sebarang hubungan antara dua perkara tersebut. Kajian Andrew Wakefield kemudiannya ditolak dan digugurkan daripada journal disebabkan konflik dalaman tertentu dan juga kredibilitinya. Beliau kemudian hilang kertas perubatan selepas insiden tersebut.

Penyebab penyakit autisme masih misteri, namun dengan mengelakkan anak anda daripada mendapat vaksin yang sepatutnya adalah tidak memberikan kebaikan kepadanya, sebaliknya hanya menambah risiko jangkitan penyakit lain buat anak anda.

Kandungan toksin

Meskipun formaldehid, merkuri, dan aluminium adalah toksik untuk manusia, namun bahan ini hanya terdapat dalam jumlah tertentu. Dalam vaksin, komponen-komponen ini hanya digunakan dalam amaun yang sangat kecil yang tidak mungkin membahayakan sesiapa. Komponen ini dimasukkan bagi memastikan vaksin dapat berfungsi dengan lebih baik.

Imuniti semula jadi dan kebersihan

Sesetengah orang percaya bahawa dengan mendapat imuniti semula jadi untuk melawan penyakit adalah lebih baik daripada menggunakan rawatan tiruan. Sebenarnya, ia adalah tidak benar. Mendapat imuniti semula jadi bermakna anda membiarkan penyakit menjangkiti tubuh dan biarkan tubuh pulih sendiri. Akibatnya, kesan jangka panjang adalah tidak dapat dielakkan. Komplikasi boleh jadi teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Penggunaan vaksin tidak bermakna perkembangan anak anda bukan semula jadi malahan, anak anda akan membesar seperti biasa sama seperti tidak mengambil vaksin. Bezanya, anak anda tidak akan jatuh sakit dahulu untuk menjadi imun daripada penyakit tersebut.

Tambahan pula, sebagai manusia, tidak kiralah seberapa bersih pun anda dalam menjaga kebersihan, namun ia tetap tidak cukup. Kita semua bukannya OCD! Anda boleh membersihkan diri anda 3 kali sehari dan betul, ia boleh mengelakkan penyakit berjangkit, namun ada penyakit lain yang mungkin menjangkiti anda. Jadi, adalah lebih berbaloi jika anda mengambil vaksin lebih awal untuk anak anda bagi mencegah penyakit.

Berlebihan/ terlampau banyak

Sesetengah ibu bapa menganggap bahawa pengambilan beberapa jenis vaksin pada satu-satu masa boleh membebankan dan berlebihan untuk sistem imun kanak-kanak, yang seterusnya membawa kepada kesan sampingan yang berbahaya. Walau bagaimanapun, kita terdedah kepada bakteria dan virus yang tidak terkira banyaknya setiap hari. Begitu juga dengan kanak-kanak semasa mereka makan. Dengan mendapatkan beberapa suntikan adalah tidak berbahaya kepada sistem imun kita, berbanding dengan apa yang kita lalui setiap hari. Meskipun terdapat reaksi terhadap vaksin seperti sakit lengan dan demam ringan, namun ia adalah kesan kecil dan akan segera pulih.

Kadar jangkitan 

Dengan kemajuan dalam sains perubatan, penyakit kini telah menjadi tidak selalu ada. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir golongan yang tidak dapat divaksin. Dan, jika jumlah ini berterusan meningkat, maka wabak akan berlaku. Kadar jangkitan mungkin perlahan di negara anda, tetapi ia tidak sama di tempat lain. Tambahan pula, dunia kini sedang globalisasi, bermakna semua orang bebas bergerak dari satu negara ke satu negara dan daripada situ juga, ejen berjangkit boleh merebak. Oleh itu, adalah lebih selamat untuk melindungi diri kita dahulu, sebelum mendapat serangan penyakit yang tidak dijangka. 

Dengan adanya kemajuan teknologi maklumat bermakna kita perlu berhati-hati dalam memilih sumber maklumat yang tepat dan dipercayai. Vaksinasi menyediakan platform untuk memastikan kanak-kanak lebih sihat dan meluaskan peluang mereka untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Jadi, jika anda ada terbaca di mana-mana yang mengatakan vaksinasi itu berbahaya ataupun lain-lain mitos tentang vaksinasi, berfikirlah semula dan lakukan kajian yang lebih mendalam dengan mencari sumber yang betul.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minum Air Dengan Mencukupi, Jaga Kebersihan Diri Antara Langkah Yang Terbaik Untuk Mengelakkan Kencing Kotor

    Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi dan hilangkan simptom kencing kotor. Antaranya adalah minum air dan jaga kebersihan diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 4 minit bacaan

    Diganggu Rasa Tak Selesa Disebabkan Kencing Kotor, Ini Langkah Yang Boleh Tanganinya!

    Jika anda kerap mengalami sakit atau masalah kencing kotor secara berulang-ulang, anda perlu tahu beberapa langkah untuk mengurangkan ketidakselesaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Diagnosis Dan Rawatan Kencing Kotor, Pastikan Anda Bersedia Sebelum Berjumpa Doktor!

    Ada beberapa langkah yang doktor akan lakukan sebagai cara merawat kencing kotor. Rawatan selalunya akan diberikan di dalam bentuk antibiotik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca Dan Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing

    Tahukah anda, kencing kotor mempunyai punca dan penyebab yang berbeza? Selalunya, punca kencing kotor ialah jangkitan bakteria E. coli.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan buah pinggang

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    Penyakit ureter  

    Apa Itu Penyakit Saluran Kencing “Ureter”? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Boleh Membantu Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan
    masalah kencing berdarah

    Terkejut Bila Keluar Darah Semasa Kencing? Ini Simptom, Punca Dan Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    jenis penyakit

    Kenali 3 Jenis Lain Penyakit Saluran Kencing: Hematuria, Penyakit Ureter & Glomerulonephritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan