Minggu demi minggu

Ditarik Semula Status 'Measles-free': Empat Negara Eropah Dilanda Semula Demam Campak

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Pada hari Khamis yang lepas, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan penarikan semula status ‘bebas demam campak’ di empat negara Eropah berikutan dengan peningkatan mendadak dalam kes demam campak di seluruh dunia. Berdasarkan data yang diperoleh, WHO melaporkan hampir 365,000 kes jangkitan demam campak telah dicatatkan di seluruh dunia, hampir tiga kali ganda berbanding jumlah kes yang tercatat pada 6 bulan pertama dalam tahun 2018. Empat negara Eropah yang dimaksudkan – United Kingdom, Albania, Greece dan juga Czech Republik, dahulunya telah memperoleh status tersebut setelah berjaya menghapuskan penyebaran endemik virus tersebut dalam negara mereka untuk  sekurang-kurangnya 12 bulan. 

Apa itu demam campak?

Lebih dikenali sebagai ‘measles’ dalam bahasa Inggeris, ia merupakan sejenis jangkitan yang berpotensi untuk membawa maut dan juga cukup mudah untuk berjangkit. Ia boleh disebarkan melalui titik-titik air (air droplets) yang dilepaskan ketika batuk atau bersin; atau melalui sentuhan dengan cecair daripada saluran pernafasan. Virus ‘measles’ boleh berada dalam udara atau pada permukaan sehingga dua jam selepas dilepaskan dan berupaya untuk mengakibatkan jangkitan dalam hampir 90 % individu yang berdekatan yang tidak imun. Simptom jangkitan termasuklah pembentukan ruam pada bahagian kulit, demam panas, konjunktivitis, pening kepala dan juga simptom-simptom respiratori seperti batuk dan bersin.  

Bagaimana untuk melawannya?

Memandangkan tiada penawar untuk jangkitan ini dan rawatan yang ada hanyalah bertujuan untuk mengawal simptom-simptom penyakit, penggunaan vaksin adalah strategi utama yang digunakan di semua negara di seluruh dunia. Walaupun terdapat beberapa tuduhan tidak berasas berkaitan vaksin sejak kebelakangan ini, penggunaannya telahpun terbukti sebagai selamat dan juga cukup berkesan dalam menurunkan insiden kes jangkitan. Dari sudut pandang ekonomi pula, ia juga merupakan kaedah yang cukup kos efektif, dengan hanya sekitar RM 4 (1USD) sahaja kos yang dibelanjakan bagi menghasilkan perlindungan sepanjang hayat dalam setiap seorang ahli masyarakat. Sebelum pengenalan vaksin demam campak yang meluas, hampir semua orang akan dijangkitnya sebelum mencapai usia 15 tahun. Dari situ, beberapa komplikasi boleh berlaku seperti keradangan otak akut (subacute sclerosing panencephalitis) dan juga jangkitan respiratori sekunder oleh bakteria lain. 

Kedatangan yang tidak diundang: Apa yang menjemputnya kembali?

Menurut Dr. Kate O’Brien, pegawai daripada Jabatan Imunisasi WHO, peningkatan dalam insiden demam campak ini adalah sesuatu yang cukup merisaukan kerana kesemua empat negara tersebut telahpun mencatatkan liputan perlindungan peringkat nasional yang amat tinggi.                

“Ini adalah satu laungan amaran yang sedang bergema diseluruh dunia: mencapai liputan perlindungan yang tinggi di peringkat nasional tidak lagi mencukupi, ia (liputan perlindungan yang tinggi) perlu dicapai dalam setiap komuniti, dalam setiap keluarga untuk setiap anak-anak,” Ujar beliau. 

Dr O’Brien juga berpendapat bahawa salah faham dan penyebaran maklumat yang tidak tepat berkaitan dengan vaksin telah membenarkan jangkitan ini untuk datang kembali, khususnya dalam kawasan-kawasan dan juga komuniti yang rentan (susceptible). Syarikat-syarikat media sosial dan juga pemimpin-pemimpin di seluruh dunia telah diajak untuk menyahut seruan perjuangan menentang penyebaran maklumat palsu berkaitan vaksin dan juga untuk mempromosikan maklumat vaksin yang tepat dan sahih berdasarkan kajian sains. 

Dengan kes penularan yang terbesar dalam sejarah terdekat negara mereka, negara-negara seperti Democratic Republic of Congo, Madagascar dan juga Ukraine adalah negara yang paling teruk terjejas akibat daripada fenomena ini. Pegawai-pegawai daripada WHO juga turut mengakui bahawa peningkatan insiden jangkitan ini juga boleh disebabkan oleh terhadnya akses terhadap program imunisasi di kawasan-kawasan tertentu. 

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 30/08/2019 | Kali terakhir kemaskini: 24/06/2020

Rujukan

Artikel lain untuk anda

apa itu sepsis

Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
tradisi melayu

Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
isytihar darurat

Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 31/01/2020 . 4 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sejarah Tercipta: Selamat Tinggal Virus Polio Liar Jenis 3!

Hari Polio Sedunia disambut dengan penuh rasa kemenangan apabila virus polio liar jenis 3 (WPV3) telah diisytiharkan sebagai dibasmi di seluruh dunia.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Berita, Berita Antarabangsa 25/10/2019 . 2 minit bacaan

Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan laporan pertama mereka berkaitan masalah penglihatan global. Baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 11/10/2019 . 2 minit bacaan

Sanggup Tidur Tepi Jalan Untuk Mengembara Eropah, Berbaloikah?

Baru-baru ini, tular kisah sebuah keluarga tidur di tepi jalan ketika mengembara di Eropah. Berbaloikah ini untuk kesihatan anda, pasangan dan anak anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Antarabangsa 20/09/2019 . 3 minit bacaan

Risiko Pengambilan Ketum Kepada Kesihatan Anda

Terdapat lebih 40 kompaun kimia yang telah dikenal pasti terkandung di dalam daun pohon ketum ini termasuklah sekitar 25 kompaun alkaloid

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/08/2019 . 6 minit bacaan