Minggu demi minggu

Berdengkur dan Masalah Perilaku dalam Anak Kecil

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Berdengkur merupakan keadaan yang popular yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja meskipun ia seringkali berlaku kepada orang lelaki dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Dengkur yang berkala selalunya tidak mendatangkan masalah, cuma ia boleh mengganggu pasangan anda. Jika anda selalu berdengkur, anda bukan sahaja mendatangkan masalah tidur kepada pasangan anda tetapi anda juga mengganggu kualiti masa tidur anda juga. Berdengkur selalunya akan menjadi bertambah teruk dengan usia yang meningkat. Bantuan kesihatan diperlukan kepada pendengkur tegar bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.

Anak kecil yang berdengkur mempunyai masalah perilaku

Kanak-kanak prasekolah yang selalu berdengkur dengan kuat mungkin berisiko tinggi mendapat masalah perilaku. Ini termasuklah terlalu aktif, masalah menumpukan perhatian dan kemurungan. Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Paediatrik, sebanyak 9% daripada 249 kanak-kanak yang berdengkur dengan kuat dua kali atau lebih dalam seminggu semasa mereka berumur 2 atau 3 tahun. Kanak-kanak ini lebih cenderung untuk mempunyai masalah perilaku semasa umur 3 tahun berbanding kanak-kanak yang tidak berdengkur pada umur 2 atau 3 tahun, tetapi bukan kedua-duanya. Menyusu, walau bagaimanapun, boleh membantu menghindari kanak-kanak daripada berdengkur seterusnya mungkin boleh mengelakkan kesan negatif kepada masalah perilaku. Menurut pengkaji, kanak-kanak yang banyak berdengkur juga dapat dikesan pada umur 2 ke 3 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa atau pakar kanak-kanak.

Para pengkaji masih lagi tidak memahami bagaimana berdengkur pada umur 2 dan 3 tahun boleh meningkatkan risiko kepada masalah tingkah laku. Tetapi ia adalah berkemungkinan daripada tidur yang tidak berkualiti. Sesetengah dengkuran adalah normal seperti ketika kanak-kanak mendapat selesema. Tetapi, jika anda bimbang akan keadaan  anak anda, sila berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Ibu yang baru melahirkan anak haruslah cuba menyusukan selama yang mungkin kerana ia mempunyai kesan yang kuat bagi melindungi anak-anak terhadap berdengkur. Kanak-kanak daripada keluarga yang miskin dan golongan yang disusukan hanya untuk jangka masa pendek, adalah cenderung untuk menjadi pendengkur tegar.

Apakah yang patut dilakukan oleh ibu bapa?

Ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan masalah berdengkur dalam kalangan kanak-kanak. Apabila anak anda berdengkur, anda tidak boleh mendakwa bahawa semua orang dalam kalangan ahli keluarga anda berdengkur juga. Anda perlu membawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Para pengkaji meletakkan kaitan di antara berdengkur dan masalah perilaku dalam perdebatan. Kanak-kanak yang berdengkur secara berterusan mempunyai risiko yang besar terhadap masalah perilaku. Tetapi ini tidak bermaksud setiap kanak-kanak yang berdengkur akan mempunyai masalah perilaku atau semua kanak-kanak yang mempunyai masalah perilaku adalah pendengkur. Meskipun begitu, berdengkur adalah tidak normal kepada kanak-kanak. Sesetengah kanak-kanak memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil atau adenoids. Penilaian boleh membantu memastikan sama ada berdengkur adalah tidak berbahaya atau memerlukan rawatan kepada keadaan yang tersembunyi untuk menghilangkan masalah berdengkur atau perilaku.

Berdengkur dan masalah perilaku boleh menjadi kitaran kejam. Kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi letih dan meragam serta tidak makan dengan sempurna. Bunyi dengkuran didefinisikan dengan terdapat gangguan pada saluran pernafasan semasa tidur, yang membawa kepada kekurangan oksigen dan tidur yang tidak cukup. Sekiranya ini merupakan masalah bermusim atau disebabkan oleh selesema, ia tidak menjadi masalah tetapi jika berdengkur adalah serius dan menyebabkan masalah tidur, sila dapatkan pemeriksaan yang sah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 15/08/2018 | Kali terakhir kemaskini: 12/12/2019

Artikel lain untuk anda

introvert dan ekstrovert

Jom Kenali Personaliti Introvert, Extrovert Dan Ambivert! Anda Kategori Mana Satu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah buang air kecil OAB

Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
media sosial di malaysia

Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
sakit dada kiri

8 Perkara Penting WAJIB Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Hendak Selesa Ketika Bersenam, Yang Mana Perlu Pakai: Bra Sukan Atau Coli Biasa?

Wanita yang sering bersenam pasti arif dalam pemilihan bra sukan. Tapi, sejauh manakah kepentingan untuk memakainya ketika melakukan senaman?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Badan Sihat, Tip Keselamatan Senaman 26/01/2021 . 3 minit bacaan

Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut, Lagi-lagi Pada Anak Kecil! Ini Sebabnya

Ubat gel bonjela adalah antara cara merawat ulser mulut yang paling dipercayai. Persoalannya, adakah ia benar berkesan dan tidak berbahaya? Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Mulut, Penjagaan Mulut 26/01/2021 . 3 minit bacaan

Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini…

Ramai yang sangka rutin penjagaan oral adalah sekadar menggosok gigi dan gusi sahaja. Tidak, anda juga perlu memberus lidah. Kenapa? Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Mulut, Penjagaan Mulut 26/01/2021 . 3 minit bacaan

Amal Diet Tinggi Protein Untuk Turunkan Berat Badan? Tunggu Dulu! Ada 6 Risiko Perlu Tahu

“Saya ada membaca artikel yang mengatakan, diet tinggi protein mempunyai keburukan kepada tubuh. Apakah keburukan protein yang diambil secara berlebihan?”

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 26/01/2021 . 3 minit bacaan