backup og meta

Ada Anak Lelaki Meningkat Remaja? Pupuk 18 Peranan Penting Anak Lelaki Dalam Keluarga

Ada Anak Lelaki Meningkat Remaja? Pupuk 18 Peranan Penting Anak Lelaki Dalam Keluarga

Jika anda ingin dihormati ibu bapa dan juga orang sekeliling, bersikaplah seperti seorang lelaki sejati. Bagaimana? Ayuh ketahui peranan anak lelaki dalam keluarga.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

18 peranan anak lelaki dalam keluarga untuk panduan

Anak lelaki sering kali dianggap sebagai pemimpin dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Ini terutamanya apabila ibu bapa semakin meningkat usia.

Tetapi apakah peranan seorang anak lelaki kepada ibu bapanya?

1. Hargai masa

Masa yang anda ada bersama ibu bapa adalah singkat dan berharga, jadi gunakannya sebaik mungkin.

Luangkan sebanyak mungkin masa bersama mereka. Jadikan ia masa yang berkualiti untuk berkasih sayang.

Peranan sebagai anak lelaki #2. Berbual bersama

Sama ada anda rapat dengan ibu bapa atau tidak, kongsikan dengan mereka tentang harapan dan ketakutan yang dialami. Ini kerana cara mereka menyokong anda adalah penting.

Jangan hadkan perbualan anda hanya kepada kenangan atau gosip tentang ahli keluarga mahupun kehidupan peribadi semata-mata. Pelbagai topik lain boleh dibualkan bersama.

3. Eratkan hubungan

Cari persamaan antara anda dengan ibu bapa. Meluangkan masa berkualiti bersama adalah amat bermakna lebih daripada apa yang kita sedari.

4. Mendengar kata

Antara tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya adalah untuk mendengar kata mereka dan melayani dengan rasa hormat. Sebagai balasannya, anda juga pasti akan menerima balasan penghormatan yang sama.

Sikap saling menghormati adalah amat penting dan akan dihargai walaupun sesama ahli keluarga.

Layan anak lelaki dengan baik dan mesra.
Layan anak lelaki dengan baik dan mesra.

5. Kepercayaan 

Ada kalanya atas sikap mengambil berat, ibu bapa mungkin menyatakan atau berkongsikan rasa yang mungkin tidak anda setujui atau suka.

Namun percayalah semua yang dilakukan adalah untuk kebaikan diri anda sendiri.

6. Setia 

Sentiasa jujur dengan keluarga dan sahabat walau dalam apa jua keadaan.

7. Saling membantu, antara peranan anak lelaki dalam keluarga

Belajar untuk membantu dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang balasan.

8. Berbudi bahasa

Berbudi bahasa kepada semua individu tanpa mengira usia atau kedudukan mereka.

Menggunakan adab yang baik pastinya dapat membantu anda untuk bergaul dengan individu sekeliling.

9. Sifat jenaka penting sebagai peranan anak lelaki dalam keluarga

Gelak tawa sentiasa menjadi penyelamat – sama ada untuk membantu anda menangani tekanan berdepan dengan pihak yang cerewet dan membantu merapatkan hubungan.

Jika anda boleh bergelak ketawa dengan ibu bapa, hubungan kalian tentunya dalam keadaan yang baik.

10. Belajar membuat keputusan sendiri

Bahagian penting untuk menjadi lelaki yang bertanggungjawab adalah untuk belajar membuat keputusan bagi diri sendiri. 

Tip terbaik, gunakan pertimbangan hati dan akal sewaktu ingin melakukan sebarang keputusan.

11. Hadiri dan terlibat dengan majlis keluarga

Elakkan daripada bersikap acuh tidak acuh untuk menghadiri perhimpunan keluarga. Melainkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, jadi sentiasa berusaha untuk menghadirinya.

Walaupun anda mungkin tidak mahu berada di sana, sebaiknya tunjukkan kematangan dan komitmen.

12. Bersyukur 

Apabila semakin dewasa, ada kalanya kita terlupa dengan masa dan usaha ibu bapa sewaktu membesarkan kita. 

Jadi untuk menjadi anak lelaki yang baik, sentiasa berterima kasih kepada mereka atas segala yang telah dilakukan.  

13. Berbuat baik salah satu peranan anak lelaki dalam keluarga

Anak lelaki yang baik pastinya mengetahui wujud kekuatan walaupun berlembut. Sentiasalah melayani individu lain sebagaimana yang anda mahu diri dilayani.

14. Memberi 

Anak yang mementingkan diri sendiri tidak akan mendapat penghormatan ibu bapa mereka.

Jadilah anak yang memberi — anda harus membantu, menyokong dan cuba memberi pertolongan untuk menolong individu lain berjaya dan mencapai kejayaan.

Anak lelaki menemani ibunya.
Anak lelaki menemani ibunya.

15. Ceria 

Lihatlah sisi positif dalam kehidupan dan sentiasa berusaha untuk membuat individu lain gembira.

16. Tidak menghakimi

Belajar untuk menyayangi ibu bapa dan individu lain — tanpa menilai mereka. Sayangi dan terimalah mereka seikhlasnya.

17. Mengotakan janji

Mereka yang menipu, berbohong  atau tidak berpegang pada janji, bukanlah jenis lelaki akan dihormati individu lain.

Fakta

Lelaki akan dihormati jika menepati janji dan tidak berpura-pura menyukai seseorang atau sesuatu.

Peranan anak lelaki dalam keluarga 18. Membanggakan ibu bapa

Semakin sejati sifat kelakian, maka sebagai balasan anda akan dihormati. Anda turut akan menjadi individu yang dipercayai.

Mudah bukan untuk menjadi anak lelaki yang bertanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarganya? Semoga perkongsian di atas dapat dijadikan panduan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Roles and responsibilities. https://family.org.my/tag/roles-and-responsibilities/, Accessed on Jan 11, 2023
  2. Roles Within the Family. https://www.healthychildren.org/English/family-life/family-dynamics/Pages/Roles-Within-the-Family.aspx, Accessed on Jan 11, 2023
  3. Children’s Work in the Family: Its Significance and Meaning. https://www.jstor.org/stable/351336,  Accessed on Jan 11, 2023
  4. The Purpose and Role of the Family. https://americancompass.org/family-form-follows-function/,  Accessed on Jan 11, 2023
  5. Peranan dan Tanggungjawab Lelaki dalam Hal-hal Keluarga. http://modulace.lppkn.gov.my/peranan-dan-tanggungjawab-lelaki-dalam-hal-hal-keluarga.html, Accessed on Jan 11, 2023
  6. Keseimbangan Peranan Lelaki & Wanita Dalam Keluarga. https://wafiq.my/2019/07/19/keseimbangan-peranan-lelaki-wanita-dalam-keluarga/,  Accessed on Jan 11, 2023

 

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Adakah Anak Remaja Anda Melakukan Sexting?

Bagaimana Ingin Menceritakan Tentang Seks Kepada Anak Perempuan Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan