backup og meta

Kalau Kena Serangan Anxiety Tiba-Tiba, Boleh Buat 7 Teknik Ini Untuk Tenangkan Diri Anda

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/02/2024

    Kalau Kena Serangan Anxiety Tiba-Tiba, Boleh Buat 7 Teknik Ini Untuk Tenangkan Diri Anda

    Anxiety attack atau serangan kegelisahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, dan di mana-mana sahaja. Ramai yang memperkatakan tentang tanda tanda anxiety attack, namun tidak banyak yang membicarakan cara merawat anxiety atau cara mengatasi anxiety attack.

    Berikut adalah antara kaedah dalam mengurus anxiety dan tanda anxiety sembuh

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

    Apa itu anxiety attack?

    Serangan kegelisahan atau anxiety attack adalah tempoh ketakutan atau kegelisahan intens yang timbul secara tiba-tiba tanpa amaran yang jelas.

    Keadaan ini sangat mengganggu dan menakutkan kerana ia boleh membuatkan individu terasa seolah-olah mereka kehilangan kawalan atau berada dalam bahaya yang serius.

    Antara tanda tanda anxiety attack yang biasa berlaku ialah:

  • Degupan jantung yang cepat: Degup jantung yang cepat atau berdebar adalah salah satu gejala pertama yang sering dirasakan oleh individu
  • Sukar bernafas antara tanda tanda anxiety attack: Seseorang juga mungkin sukar bernafas atau berasa seperti tercekik
  • Berpeluh secara berlebihan: Perpeluhan ini boleh berlaku walaupun dalam keadaan sejuk atau tanpa aktiviti fizikal
  • Menggigil atau gementar juga tanda tanda anxiety attack: Anda juga mungkin mengalami perasaan gementar yang tidak dapat dikawal
  • Rasa tidak selesa atau sakit pada dada: Simptom ini sering kali menyerupai gejala serangan jantung, yang menyebabkan individu yang mengalami anxiety attack beranggapan mereka mendapat serangan jantung
  • Pening kepala antara tanda tanda anxiety attack: Ia boleh berlaku dengan rasa seperti ingin pengsan
  • Perasaan terpisah daripada realiti atau diri sendiri: Dikenali sebagai derealisasi atau depersonalisasi
  • Cara merawat anxiety

    tanda tanda anxiety attack
    Berseorangan tidak akan membantu keadaan mental anda menjadi lebih baik.

    Setelah anda mengetahui tanda tanda anxiety attack, anda juga perlu tahu kaedah atau cara mengatasi anxiety attack.

    Antara cara merawat anxiety ialah:

    #1. Teknik pernafasan dalam

    Pernafasan dalam bukan sekadar mengambil nafas yang panjang.

    Ia melibatkan pengaktifan sistem saraf parasimpatis badan untuk mencipta kesan yang menenangkan.

    Sebagai contoh, latihan pernafasan diafragma menumpukan kepada pengisian penuh paru-paru dengan udara, yang membantu mengurangkan respons ‘fight or flight’ yang sering dicetuskan oleh serangan kegelisahan.

    #2. Pengakuan dan penerimaan

    Mengakui bahawa apa yang anda alami adalah serangan kegelisahan dan bukan ancaman fizikal sebenar dapat mengurangkan keparahan serangan secara signifikan.

    Teknik ini melibatkan pendekatan kesedaran penuh, di mana anda memerhatikan gejala tanpa sangsi dan menerima kehadirannya tanpa berlawan.

    Ini membantu mengurangkan rasa takut dan ketidakselesaan yang datang bersama serangan anxiety

    #3. Kesedaran penuh dan meditasi

    Kesedaran penuh dan meditasi membantu mengalihkan fokus dari fikiran yang cemas.

    Ia menggunakan teknik seperti pengimbasan badan, meditasi berjalan atau meditasi duduk.

    tanda tanda anxiety attack
    Antara tip-tip penting ketika anda mengalami serangan kegelisahan.

    Amalan ini mengajar individu untuk memerhatikan fikiran dan perasaan diri, membolehkan mereka melepaskan kegelisahan dengan lebih mudah.

    #4. Aktiviti fizikal

    Aktiviti fizikal seperti yoga, berjalan cepat atau berenang, dapat membantu mengurangkan kegelisahan dengan meningkatkan pengeluaran endorfin.

    Ini kerana endorfin secara semula jadinya boleh meningkatkan mood anda.

    Senaman juga membantu mengalihkan fikiran daripada kebimbangan dan memfokuskan semula kepada sensasi fizikal.

    #5. Teknik pengalihan perhatian

    Mengalihkan perhatian anda dari kegelisahan kepada aktiviti yang memerlukan konsentrasi penuh, seperti melukis, menulis, atau bermain alat muzik, dapat membantu menghentikan kitaran fikiran yang cemas.

    Aktiviti-aktiviti kreatif seperti ini diketahui dapat menurunkan tahap tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi.

    #6. Berbual dengan seseorang

    tanda tanda anxiety attack
    Dapatkan sokongan rakan atau ahli keluarga ketika mengalami serangan kegelisahan.

    Berkongsi perasaan dan pengalaman anda dengan rakan, ahli keluarga, atau profesional kesihatan mental dapat memberikan perspektif baharu selain sebagai sokongan emosi. 

    #7. Konsultasi profesional

    Jika serangan kegelisahan menjadi terlalu kerap dan mengganggu kehidupan seharian, terapi profesional seperti Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT) atau terapi berasaskan penerimaan boleh membantu anda.

    Profesional kesihatan mental dapat menawarkan strategi dan alat untuk mengurus kegelisahan dengan lebih efektif.

    Tanda anxiety sembuh

    Pemulihan daripada serangan kegelisahan boleh dikesan dengan peningkatan kemampuan diri untuk menghadapi situasi-situasi yang sebelumnya pernah mencetuskan kegelisahan.

    Selain itu, seseorang individu itu juga berasa lebih tenang, memiliki kawalan yang lebih besar ke atas fikiran dan emosi mereka, selain menikmati peningkatan kualiti hidup secara keseluruhan.

    Kesimpulan

    Mengurus serangan kegelisahan memerlukan pendekatan yang menyeluruh.

    Ia mungkin melibatkan gabungan beberapa kaedah seperti teknik pernafasan, kesedaran penuh, aktiviti fizikal dan sokongan emosi.

    Menerusi strategi yang betul dan sokongan yang sesuai, individu dapat mengurangkan kekerapan dan intensiti serangan kegelisahan, serta membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih tenang dan terkawal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan