backup og meta

5 Cara Parent Boleh Buat Untuk Cegah Pedofilia Di Sekitar Anak, Semua Bermula Dari Anda!

5 Cara Parent Boleh Buat Untuk Cegah Pedofilia Di Sekitar Anak, Semua Bermula Dari Anda!

Kesan pedofilia pada kanak-kanak yang mengalaminya pasti memberikan kesan yang berpanjangan. Sebagai ibu bapa ini cara mengatasi pedofilia daripada menghantui anak-anak anda.

Wajarkah diberikan peluang kedua?

Pada Ogos 2019, tular di media sosial mengenai pesalah pedofilia dari Malaysia, seorang pelajar genius Matematik yang dijatuhi hukuman penjara 9 bulan di United Kingdom dan kini kembali menuntut di salah sebuah universiti awam di negara ini.

Pelajar tersebut mengegarkan dunia apabila ditangkap oleh polis British atas kesalahan memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak yang dianggap sebagai ‘bahan paling melampau yang pernah dijumpai oleh pihak polis’. 

Pelbagai reaksi dari warga netizen yang boleh dibaca mengenai pelajar ini.

Ada yang mengatakan mungkin dia patut diberikan peluang untuk berubah dan terdapat juga yang beranggapan bahawa kesalahan yang perlu dilakukan tidak melayakkan dia untuk diberikan peluang kedua. 

Sama ada layak atau tidak untuk pesalah jenayah ini diberikan peluang kedua, ia bukanlah satu keputusan yang terletak di tangan kita.

Tetapi sebagai ibu bapa, sudah tentu berita ini mendatangkan kebimbangan di hati anda, bukan? Jadi apakah cara mengatasi pedofolia?

peluang-kedua-kepada-pesalah-pedofilia

Kesan pedofilia pada kanak-kanak

Pedofilia ditakrif sebagai  satu jenis keinginan atau nafsu pelik individu yang melibatkan kanak-kanak. Golongan ini tidak kira lelaki atau wanita dewasa akan cenderung tertarik kepada kanak-kanak secara seksual. 

Ia melibatkan fantasi seksual yang berulang, mendesak, atau tingkah laku yang melibatkan aktiviti mahupun dorongan tingkah laku seksual dengan kanak-kanak pra-matang (biasanya berusia 13 tahun atau lebih muda) untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.

Individu yang dikategorikan sebagai seorang pedofilia harus mempunyai kriteria seperti berusia sekurang-kurangnya 16 tahun atau 5 tahun lebih tua berbanding mangsanya.

Individu pedofil juga mempunyai keinginan seksual ini juga akan menyebabkan mereka bertindak jauh atau menyebabkan tekanan atau gangguan sosial, pekerjaan atau sebarang fungsi peranan lain dalam kehidupan peribadi mereka.

Tanpa kedua-dua kriteria yang dinyatakan, seseorang individu itu mungkin mempunyai orientasi seksual pedofilia tetapi tidak mengalamigangguan pedofil. 

Pedofilia merupakan sejenis gangguan pedophilic, iaitu merupakan satu tarikan seksual seseorang individu terhadap kanak-kanak. Golongan pedofilia ini cenderung mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak yang berusia bawah 13 tahun.

Kesan pedofilia ini kemudian akan menyebabkan mereka yang menghadapinya sering berasa bersalah, terasing, bimbang atau mempunyai kesukaran dalam mengejar matlamat peribadi lain.

Jadi ibu bapa, apa tindakan anda sebagai cara mengatasi pedofilia daripada menghantui anak-anak anda?

Cara mengatasi pedofilia

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda ajarkan kepada anak-anak anda, untuk membantu mereka melindungi diri:

kesan pedofilia

1. Mengenali tubuh badan

Anda perlu ajaranak mengenali badan dengan nama sebenar bahagian badan dan bukannya nama yang terlalu umum seperti “bawah”, “atas”, “depan” atau “belakang”.

Ajarkan bahagian badan yang sangat peribadi terutamanya alat kemaluan. Beritahu mereka untuk tidak mendedahkan badan kepada individu lain selain anda; ibu bapa mereka.

2. Tiada siapa boleh merakam imej badan

Beritahu anak bahawa bukan perbuatan melihat, merakam imej badan mereka adalah sesuatu yang salah. Ini kerana pemangsa pedofilia yang berbahaya ini ada di mana-mana dan gambar anak anda berisiko tersebar sesama mereka.

3. Sempadan sentuhan

Ajar anak untuk menetapkan sempadan sentuhan kulit ke kulit. Mereka perlu tahu tiada individu boleh menyentuh, memegang atau meramas anggota badan mereka.

4. Tidak berahsia 

Ada masanya anak akan bersikap merahsiakan sesuatu daripada anda. Namun, katakan kepada anak anda, mereka tidak boleh merahsiakan apa-apa daripada ibu bapa mereka.

Ia perlu kerana pemangsa pedofilia gemar memujuk, memaksa atau mengugut mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perlakuan keji dan jijik mereka. Ini antara cara mengatasi pedofilia.

5. Lari dari situasi kecemasan

Ajar anak untuk berkata “tidak” atau “jangan” dan menolak sebarang ajakan atau pelawaan individu yang tidak dikenali untuk melakukan sesuatu.

Jika keadaan mendesak, ajar anak untuk menjerit sekuat hati dan cuba untuk lari dari situ. Mungkin anda boleh memasukkan anak anda ke kelas mempertahankan diri. 

Cara mengatasi pedofilia bermula daripada ibu bapa

Sebagai ibu bapa, anda disarankan untuk:

  • Tidak meletakkan sebarang gambar anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan
  • Jangan berkongsi lokasi sekolah atau kawasan keberadaan anak anda di laman sosial
  • Pakaikan anak anda pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan
  • Perhatikan sekiranya anak  tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang individu
  • Jangan membiarkan anak terutama berumur 13 tahun ke bawah berseorangan atau tanpa pengawasan individu dewasa dipercayai
  • Jangan membiasakan anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

People Are Defending This Convicted M’sian Pedophile After He Was Spotted Attending Local Uni

https://www.worldofbuzz.com/people-are-defending-this-convicted-msian-pedophile-after-he-was-spotted-attending-local-uni/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=people-are-defending-this-convicted-msian-pedophile-after-he-was-spotted-attending-local-uni / Accessed on Aug 23, 2019

 

Kecoh pesalah pedofilia di UK kini penuntut PhD UKM, penyelia minta henti kecam genius Matematik…“Dia ada kelas tersendiri, saya bagi thumbs up”

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/08/22/nur-fitri-ukm/#TAmXlqGIZZhRBs8T.99 / Accessed on Aug 23, 2019

 

Pedophilia

https://www.psychologytoday.com/intl/conditions/pedophilia / Accessed on Aug 23, 2019

 

Fakta Mengejutkan Tentang Pedofilia Yang Wajib Diketahui Oleh Ibu Bapa Di Malaysia

https://says.com/my/seismik/fakta-mengejutkan-tentang-pedofilia-yang-wajib-diketahui-oleh-ibu-bapa-di-malaysia / Accessed on Aug 23, 2019

Versi Terbaru

31/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Pedofilia di Malaysia: Apa yang Anda Perlu Tahu

Suka Kongsi Gambar Anak Tantrum Di Media Sosial? Ini Sebab Ibu Perlu BERHENTI Buat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan