Pedofilia adalah satu isu global yang menjijikkan. Bukan sahaja berlaku di luar negara, namun permasalahan ini juga terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Bagaimana peranan ibu bapa dalam menangani isu ini?
Anda pasti?
Pedofilia adalah satu isu global yang menjijikkan. Bukan sahaja berlaku di luar negara, namun permasalahan ini juga terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Bagaimana peranan ibu bapa dalam menangani isu ini?
Tular di laman media sosial Twitter, mengenai perkongsian status sebuah akaun yang didakwa milik seorang ‘guru’ yang merakam aksi seks dengan ‘anak murid’. Sahihkah penularan berita ini? Dan jika ia benar, ini menunjukkan institusi pendidikan sudah tidak selamat lagi.
Lebih mengejutkan, gambar profil yang digunakan pada akaun Twitter tersebut dikatakan kepunyaan seorang doktor, Dr Ubaidillah Zulkefli yang kini bertugas di salah sebuah hospital di Kelantan. Doktor yang berusia 28 tahun ini menyatakan bahawa gambarnya telah dimanipulasikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Akaun yang aktif sejak tahun 2018 ini mempunyai pengikut lebih daripada 12,000. Ia secara tidak langsung menunjukkan pedofilia ini bukanlah satu isu yang boleh dianggap remeh dan perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh.
Jadi apakah yang perlu dilakukan ibu bapa untuk mencegah permasalahan ini?
Keinginan untuk melindungi anak pastinya naluri semula jadi bagi individu yang bergelar ibu bapa. Sebagai ibu bapa sudah tentu anda akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keselamatan anak-anak anda.
Naluri untuk melindungi ini juga bahaya dan perkara yang tidak menyenangkan membuatkan wujudkan kesukaran untuk berbicara mengenai pedofilia dengan anak. Penulis tidak menafikannya, sebagai ibu merasakan anak penulis tidak perlu mengetahui tentang isu yang menjijikkan ini.
Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesilapan kerana anak-anak berhak mengetahui tentang kewujudan masalah ini. Mengajar mereka tentang pedofilia akan dapat membantu mereka mengelakkan diri daripada perkara yang tidak bermoral ini.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membanteras isu yang tidak bermoral ini:
Perkara pertama adalah untuk mempunyai satu hubungan jujur, terbuka dan saling mempercayai antara ibu bapa dan anak. Berikan penerangan yang sewajarnya mengikut kesesuaian usia mengenai seks dan libatkan mengenai isu biologi dan emosi.
Jika anak yakin mereka boleh bercakap dengan ibu bapa mengenai seks, pastinya ia akan memudahkan mereka untuk bercakap mengenai pedofilia, jika mereka berasa didekati atau dieksploitasi oleh individu tidak bermoral ini.
Langkah seterusnya adalah untuk membincangkan dengan anak mengenai apa itu kasih sayang dan perhubungan yang selamat. Jelaskan kepada mereka hubungan yang selamat harus membuatkan mereka berasa selesa, disokong, gembira dan selamat.
Dalam masa yang sama, terangkan kepada anak-anak mengenai hubungan yang tidak selamat, bersifat eksploitasi dan harus dielakkan. Pastikan anak memahami konsep persetujuan dan tanamkan dalam diri mereka keyakinan diri untuk mengatakan ‘tidak’ apabila berasa tidak selesa.
Apabila ibu bapa merasakan anak sudah boleh memahami dan matang, perjelaskan pula mengenai individu dewasa yang mempunyai masalah keadaan mental yang tertarik kepada kanak-kanak.
Oleh sebab ada antara kes penyalahgunaan dan eksploitasi seksual dilakukan oleh individu yang dikenali seperti saudara-mara dan rakan-rakan keluarga, justeru ibu bapa perlu mengajar anak memahami bahawa pedofilia bukan hanya melibatkan individu asing.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Rujuk jadual imunisasi untuk tahu vaksin apa yang anak anda perlukan dan bila
Apa jantina bayi anda?
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=50973&mobile=2 /Accessed on Nov 10, 2019
https://www.msn.com/en-my/news/berita/muat-naik-aksi-seks-dengan-anak-murid-warga-maya-kecam-guru-pedofilia/ar-BBWssGT?li=BBr8Hnu /Accessed on Nov 10, 2019
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/11/10/gambar-profil-doktor /Accessed on Nov 10, 2019
https://magdalenegroup.org/roseblog/parents-tackling-tough-topics-how-to-explain-what-a-paedophile-is/ /Accessed on Nov 10, 2019
https://www.stayathomemum.com.au/my-kids/behaviour/how-to-stop-a-paedophile-with-a-conversation/ /Accessed on Nov 10, 2019
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen