Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seorang wanita yang bergelar ibu memang layak dipanggil sebagai ‘wanita besi’.

Manakan tidak, mereka mampu melakukan pelbagai perkara dalam satu masa termasuklah bekerja dan menguruskan isi rumah secara serentak.

Pun begitu, janganlah kita beranggapan ibu seperti sebuah robot yang berfungsi menggunakan bateri kerana mereka juga boleh jatuh sakit.

Ekoran itu, pengambilan ubat adalah sangat diperlukan bagi tujuan rawatan.

Persoalannya, bagaimana jika mereka sedang menyusu badan? Adakah ia selamat untuk ibu dan anak?

Ibu jangan ambil ubat dulu jika sakit ya, sila baca artikel ini lebih lanjut untuk mengetahui jawapannya!

Ubat dan penyusuan

Seperti yang kita semua sedia maklum, susu badan merupakan diet terbaik untuk bayi yang baru dilahirkan.

Ia mengandungi nutrisi lengkap dan membekalkan antibodi semula jadi buat anak yang sedang membesar.

Akan tetapi, adakalanya si ibu juga perlu untuk mengambil ubat bagi merawat sakit tertentu.

Ramai ibu dinasihati untuk berhenti menyusu badan seketika dalam masa mereka mengambil ubat kerana khuatir ia akan memberi kesan kepada anak yang disusukan.

Ya, memang benar bahawa ada ubat yang boleh menjejaskan susu badan sekali gus meningkatkan risiko kepada anak yang disusukan namun tidak semua.

ubat

Bagaimana dengan ubat yang biasa kita ambil semasa demam iaitu paracetamol?

Apa itu paracetamol?

Sekiranya anda belum tahu, paracetamol atau turut dikenali sebagai acetaminophen adalah sejenis ubat yang biasa digunakan untuk merawat demam.

Ini ekoran sifatnya yang mampu menurunkan suhu badan tinggi serta sesuai diambil bersama ubat selesema atau flu – simptom biasa ketika demam.

Ia mengandungi banyak jenis mengikut kesesuaian individu termasuklah:

  • Tablet
  • Kapsul
  • Cecair
  • Larutan

Secara umumnya, paracetamol adalah selamat untuk diambil oleh setiap golongan sama ada kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas.

Bagaimana pula dengan ibu yang sedang menyusu badan?

Ibu menyusu badan boleh ambil paracetamol?

Menurut Dr. Zubaidi Ahmad, paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan dengan selamat dan boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa serta ibu yang sedang hamil atau menyusu badan.

Pun begitu, harus diingatkan agar ibu mengambil dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa pendek sahaja.

Dos yang biasa disyorkan oeh doktor adalah hanya satu atau dua biji tablet (500 mg) bagi setiap 4 ke 6 jam.

Ini sangat penting demi mengelakkan kandungan ubat tersebut memasuki susu ibu dalam kadar berlebihan sehingga mendatangkan mudarat kepada anak yang disusukan.

menyusu badan

Beliau turut menegaskan agar kalian lebih berwaspada sekiranya:

Oleh itu, dapat kita simpulkan di sini bahawa pengambilan ubat paracetamol adalah selamat untuk ibu menyusu badan asalkan mengambil dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa pendek sahaja.

Untuk lebih kepastian, sila dapatkan konsultasi dengan doktor terlebih dahulu.

Selain paracetamol, adakah ubat lain selamat?

Apabila berbicara tentang perihal ubat dan penyusuan, ia bukanlah setakat paracetamol semata-mata.

Selain demam, terdapat banyak lagi penyakit lain yang boleh berlaku kepada ibu dan memerlukan ubat.

Berikut merupakan beberapa jenis ubat untuk rawatan penyakit umum serta penjelasannya terhadap kesihatan ibu menyusu badan:

Ubat cirit-birit: Kaolin, Loperamid, Atropin dengan difenoksilat

  • Tiada kesan mudarat jika diambil mengikut dos

Ubat batuk dan selesema: Dekstrometorfan, Folkodein, Pseudoefedrin

  • Tiada kesan mudarat jika diambil mengikut dos

Ubat asma: Salbutamol, Terbutalin

  • Tiada kesan mudarat jika diambil mengikut dos

ubat

Julap (bagi rawatan penyakit sembelit)

  • Boleh menyebabkan bayi cirit-birit
  • Ambil atas nasihat doktor sahaja

Iodides (bagi rawatan penyakit tiroid)

  • Dilarang ambil dalam tempoh menyusu badan
  • Jika perlu ambil juga, hentikan penyusuan badan

Nikotin (bagi rawatan tabiat merokok)

  • Jangan ambil dalam tempoh menyusu badan
  • Boleh mengurangkan pengeluaran susu
  • Menyebabkan bayi muntah-muntah, cirit birit dan meragam.

Vitamin ( A, B, C, D, E, K )

  • Vitamin A, B, C, K boleh diambil tanpa kesan mudarat
  • Vitamin D, E, piridoksin dan tiamin elak ambil dalam kuantiti yang banyak

PERHATIAN: Sila berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum ambil apa-apa jenis ubat!

Bukan ubat sahaja yang perlu diberi perhatian oleh ibu semasa tempoh menyusu badan malah pemakanan juga.

Oleh itu, kurangkan atau hentikan tabiat menghisap rokok, menghisap vape, meminum air beralkohol dan berkafein serta penyalahgunaan dadah.

Ia bukan sahaja bahaya kepada anda malah anak yang sedang disusukan.

Sayangilah diri anda dan orang di sekeliling anda untuk kesihatan semua.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

Penyusuan susu ibu bertujuan memberikan nutrisi yang mencukupi kepada bayi. Namun, adakah terdapat kesan terhadap kulit ibu disebabkan oleh penyusuan bayi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Penyusuan Badan 27/10/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

Ibu kepada bayi kembar akan berdepan masalah saat penyusuan? Tidak semestinya, kerana ada cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 09/10/2020 . 3 minit bacaan

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan menjadi pilihan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat serta meningkatkan peluang untuk hamil.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ubat haid tidak teratur

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
puting lelaki

Payudara Lelaki Mungkin Tidak Sebesar Wanita, Tapi Ada Fungsi Pada Puting Dada Si Jejaka

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
Ditaja oleh
susu formula terbaik untuk bayi

7 Tanda Bayi Anda Mengalami Masalah Sembelit & Cirit-Birit, Laktoferin Boleh Membantu Masalah Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 6 minit bacaan
susu kultur

Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Ibu Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan