backup og meta

Susu Ibu: Merawat atau Menyebabkan Bayi Kuning?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2023

    Susu Ibu: Merawat atau Menyebabkan Bayi Kuning?

    Apa itu jaundice susu ibu? Benarkah ia berpunca daripada susu badan si ibu?

    Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir.

    Kira-kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.

    Kebiasaannya apabila bayi kuning, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya.

    Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami jaundis disebabkan susu ibu sendiri. Jadi, apakah sebenarnya kaitan antara bayi kuning dengan susu ibu?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimana jaundis berlaku?

    jaundice susu ibu

    Jaundice bayi berlaku apabila kadar bilirubin yang tinggi dalam darah mereka. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dihasilkan semasa pecahan sel darah merah yang telah tua.

    Bilirubin kebiasaannya melalui hati yang memprosesnya untuk disingkirkan melalui usus.

    Walau bagaimanapun, dalam bayi yang baru lahir, hati selalunya belum cukup berkembang dan mungkin tidak dapat menyingkirkan bilirubin daripada darah.

    Apabila terlalu banyak bilirubin dalam darah, ia boleh menetap di kulit. Ini menyebabkan kulit dan mata kelihatan kuning.

    Selain masalah menyingkirkan bilirubin melalui hati dengan berkesan, bayi juga tidak mempunyai pergerakan usus yang cukup kerap.

    Salah satu manfaat kolostrum atau susu pertama bayi ialah ia membantu membersihkan usus bayi anda.
    Walaupun kolostrum hanya sebanyak satu sudu teh, ‘susu pertama’ ini akan membantu bayi anda membuang air.

    Jadi, jika bayi anda dipastikan menyusu secukupnya, bayi anda akan menerima banyak kolostrum dan akan menyebabkan banyak pergerakan usus, yang akan membantu bilirubin disingkirkan dengan cepat.

    Jaundice susu ibu, fahami cara ia terjadi

    jaundice susu ibu

    Terdapat dua jenis jaundis yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu jaundice susu ibu (breast milk jaundice) dan jaundis penyusuan susu ibu (breastfeeding jaundice).

    Dalam kebanyakan hal, bayi anda mungkin mengalami jaundis penyusuan susu ibu, iaitu disebabkan tidak menyusu dengan mencukupi.

    Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi.

    Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut:

  • Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin.
  • Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin.
  • Pam susu untuk diberikan kepada bayi, jika perlu.
  • Jika bayi kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu.
  • Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
  • Ketahui isyarat lapar bayi dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi menangis untuk mula memberinya makan.
  • Pastikan menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
  • jaundice susu ibu

    • Jika bayi tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya.
    • Buka pakaian bayi dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul.
    • Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.

    Jaundice susu ibu pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran.

    Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3 peratus bayi.

    Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.

    Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui.

    Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini boleh diwarisi dalam keluarga.

    Baca juga:

    Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mengalami jaundis susu ibu.

    Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami jaundice susu ibu melainkan atas arahan doktor.

    Susu ibu adalah penting untuk kesihatan bayi. Ia membekalkan semua nutrien yang diperlukan dan melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan