backup og meta

9 Jenis Pam Susu Elektrik, Ini Pilihan Terbaik Ibu Bekerja, Mudah Digunakan!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

9 Jenis Pam Susu Elektrik, Ini Pilihan Terbaik Ibu Bekerja, Mudah Digunakan!

Sedang mencari pam susu elektrik terbaik sesuai dengan keperluan harian anda? Klik artikel ini untuk mengetahui pilihan pam susu terbaik yang ada di pasaran.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Pemilihan pam susu terbaik

Buat ibu yang akan kembali bekerja dan masih menyusukan bayi atau anak belum bercerai susu sepenuhnya, ini bacaan untuk anda.

Semestinya anda perlu mendapatkan pam susu (breast pump) bagi memastikan stok bekalan susu mencukupi.

Namun dengan pelbagai jenis pam susu ditawarkan di pasaran, sudah tentu ia sedikit sebanyak membuatkan anda pening untuk memilih yang terbaik.

Secara amnya, pemilihan pam susu perlu mengambil kira beberapa aspek seperti:

Saiz

Sudah tentu saiz pam susu memainkan peranan penting, ini terutamanya buat anda yang bekerja – pam perlu dibawa ke pejabat. 

Saiz yang kecil sudah tentu lebih ringan berbanding pam susu yang besar, sekali gus mudah diangkut ke mana-mana sahaja.

Baca juga:

Keselesaan semasa guna pam susu elektrik terbaik

Corong pam susu akan mempengaruhi keselesaan anda semasa mengepam susu. 

Pam susu yang menyediakan pelapik getah lembut pada corong, pastinya akan dapat memberikan rasa selesa semasa mengepam susu.

Bunyi

Bunyi yang dihasilkan motor pam susu juga antara aspek penting perlu dipertimbangkan, khususnya jika tempat kerja anda menyediakan bilik khas.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Kapasiti

Terdapat pilihan kapasiti iaitu single-pump dan double-pump

Jika anda akan kerap mengepam susu, double pump pilihan yang ideal – ia menjimatkan masa kerana boleh dilakukan secara serentak pada kedua-dua belah payudara.

Pam susu elektrik terbaik 

Selepas mengetahui beberapa aspek penting dalam pemilihan pam susu, sudah tibalah masa untuk mengenal pasti produk yang sesuai untuk anda.

Di bawah, kami senaraikan 9 pam susu terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran.

Medela Freestyle Flex Double Electric Breast Pump

Dikatakan sebagai pilihan terbaik untuk ibu bekerja kerana saiznya yang kecil dan kompak. 

Pam susu ini menggunakan sumber kuasa elektrik, bateri dan powerbank – membolehkan ibu mengepam susu di mana-mana sahaja. Tahap sedutan boleh dilaraskan serta menawarkan kawalan skrin sentuh intuitif.

Dibangunkan dengan Flex Technology, breast shield pam susu ini boleh disesuaikan mengikut bentuk payudara untuk keselesaan individu dan dapat meningkatkan aliran susu.

pam susu elektrik terbaik

Haenim NexusFit 7A-LITE Ultraportable Electric Breast Pump

Mendapat pengiktirafan Food and Drug Administration (FDA), pam susu ini menawarkan butang kawalan bagi mengawal kekuatan sedutan dan kitaran susu. Ia juga mempunyai bateri yang boleh dicas semula.

Merupakan pam susu berkapasiti double-pump, ia bersaiz kompak dengan berat hanya 215 gram.

Philips Avent Double Electric Breast Pump, antara pam susu elektrik terbaik

Merupakan antara jenama yang tidak asing lagi buat ibu-ibu di luar sana, pam susu jenama Philips Avent menawarkan keseimbangan sempurna sedutan dan rangsangan puting berdasarkan penyusuan bayi bersama 16 tetapan mengepam.

Di samping memberikan keselesaan semasa menggunakannya, ia juga dapat mengepam susu lebih cepat dan lebih banyak dalam masa yang singkat.

Autumnz Hybrid Duo Double Electric Breast Pump

Menawarkan 2 mod mengepam: urutan (5 tetapan) dan ekspresi susu (9 tahap) yang efektif dan efisien, dengan skrin LED untuk memudahkan penggunaan dan pembacaan.

Selain ringan, pam susu elektrik terbaik ini juga dilengkapi dengan Ultrasoft Silicone Massage Breast Shield yang dapat memberikan keselesaan tambahan buat ibu semasa sesi mengepam susu.

Pam susu elektrik terbaik #Anakku Essential Double Electric Breast Pump

Mempunyai reka bentuk anti aliran balik bersama injap sedut silikon gred makanan, dapat memastikan susu tidak mamasuki tiub pam udara serta memudahkan proses pembersihannya.

Pam elektrik keluaran Anakku ini mempunyai vakum automatik dilepaskan dalam setiap strok dan menghasilkan kitaran suck-release yang meniru corak hisapan semula jadi bayi, sekali gus membuatkan ibu lebih selesa dan tidak sakit semasa mengepam.

Halford Duo Rechargeable Electric Breast Pump

pam susu elektrik terbaik

Pam susu elektrik yang senyap ini direka untuk kegunaan tempoh lama serta tahan lasak sesuai untuk ibu bekerja kerana ia tidak bising.  

Dilengkapi dengan paparan LCD yang memudahkan pengawalan semasa penggunaannya, pam ini menawarkan 4 mod pengepaman iaitu urutan, ekspresi susu, penukaran frekuensi dan pam berterusan.

Pam susu elektrik terbaik #Medela Swing Flex Single Electric Breast Pump

Medela single-pump yang dilengkapi dengan teknologi ekspresi 2-fasa yang mengikut rentak bayi menyusu ini dapat mengurangkan waktu pengepaman.

Dengan PersonalFit Flex breast shield, ia menawarkan keselesaan buat ibu kerana ia akan menyesuaikan dengan perubahan bentuk payudara anda. Selain itu dengan saiz yang kecil sudah tentu ia ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Lacté Solo Elite

pam susu elektrik terbaik

Mempunyai rekaan bentuk pelindung payudara lembut, pam susu keluaran Lacté ini menawarkan 9 langkah kawalan sedutan. 

Dilengkapi dengan paparan LED untuk pembacaan yang lebih mudah, pam susu ini juga mempunyai diafragma anti aliran balik –  dapat memastikan susu tidak memasuki tiub pam udara.

Spectra S1 Heavy Duty Breast Pump, salah satu pam susu elektrik terbaik

Kelebihan pam susu gred hospital keluaran Spectra ini adalah ia tidak mengeluarkan bunyi bising dan senyap sepanjang sesi mengepam susu.

Selain dilengkapi dengan fungsi anti aliran balik, anda boleh memilih untuk menggunakan satu atau kedua-dua pam yang ada pada breast pump ini.

Tidak kiralah yang mana satu pam susu terbaik yang menjadi pilihan hati ibu, pastikan anda menggunakannya mengikut arahan pengilang mengenai cara penggunaan dan membersihkan pam.

Jangan lupa untuk sentiasa mencuci tangan sebelum mengepam dan sebelum mengendalikan susu yang akan disimpan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Paula P. Meier, Aloka L. Patel, Rebecca Hoban, and Janet L. Engstrom. Which Breast Pump for Which Mother: An Evidenced-Based Approach to Individualizing Breast Pump Technology. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4920726/, Accessed on Jan 30, 2023 
  2. Choosing a Breast Pump. https://breastfeedingusa.org/content/article/choosing-breast-pump, Accessed on Jan 30, 2023
  3. Choosing a Breast Pump. https://www.fda.gov/medical-devices/breast-pumps/choosing-breast-pump,  Accessed on Jan 30, 2023
  4. Best Breast Pump Buying Guide. https://www.consumerreports.org/babies-kids/breast-pumps/buying-guide/, Accessed on Jan 30, 2023 
  5. Choosing a Breast Pump. https://www.hendricks.org/upload/docs/Breastfeeding/HRH_CBC_ChoosingaBreastpump.pdf, Accessed on Jan 30, 2023 
  6. Breastfeeding: Choosing a Breast Pump. https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/ta6306,  Accessed on Jan 30, 2023 
  7. 9 Tips Memilih Pam Susu (Breast Pump). https://bidadari.my/tips-memilih-breast-pump/, Accessed on Jan 30, 2023
  8. Choosing a breast pump. https://www.breastfeeding.asn.au/resources/choosing-breast-pump,  Accessed on Jan 30, 2023

 

Versi Terbaru

08/05/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu, Ini 4 Cara Panaskan Susu Badan Yang Betul! Barulah Tak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

Selain Kuning Dan Putih, Ada 4 Warna Lain Susu Badan Ibu, Jangan Terkejut!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan