Susu Badan Anda Terlalu Cair? Ibu Jangan Panik, Baca Ini Dulu Untuk Tahu Kenapa Ia Jadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/05/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Semua ibu di dunia ini pasti mahukan anak mereka mendapatkan sumber nutrisi yang mencukupi untuk perkembangannya. Susu badan ibu merupakan sumber nutrisi yang terbaik berbanding sumber yang lain.

Disebabkan itu, para ibu sering berasa risau terhadap kondisi susu badan mereka terutamanya dari segi tahap kelikatannya. Ada pendapat yang mengatakan susu badan yang cair akan menyebabkan anak anda tidak mendapat nutrisi yang secukupnya.

Adakah ini benar? Jom kuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui sejauh mana kesahihan pendapat ini!

Mengapa susu badan boleh menjadi cair?

Bagaimana Susu Ibu Terhasil (2)

Ramai yang tidak tahu bahawa susu badan sememangnya akan wujud dalam keadaan cair dan pekat. Kelikatan susu ini sebenarnya bergantung kepada 2 jenis susu, iaitu:

1. Foremilk (susu awal)

Ia merupakan susu yang berada di hadapan “kilang” susu pada payudara. Susu ini lebih cair, tinggi kandungan air, tinggi kandungan gula, berwarna kebiruan atau kehijauan (bergantung kepada ibu) serta mengandungi vitamin, protein dan karbohidrat.

2. Hindmilk (susu akhir)

Ia merupakan susu yang berada di belakang “kilang” susu pada payudara. Susu ini lebih pekat serta mengandungi lemak dan kalori yang tinggi. Susu ini sangat penting untuk membuat bayi kenyang dan tumbesaran mereka.

Namun demikian, ada juga beberapa faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi kelikatan susu badan. Berikut merupakan faktor-faktornya:

  • Cuaca
  • Ibu yang kerap mengosongkan payudara
  • Pemakanan ibu
  • Saiz perut bayi

Perlu risau atau tidak jika susu badan cair?

menyusukan dua anak

Sebenarnya, anda tidak perlu risau sekiranya susu badan anda cair. Ini kerana susu badan anda sememangnya mempunyai keadaan sedemikian dan tetap mengandungi nutrisi yang sangat diperlukan oleh anak anda.

Selain itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 2 keadaan susu iaitu “foremilk” (susu awal) dan “hindmilk” (susu akhir) yang masing-masing kelebihan nutrisinya yang tersendiri.

Susu awal mungkin rendah lemak namun tinggi kandungan gula. Susu akhir yang tinggi lemak pula sangat penting untuk tumbesaran anak anda.

Ketika sedang menyusukan anak, anda mungkin boleh perhatikan bahawa pada permulaan waktu anda menyusukan anak, susu badan yang keluar adalah cair.

Lama-kelamaan, susu badan anda akan menjadi pekat dan seterusnya menjadi sedikit pejal pada akhir penyusuan. Inilah yang dikenali sebagai “foremilk” (susu awal) dan “hindmilk” (susu akhir).

Oleh itu, anda tidak perlu risau akan kelikatan susu badan anda kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada anda dan juga anak anda.

Jangan risau, ia bukanlah satu masalah besar

susu ibu

Tuntasnya, kelikatan susu badan bukanlah pengukur kepada jumlah nutrisi yang terdapat di dalamnya. Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu badan, anda perlu sentiasa kekal aktif dan positif terhadap penyusuan anak.

Ini bertujuan memastikan proses penghasilan susu badan berjalan lancar dan anak anda akan memperolehi 100 peratus manfaat daripadanya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

    Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

    Wean Off, Adakah Baby Bersedia? Ini Yang Ibu Kena Tahu Tentang Usia Sesuai Bercerai Susu

    Berbicara tentang proses penyusuan, pernah tak anda terfikir bilakah masa sesuai untuk cerai susu dilakukan? Adakah wean off terlalu awal atau lewat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 14/12/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin. Ini yang ibu perlu tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sperma lelaki

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    perkembangan otak bayi

    Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyusuan eksklusif

    Risau Susu Badan Tak Cukup? Apa Kata Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/12/2020 . 4 minit bacaan