Sukar Lakukan Penyusuan Eksklusif Si Manja? 5 Perkara Ini Mungkin PUNCANYA…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bila tengok ibu-ibu lain dapat menyusukan anak sendiri, sure timbul rasa sayu dihati apabila sebagai ibu, anda tidak mampu lakukan penyusuan eksklusif.

Tetapi mengapakah ia boleh berlaku? Haa…kalau nak tau sebab-sebabnya, ikuti perkongsian artikel Hello Doktor ini.

Faktor gagal menyusukan anak

Adalah menjadi impian setiap wanita yang hamil ingin memberikan penyusuan eksklusif kepada anaknya apabila dilahirkan kelak. Ini kerana susu ibu sudah terbukti sebagai satu makanan terbaik yang memenuhi segala keperluan nutrisi bayi.

Tetapi bukan semua ibu dapat memberikan penyusuan eksklusif. Berikut adalah punca yang boleh mendasari permasalahan tersebut:

  1. Tiada susu

Sememangnya sewaktu kehamilan, sistem dalam badan akan mengalami perubahan dan mempersiapkan diri untuk kelahiran bayi.

Begitu juga dalam aspek penghasilan susu badan. Namun susu akan dikeluarkan mengikut keperluan bayi. Disarankan pada peringkat awal, jika tiada susu yang keluar, ibu-ibu boleh merangsang pengeluaran susu badan dengan memberikan anak menghisap puting.

Jika pada peringkat awal, hanya cecair berwarna kuning pekat yang keluar dan dalam kuantiti yang sedikit, berikan ia kepada bayi anda. Cecair itu dikenali sebagai kolostrum dan ia sangat bagus dalam membantu meningkatkan antibodi si manja anda. 

penyusuan eksklusif

  1. Tekanan

Apabila tiada susu yang keluar, pastinya ibu-ibu akan berasa tertekan, bukan?

Sudah tentu tekanan yang dihadapi ini akan menyukarkan lagi penghasilan susu, sekali gus menjadi punca mengapa anda gagal untuk menyusukan anak.

Semakin anda tertekan, semakin kurang hormon oksitoksin yang berperanan dalam membantu penghasilan susu badan.

  1. Desakan sekeliling

Pasti anda pernah mendengar saranan untuk memberikan susu formula kepada bayi untuk membantu bayi lebih kenyang?

Lagi-lagi kalau bayi kerap menangis walaupun selepas menyusu sebab dikatakan bayi masih lapar. Itu semua adalah mengarut!

Susu ibu sudah cukup untuk nutrisi yang diperlukan bayi. Si manja anda mungkin menangis disebabkan masalah lain seperti ketidakselesaan perut

  1. Pam susu

Apabila ibu tidak mengepam susu dan membiarkan sehingga payudara membengkak boleh menjadi punca mengapa anda gagal menyusukan anak.

Ini kerana ia seolah-olah ‘menghantar isyarat’ bahawa susu tidak diperlukan lagi. Keadaan ini sekali gus mengurangkan penghasilan susu badan.

Sebagai ibu, anda amatlah disarankan untuk mempunyai jadual mengepam susu yang tersendiri. Malahan anda mungkin perlu bangun pada awal pagi semata-mata untuk mengepam susu.

Tempoh yang terbaik adalah untuk mengepam susu adalah dua hingga tiga jam sekali. 

sedihnya-tak-dapat-menyusukan-anak-sendiri

  1. Sokongan

Sebagai seorang ibu yang baru melahirkan anak, terutamanya untuk zuriat sulung, sudah tentu memerlukan sokongan, khususnya sokongan daripada suami.

Bayangkan jika anda bangun tengah malam untuk menyusukan anak atau mengepam susu, dan suami anda turut bangun menemankan anda, sudah tentu ia satu perkara yang membahagiakan, bukan?

Lebih baik jika si suami menyiapkan minuman panas dan tolong mengurutkan badan anda. 

Jadi sekiranya anda berasa memerlukan teman dan sokong, cubalah untuk berbincang dengan pasangan anda. Dan buat para suami, silalah berikan kerjasama. Tanggungjawab membesarkan dan menjaga anak bukan tanggungjawan isteri anda seorang!

Lakukan yang terbaik

Walaupun anda mungkin akan mendengar ‘cakap-cakap’ individu sekeliling anda mengenai kebaikan susu formula. Percayalah, susu ibu adalah sumber pemakanan yang terbaik dan mencukupi buat si manja anda. Terus menyusukan anak seperti biasa.

Elakkan dari mendengar sebarang percakapan yang berunsur negatif yang boleh menjatuhkan semangat anda seperti mengenai betapa banyaknya kuantiti susu dihasilkan oleh si dia itu dan ni, perlunya memberikan si manja air masak dan sebagainya. 

Jika terdapat sebarang keraguan, dapatkan kepastian dengan bertanyakan kepada mereka yang lebih pakar. Jangan hanya bergantung kepada mereka yang kononnya arif dan ‘Mr Google’ sahaja!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bayi Susah Nak Menyusu Sebab Masalah Puting Rata? Ibu Cuba 5 Cara Ini Bagi Nipple Timbul!

Anda pasti menganggap semua puting susu adalah sama. Namun hakikatnya, ada puting yang berbeza dan boleh menjejaskan ibu untuk menyusukan bayi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Penghisap Vape, Ada Risiko Jika Anda Menyusukan Bayi, Si Manja Akan Dapat Sakit Ini!

Semasa vaping, nikotin di dalamnya diserap masuk ke sistem badan. Tetapi adakah terdapat kesan nikotin vape dalam susu badan jika ibu penghisap vape?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

Mama, Tak Perlu Lagi Guna Produk Milk Booster! Ini 4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

Selamat ke guna milk booster untuk tambah susu badan? Jika anda nak tahu, ada 4 alternatif semula jadi untuk tingkatkan jumlah susu badan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak yang tumbuh gigi kerana takut digigit oleh mereka. Ini cara untuk berikan susu badan tanpa bimbang akan digigit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penyusuan Badan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara menyusu anak kembar

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan bayi

Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan