backup og meta

Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/07/2022

    Ini Yang Mungkin Berlaku Pada Kulit Ibu Ketika Menyusukan Bayi, No. 3 Paling Jarang Perasan

    Selepas bersalin, ibu akan melalui fasa penyusuan bayi atau laktasi. Penyusuan susu ibu eksklusif ini dilakukan bertujuan membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada bayi yang baru dilahirkan.

    Namun, adakah terdapat sebarang kesan terhadap kulit si ibu yang disebabkan oleh penyusuan bayi ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah yang boleh berlaku kepada kulit ibu yang menyusu semasa penyusuan susu ibu eksklusif

    Penyusuan bayi adalah perkara yang mesti dan disaran untuk dilakukan sejurus selepas bayi lahir. 

    Ini bertujuan memberikan bayi dengan makanan yang cukup kandungan nutrisinya selain menguatkan antibodi bayi tersebut.

    Namun, ada kemungkinan wujudnya beberapa perkara yang berlaku semasa atau selepas menyusukan bayi anda.

    Berikut adalah antara perkara yang boleh terjadi pada kulit seseorang ibu hasil daripada aktiviti penyusuan bayi.

    penyusuan susu ibu eksklusif

    #1 Puting lembut terjadi selepas penyusuan susu ibu eksklusif

    Untuk beberapa hari pertama selepas bayi anda dilahirkan dan mula menyusu, payudara dan puting anda mungkin terasa sakit atau merekah.

    Puting payudara anda juga mungkin akan mengalami pendarahan. Sebahagian wanita mengalami kesakitan yang teruk disebabkan sakit pada puting, manakala wanita yang lain pula mungkin akan berasa sedikit tidak selesa.

    Sekiranya bayi anda menyusu dengan baik, rasa sakit akan mereda walaupun anda mungkin merasakan sedikit kesakitan dalam tempoh beberapa saat hingga satu minit pertama setelah bayi anda menyusu.

    Doktor atau jururawat dapat membantu anda memastikan bayi menyusu dengan betul dan juga membantu anda mempelajari petua serta cara untuk melakukan penyusuan dengan lebih selesa.

    #2 Kulit yang merekah

    Penyusuan bayi akan menjadi sedikit sukar sekiranya ibu tersebut mempunyai keadaan kulit puting yang kering.

    Antara salah satu masalah yang mungkin timbul apabila anda mempunyai keadaan kulit kering dan terpaksa menyusukan bayi anda ialah kulit yang merekah.

    Pada kebiasaannya, aktiviti penyusuan susu ibu boleh menyebabkan kebanyakan wanita berasa tidak selesa pada peringkat awal.

    penyusuan susu ibu eksklusif

    Sekiranya puting anda menjadi terlalu kering, kulit akan merekah, yang kemudiannya boleh menyebabkan jangkitan dan mengakibatkan proses penyusuan bayi jadi lebih menyakitkan.

    Anda boleh melakukan beberapa alternatif bagi mengurangkan kesakitan yang dialami akibat kulit kering seperti ini.

    Antara perkara yang boleh dilakukan adalah menggunakan krim lanolin, membiarkan susu kering dengan sendirinya pada puting payudara dan mengelakkan penggunaan bahan sintetik pada bahagian payudara anda. 

    Penyusuan susu ibu eksklusif #3 Thrush

    Sejenis jangkitan yis yang disebut sebagai thrush ini boleh menular di antara ibu dan bayi ketika penyusuan susu ibu dan menyebabkan kesakitan yang teruk dan menusuk.

    Thrush sering didiagnosis setelah masalah berkenaan penyusuan telah selesai tetapi kesakitannya masih lagi dialami.

    Antara simptom jangkitan yis ini termasuklah puting yang mengelupas, gatal-gatal, berwarna merah atau berkilat dan mulut bayi yang mempunyai tompok-tompok putih pada lidahnya.

    Bayi juga mungkin akan mengalami ruam lampin.

    Kadangkala, kesakitan yang dialami berkemungkinan satu-satunya gejala bagi jangkitan yis ini.

    Sekiranya bayi anda menyusu badan dengan baik tetapi anda masih mengalami kesakitan yang teruk semasa menyusu, hubungi doktor anda untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.

    Baca juga:

    Masalah lain berkaitan kulit yang berlaku selepas melahirkan anak bukan disebabkan penyusuan susu ibu eksklusif

    Terdapat juga beberapa keadaan lain yang boleh berlaku pada kulit anda yang tidak berpunca daripada penyusuan susu ibu eksklusif. Antara perkara tersebut ialah:

    Tompok coklat pada kulit

    Kawasan pada tubuh anda yang menjadi gelap akan kembali cerah kembali dalam tempoh setahun selepas anda melahirkan anak.

    Perubahan warna kulit atau pigmentasi pada wajah pula disebut sebagai melasma.

    Garis hitam yang ada pada perut pula disebut sebagai linea nigra.

    Kesemua tompok berwarna gelap atau coklat ini disebabkan oleh hormon kehamilan yang tinggi dalam tubuh badan anda yang akan kembali menurun sejurus selepas melahirkan anak.

    Cuba untuk jauhkan diri anda daripada cahaya matahari kerana sinar matahari hanya akan membuatkan tompok tersebut menjadi lebih gelap.

    Gunakan topi, baju berlengan panjang, payung atau sunscreen jika keluar rumah sewaktu cahaya matahari sedang terik. 

    Punca tanda regangan atau stretch marks

    Tanda regangan anda tidak akan hilang, tetapi ia akan menjadi kurang ketara dalam tempoh beberapa bulan atau tahun.

    penyusuan susu ibu eksklusif

    Pada mulanya tanda regangan tersebut akan berwarna merah jambu, coklat kemerahan, atau ungu.

    Pigmentasi kulit akhirnya akan pudar, dan menjadikan kawasan tanda regangan tersebut mempunyai warna yang lebih cerah berbanding kawasan kulit lain di sekitarnya.

    Sekiranya anda berasa tidak selesa dengan kewujudan tanda regangan ini, terdapat banyak krim dan losen yang boleh anda cuba untuk menghilangkannya.

    Terapi laser adalah antara cara yang boleh membantu anda menghilangkan tanda regangan.

    Ia lebih berkesan jika digunakan sejak awal iaitu ketika tanda tersebut masih berwarna merah, coklat atau ungu.

    Namun, ia tidak akan menghilangkan tanda tersebut secara keseluruhan dan hanya membantu mengurangkan penampakannya sahaja. 

    Kesimpulan

    Beberapa keadaan yang dinyatakan di atas ini boleh berlaku pada kulit anda ketika anda sedang menyusukan bayi atau selepas penyusuan susu ibu eksklusif.

    Keadaan lain seperti kewujudan stretch marks dan juga tompok gelap pada kulit juga boleh berlaku walaupun bukan disebabkan faktor penyusuan bayi. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan