Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Pelbagai ura-ura yang kedengaran semasa wabak virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda dunia.
Kangkung, kunyit, tangkal, azimat dan sebagainya, bukan sahaja tidak terbukti berkesan malah boleh menjadi medium penipuan buat mereka yang inginkan keuntungan atas angin.
Mungkin kebanyakan daripada maklumat palsu yang tersebar jelas pada amatan orang awam, namun ada beberapa yang samar-samar.
Nampak macam tipu, tapi mungkin betul.
Antara yang popular adalah berkaitan dengan susu ibu cegah COVID-19.
Angka jangkitan sedang merangkak perlahan-lahan ke 4 juta dan kematian kini melebihi 200,000 individu di seluruh dunia.
Di Malaysia, statistik adalah seperti berikut:
Banyak kajian menunjukkan susu ibu sangat bermanfaat terutamanya bagi bayi yang berusia 6 bulan dan ke bawah.
Antibodi yang turut terkandung di dalam susu tersebut boleh melindungi anak daripada penyakit berbahaya sehingga sistem pertahanan mereka matang.
Namun, adakah susu ibu cegah COVID-19?
Walaupun kini masih tiada rawatan yang ditemui, tidak bermakna orang awam boleh mengambil langkah meluru atau berpaling kepada rawatan tradisional yang tidak terbukti akan keberkesanannya.
Baca juga:
Ia bahkan boleh memudaratkan sekiranya langkah yang diambil tidak diketahui akan profil keselamatannya.
Susu ibu sememangnya selamat namun sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan antibodi virus COVID-19 terkandung di dalam susu ibu.
Perkara ini sama dengan ibu yang sembuh daripada jangkitan.
Hanya kerana bayi anda tidak dijangkiti tidak bermakna susu ibu merupakan jawapan kepada langkah pencegahan yang perlu diambil.
Dapatan anekdotal (tidak berasaskan kajian saintifik) boleh memberikan tanggapan palsu bahawa anda selamat hanya kerana mengambil susu ibu.
Setakat ini, bukti saintifik menunjukkan virus COVID-19 tidak disalurkan kepada anak melalui susu ibu.
Jangkitan berlaku melalui simptom saluran pernafasan dan sentuhan dengan objek tercemar.
Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk mengamalkan jarak sosial dan kerap cuci tangan.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ingin menyusukan anak, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan supaya ibu:
Kenapa perlu kita mengamalkan semua langkah pencegahan di atas jika tiada bukti yang menunjukkan anak boleh dijangkiti melalui penyusuan?
Secara mudahnya, masih banyak perkara yang belum difahami berkenaan dengan virus korona baharu.
Bayi yang baru lahir juga mudah untuk mendapat jangkitan seperti individu lain. Jika mereka dijangkiti, kakitangan yang menguruskannya turut berisiko dijangkiti.
Oleh sebab itulah langkah pencegahan perlu diambil.
Kajian setakat ini menunjukkan virus COVID-19 tidak boleh disebarkan melalui air ketuban, susu ibu atau mana-mana sampel lain.
Mereka yang mengandung tidak akan menjangkiti janin dan ibu yang menyusukan anak tidak akan menjangkiti bayi.
Melainkan, ibu tidak mengambil langkah pencegahan dan bersentuhan dengan anak.
Jika dijangkiti, sukar untuk mereka dipantau memandangkan majoriti tidak akan mengalami simptom pada fasa awal.
Susu ibu penting untuk perkembangan otak si manja.
Oleh sebab itulah mereka yang melahirkan anak, walaupun dalam situasi wabak, digalakkan untuk memberikan susu badan kepada bayi.
Ia juga boleh memberikan perlindungan sementara dan mengandungi faedah nutrisi yang cukup bagi si manja yang berusia 6 bulan dan ke bawah.
Namun, apabila sampai usia 6 bulan, bayi perlu mendapatkan sumber tenaga daripada makanan lain untuk membesar.
Begitu juga dengan orang dewasa.
Secara amnya, tiada kajian yang membuktikan bahawa susu ibu dapat memberikan kebaikan kepada sistem pertahanan badan orang dewasa.
Anda mungkin berminat:
Ketika ini, terdapat beberapa buah universiti di Amerika Syarikat yang mengkaji potensi susu ibu dalam rawatan COVID-19.
Namun, mereka tidak membuat apa-apa kesimpulan lagi memandangkan masih tiada bukti susu ibu mampu mencapai matlamat tersebut.
Penjual susu ibu mendapat banyak permintaan di atas talian ketika musim COVID-19.
Susu yang dibeli tidak diberikan kepada anak, sebaliknya diminum oleh orang dewasa untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh.
Ada juga ibu yang ingin minum susu badannya sendiri kerana mereka mempercayai komponen susu badan lain dengan apa yang terdapat di dalam badan mereka.
Apa yang pembaca perlu tahu adalah, setakat ini mereka yang dijangkiti akan diberikan rawatan konservatif.
Mereka akan kembali pulih setelah badan berjaya mencipta antibodi dengan sendirinya.
Perkara yang tidak disarankan oleh mana-mana badan kesihatan ini seharusnya dielakkan dan amalan jarak sosial dan langkah pencegahan lain perlu terus dipraktikkan.
Tiada bukti yang menunjukkan susu ibu mampu mencegah bahkan merawat COVID-19.
Jika anda mendengar ura-ura, tidak perlulah percaya bulat-bulat.
Maklumat kini di hujung jari dan anda boleh membuat kajian sendiri untuk lebih memahami berkenaan dengan virus korona baharu dan mitos yang berkait dengannya.
[mc4wp_form id=”115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen