Ada Banyak Mitos Tentang Penyusuan Susu Ibu, Tapi No 2 Yang Paling Ramai Ibu Tersilap

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Setiap wanita pasti memasang impian untuk menyusukan bayi dengan susu badan. Ketika bayi sedang berada dalam kandungan lagi, ahli keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan memberikan nasihat berkenaan penyusuan susu ibu kepada anda.

Akan tetapi, tidak semua daripada nasihat itu adalah berguna dan ada kalanya agak mengelirukan terutamanya buat ibu baharu.

Jadi, anda sebagai seorang ibu perlu faham mengenai pelbagai fakta dan mitos berkenaan penyusuan susu ibu.

penyusuan susu ibu

4 mitos berkenaan penyusuan susu ibu

Buat bakal ibu di luar sana, pastikan anda ambil tahu perkara-perkara ini terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi anda dengan susu badan, ya?

Mitos #1. Bayi secara semula jadi tahu bagaimana untuk menyusu badan

Fakta: Setiap bayi akan lahir dengan refleks yang membantu mereka untuk proses menyusu badan seperti refleks menghisap (suck reflexes) dan refleks mencari (rooting reflexes).

Kedua-dua refleks ini sangat membantu untuk bayi mencari puting susu ibu dan menghisapnya. Pun begitu, proses penyusuan susu ibu kadangkala tidak berjaya.

Ini kerana proses ini perlu dipelajari secara berperingkat oleh kedua-dua bayi dan ibu. Selain itu, ubatan yang diambil semasa melahirkan bayi juga sedikit sebanyak akan menjejaskan refleks bayi ini. Jadi, hanya gunakan ubatan seperti ini apabila perlu sahaja!

penyusuan susu ibu

Mitos #2. Penyusuan susu ibu adalah menyakitkan

Fakta: Sebenarnya, proses ini sangat jarang mendatangkan rasa sakit kepada ibu. Apa yang membuatkan proses itu menyakitkan adalah puting sensitif ekoran peningkatan kadar hormon selepas melahirkan bayi.

Untuk pengetahuan anda, puting sensitif adalah normal namun rasa sakit padanya semasa menyusu badan adalah tidak normal. Antara punca kesakitan pada puting adalah teknik dan posisi menyusu badan yang tidak betul.

Jadi, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Mitos #3. Penyusuan susu ibu akan terganggu jika puting anda tidak sempurna

Fakta: Hakikatnya, setiap wanita akan lahir dengan saiz dan bentuk puting yang berbeza-beza. Oleh itu, tiada istilah puting “sempurna” untuk membolehkan proses menyusu badan menjadi lancar.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa setiap bayi adalah berlainan. Saiz dan bentuk mulut mereka sudah pasti adalah tersendiri, begitu juga dengan lidah dan bibir mereka.

Sebenarnya, kejayaan proses menyusu badan tidak bergantung kepada faktor anatomi sahaja sebaliknya kerjasama antara ibu dan bayi itu sendiri.

Mitos #4. Anda tidak boleh menyusu badan selepas mengambil suntikan vaksin

Fakta: Ini juga tidak benar kerana ia tidak akan memberi kesan sekiranya bayi anda sihat. Malahan sebenarnya, bayi anda juga mungkin akan menerima manfaat daripada vaksin si ibu.

Pun begitu, anda perlu berhati-hati jika anak anda mempunyai sistem imunisasi yang lemah. Dalam kes sebegini, anda yang menerima vaksin yang mengandungi virus lemah seperti polio, campak, beguk atau rubella perlu elak daripada menyusukan bayi dengan susu badan.

Konklusi

Sebenarnya, terdapat banyak lagi fakta dan mitos berkenaan penyusuan susu ibu yang bakal ibu di luar sana perlu tahu. Jadi, sentiasa berhubung dengan doktor anda untuk sentiasa mendapatkan nasihat dan rawatan lanjutan, jika perlu. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Risau Susu Badan Tak Cukup? Apa Kata Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

Setiap ibu pastinya mahu memberikan terbaik buat anak, terutamanya aspek penyusuan eksklusif, kan? Ini ada resepi makanan penggalak susu yang boleh dicuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Pemakanan Sihat, Resepi Sihat 22/12/2020 . 4 minit bacaan

Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

Wean Off, Adakah Baby Bersedia? Ini Yang Ibu Kena Tahu Tentang Usia Sesuai Bercerai Susu

Berbicara tentang proses penyusuan, pernah tak anda terfikir bilakah masa sesuai untuk cerai susu dilakukan? Adakah wean off terlalu awal atau lewat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 14/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
sakit belakang semasa mengandung

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan