Baby Pakai Mittens Memang Comel, Tapi 5 SEBAB Ini Pasti Buat Anda Berfikir 2x

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kita biasa lihat bayi dipakaikan sarung tangan atau mittens. Tetapi menurut pakar penjagaan bayi, mittens baby sebenarnya tidak diperlukan si manja. Ikuti penjelasan ini.

Keperluan pemakaian sarung tangan bayi 

Bagi kebanyakan ibu bapa yang menjaga bayi baru lahir, mereka akan menyedari tangan si manja nampak sedikit kebiruan atau berasa sejuk. 

Manakala bagi sesetengah situasi lain, bayi mungkin dilihat mempunyai kuku yang panjang dan tajam. Apa yang membimbangkan adalah bagaimana jika si manja akan ‘mencakar’ wajahnya dengan kuku tersebut.

Maka untuk kedua-dua situasi di atas dalam penjagaan bayi, penggunaan dan pemakaian sarung tangan untuk si manja dianggap penyelesaian terbaik.

Mesti ada di antara anda yang ingin mengetahui mengapa bayi mencakar diri mereka, kan?

Secara umumnya, bayi secara tidak sengaja mencakar wajah mereka kerana pergerakan tangan yang tidak terkoordinasi. Ini terutamanya jika mereka:

  • Mempunyai kuku jari panjang yang perlu dipotong
  • Membawa tangan ke mulut apabila lapar atau menggunakan tangan untuk mencari payudara untuk menyusu
  • Mempunyai kulit kering atau sensitif yang menyebabkan timbul rasa gatal

Jadi ini bermakna penggunaan mittens baby boleh dianggap sebagai 1 keperluan bagi menghindari perkara yang tidak diingini berlaku kepada si manja.

Tetapi kenapa pula pakar pediatrik tidak menggalakkannya dalam aspek penjagaan bayi?

5 sebab sarung tangan tidak diperlukan dalam penjagaan bayi

Mittens digunakan pada bayi baru lahir untuk mengelakkan kuku daripada mencakar kulit mereka. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa alasan mengapa penggunaannya tidak digalakkan pakar pediatrik.

  1. Mudah tertanggal

Walaupun ada mittens baby yang dihasilkan dengan pergelangan tangan elastik, namun selalunya ia mudah tanggal daripada tangan si manja. 

penjagaan bayi

  1. Menenangkan diri

Bayi umumnya akan menggunakan tangan bagi menenangkan dirinya dengan menghisap jari

Namun, apabila tangan dipakaikan sarung, ia akan menyukarkan si manja untuk menggunakan tangan dan boleh menyebabkan mereka berasa kecewa, akhirnya si manja akan menangis.

  1. Mittens baby sekat rasa sentuhan

Kebanyakan bayi suka meneroka deria sentuhan mereka sebaik sahaja dilahirkan, seperti meraih tangan ibu dan ayah.

Jika tidak dipakaikan sarung, anda akan mendapati tangan mereka akan menyentuh semua benda dan memeriksa teksturnya.

Dengan deria sentuhan melalui jari, bayi akan dapat merasakan persekitarannya dengan lebih baik serta belajar mengetahui fungsinya dengan lebih awal.

  1. Risiko jangkitan

Bayi banyak meletakkan tangan di mulut. Jika sarung tangan yang digunakan kotor, ia sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pelbagai penyakit.

  1. Ruam dan berdaki

Apabila dipakaikan mittens baby, kerap kali tangan si manja akan berada dalam keadaan menggenggam. 

Jika berterusan untuk tempoh lama, ia boleh menyebabkan kulit mengelupas, ruam dan berdaki kesan daripada berpeluh.

Mengelakkan bayi daripada mencakar

Sekiranya sarung tangan bayi tidak digunakan, maka ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kecenderungan si manja untuk mencakar diri mereka sendiri.

Bagaimana? 

Ada 2 cara penjagaan bayi yang boleh diamalkan, seperti:

  1. Memotong kuku secara berkala

Anda disarankan untuk sentiasa memeriksa kuku si manja bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik, iaitu tidak panjang atau tajam. 

Gunakan pengepit kuku khas untuk si kecil. 

Jika anda bimbang akan menyebabkan kecederaan seperti luka kepada si kecil, dapatkanlah bantuan pasangan untuk membantu anda melakukannya. 

memotong kuku bayi

  1. Tindak balas segera 

Umumnya, bayi yang lapar akan memberikan isyarat seperti membuka mulut bagi mencari payudara untuk menyusu, melambaikan tangan, menghisap penumbuk, ibu jari atau jari.

Situasi paling kritikal adalah apabila si manja mula menangis. Ia adalah isyarat mereka dalam keadaan yang sangat lapar. 

Pada waktu ini, koordinasi tangan akan berada dalam keadaan tidak terkawal dan kecenderungan menggaru atau mencakar diri adalah sangat tinggi.

Jadi, untuk menghindarinya, anda perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang isyarat daripada si manja. 

Lupakan sarung tangan 

Sentuhan adalah cara untuk si manja meneroka dunia, mengenali objek mahupun individu. Penggunaan sarung tangan bayi hanya akan menyekat si manja daripada melalui pengalaman ini. 

Jika anda melakukan penjagaan dan pemotongan kuku bayi secara berkala, ia pasti membantu untuk memastikan kuku si manja sentiasa dalam keadaan pendek bagi mengelakkan cakaran atau calar. 

Bagi ibu bapa yang mahu memakaikan si manja sarung tangan bayi, ia  tidak salah. 

Cuma sebaiknya dipakaikan sehingga si manja berusia 6 minggu. Selepas tempoh itu, biarkan si manja meneroka deria sentuhnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

Anda pernah tak terlihat akan rambut halus pada tubuh bayi baru lahir? Itulah rambut lanugo. Bahaya ke rambut ni? Ini penerangannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 07/07/2020 . 3 minit bacaan

Si Manja Ibu Asyik Lena Saja, Ada 5 Situasi Mak Ayah Perlu Kejut Bayi Jika Tidur Lama

Dari pagi sampai petang, bayi sering tidur normalkah? Wujudkah masalah jika si manja tidur terlalu banyak dan apakah waktu tidur bayi yang sesuai?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Tip Penjagaan Jari Tangan Dan Kaki Bayi, 5 Perkara Ibu Bapa PERLU Tahu!

Haish, geram tengok jari-jemari si kecil yang halus. Tetapi adakah anda tahu cara menjaga jari kaki bayi? Ada cara penjagaan khusus perlu anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 15/03/2020 . 3 minit bacaan

Apa Nak Buat Dengan Anak Yang Suka Menghisap Jari?

Adakah hisapan jari memberikan kesan yang baik atau buruk kepada bayi dan anak-anak anda? Ketahui selanjutnya melalui artikel di bawah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 04/10/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kerja rumah

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
penghawa dingin

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
bau bayi wangi

Bayi Baru Lahir Ada Satu Bau Yang Buat Ibu Rasa Ketagih, Dari Mana Datangnya Bau Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
bayi mandi malam

Bahaya Jika Mandikan Bayi Di Malam Hari, Benarkah Atau Ada Mudarat Yang Kita Tak Tahu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan