home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kulit Kering Dalam Kanak-kanak

Kulit Kering Dalam Kanak-kanak

Kanak-kanak, walaupun bayi boleh mengalami kulit kering disebabkan oleh pelbagai punca. Walaupun kulit kering tidak berbahaya, ia menyebabkan ketidakselesaan dan iritasi jika tidak dirawat.

Sebab-sebab kulit kering

Banyak bayi mengalami kulit kering sejak lahir terutamanya jika lahir selepas 40 minggu. Ini adalah normal dan akan hilang selepas beberapa ketika. Di samping itu, selain daripada mekanisme kulit bayi itu sendiri, terlebih mandi atau menggunakan terlalu banyak sabut turut menyebabkan kulit kering. Jika anda menggunakan sabun ke atas bayi anda, ia membuang minyak dan pelembap semula jadi pada kulit mereka. Kulit anak anda boleh menjadi kering. Faktor lain yang menyebabkan masalah kulit kering adalah cuaca. Cuaca yang terlalu panas, sejuk atau tinggi kelembapan boleh menyebabkan kulit kering. Penyakit genetik seperti ekzema atau keadaan lain yang jarang berlaku seperti ichthyosis juga boleh menyebabkan kulit kering dalam kanak-kanak.

Bila harus berjumpa doktor

Jika anak anda menunjukkan mana-mana simptom berikut, bawa mereka berjumpa doktor kulit:

  • Kulit kering yang tidak boleh dirawat atau dikurangkan dengan ubat melalui kaunter.
  • Tompokan kulit kering yang kelihatan merah dan gatal.
  • Tompokan kulit kering yang menyakitkan dan merengsa.
  • Sila berwaspada dengan semua ini kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan.

Rawatan kulit kering

Mandikan anak anda dengan segera dan kawal suhu air. Ia harus pada suhu suam dan selesa, tidak terlalu sejuk atau panas. Jika di musim sejuk di mana kelembapan adalah rendah, anak anda tidak perlu dimandikan setiap hari. Selepas mandi, sapukan pelembap ke atas kulit bayi anda. Sila ingat untuk menggunakan pelembap secara berkala. Anda mungkin perlu mencuba jenama dan jenis pelembap yang berbeza sebelum menemui pelembap yang paling sesuai dengan anak anda. Sebelum membeli apa-apa produk, anda harus membaca labelnya terlebih dahulu untuk memastikan ia adalah selamat untuk kulit bayi anda yang halus.

Selepas kulit anak anda kembali normal, terdapat peluang untuk kulitnya kering semula. Cuba cari apa yang merangsangnya dan bila ia berlaku dalam setahun. Ini boleh membantu anda mencegah jangkitan.

Air klorin dan garam diketahui menyebabkan kulit kering. Maka, pastikan anda membilas anak anda menggunakan air paip selepas mandi kolam atau laut. Jangan lupa untuk menggunakan pelembap selepas itu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Children and Dry Skin. http://www.everydayhealth.com/dry-skin/kids-dry-skin.aspx. Accessed December 9, 2016.

Dry skin. http://raisingchildren.net.au/articles/dry_skin.html. Accessed December 9, 2016.

Dry skin in children. http://www.babycenter.com/0_dry-skin-in-children_1515109.bc?showAll=true. Accessed December 9, 2016.

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim pada 17/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x