Ruam Pada Kulit, Apakah Puncanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ruam adalah perubahan ketara dalam tekstur atau warna kulit. Ruam pada kulit menjadikan kulit bengkak, kerengsaan, atau keradangan. Ia boleh membuatkan kulit anda bersisik, gatal, timbul benjolan seperti jerawat atau rasa kulit terbakar.

Alergen, haba, dan keadaan perubatan tertentu boleh menyebabkan reaksi kulit seperti ini. Sesetengah ruam berlaku dengan segera, namun, terdapat juga yang mengambil masa untuk muncul.

Ia cenderung berlaku di bahagian muka, lengan, kaki atau bahagian tubuh, yang berpunca oleh pelbagai sebab. Kebanyakan ruam tidak mendatangkan bahaya, tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan terutamanya kepada anak kecil.

Berikut antara perkara yang boleh mengakibatkan ruam timbul pada kulit:

  1. Krim perlindungan matahari

Produk seperti ini menawarkan perlindungan berharga, tetapi beberapa kandungan yang terdapat di dalamnya boleh mendatangkan masalah jika anda mempunyai kulit sensitif. Pilih pelindung matahari tanpa para-aminobenzoic acid (PABA), bahan yang mungkin menyebabkan kerengsaan.

Untuk anak anda yang berusia lebih 6 bulan, gunakan pelindung matahari yang dapat menghalang sinaran UVA dan UVB yang mempunyai SPF 30 atau lebih. Menggunakan pelindung matahari yang mengandungi zink oksida adalah idea yang baik.

Untuk bayi di bawah usia 6 bulan, sebaiknya anda dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang produk pelindung matahari.

  1. Sabun antibakteria

Secara teorinya sabun ini mendatangkan kebaikan. Namun, dari aspek penggunaan, sabun antibakteria mungkin mendatangkan beberapa risiko. Triclosan, kandungan yang biasa terdapat dalam sabun seperti ini, mungkin menyebabkan kerengsaan pada individu berkulit sensitif. Untuk menyingkirkan kuman, membasuh tangan dengan air dan sabun biasa sudah mencukupi.

  1. Losyen pelembap

Kita selalu tertarik untuk menggunakan losyen untuk menjaga kulit, terutama untuk penjagaan kulit bayi. Tetapi losyen pelembap kebiasaannya mengandungi wangian yang boleh merengsakan kulit, khususnya kepada individu dan kanak-kanak yang sudah mempunyai ekzema.

Untuk kulit kering, gunakan sabun lembut, elakkan menggosok kulit kering selepas mandi dan dapatkan nasihat doktor atau pakar pediatrik untuk cadangan losyen bersesuaian.

  1. Tisu basah

Tisu basah pakai buang merupakan antara benda yang wajib ada buat ibu bapa yang memiliki anak kecil. Walau bagaimanapun, tisu seperti ini mungkin mengandungi alkohol dan wangian yang boleh mencetuskan kerengsaan pada kulit. Sebaiknya pilih untuk menggunakan kain lap basah.

  1. Sabun pencuci detergen

Bahan kimia yang terdapat dalam sesetengah produk pencuci detergen mungkin mencetuskan kerengsaan kulit. Ia cenderung untuk berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai ekzema. Untuk menghindari perkara ini, gunakan detergen yang lembut tanpa penambahan pewangi atau pewarna.

  1. Syampu dan perapi

Semak label bahan sebelum menggunakannya terutama pada anak kecil. Terdapat setengah wangian dan bahan kimia dalam syampu dan perapi boleh mendatangkan masalah kepada yang memiliki kulit kepala sensitif.

Penyelidikan mendapati bahan seperti phthalates, formaldehyde, dan 1, 4 dioxane sebagai antara bahan yang cenderung mendatangkan bahaya. Sebagai langkah selamat, pilih produk semula jadi dengan kandungan wangian, bahan kimia dan keseluruhan bahan lain dalam kuantiti yang sedikit.

  1. Pelembut pakaian

Jika anda atau anak anda mempunyai kulit yang sensitif, anda mungkin perlu menghindari dari menggunakan cecair pelembut pakaian. Produk seperti ini mengandungi bahan kimia dan pewangi, seperti limonena dan benzyl acetate – yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit, mata, hidung, dan tekak.

Sebagai alternatif, anda boleh menambah setengah cawan serbuk penaik atau setengah cawan cuka ke dalam mesin basuhan untuk menjaga kelembutan pakaian.

  1. Produk pembersih rumah

Jangan hanya melihat kepada label ‘tiada toksik’ tidak terkawal, sebaliknya baca label bahan kandungan pada produk pembersihan rumah.

Bahan seperti alkyphenol extocylates (APEs), yang mungkin terdapat dalam produk pencuci dan pembersihan, boleh menyebabkan masalah hormon. Kandungan amonia pula boleh mengakibatkan keradangan pada paru-paru, membakar kulit, dan beracun jika tertelan.

Cari produk yang mengandungi bahan kimia tambahan yang sedikit atau anda boleh mencuci rumah dengan menggunakan air dan serbuk penaik atau cuka.

  1. Bahan pengawet

Sesetengah sabun – walaupun untuk produk yang dilabel khas untuk bayi – mungkin mengandungi formaldehyde, bahan pengawet yang boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit, mata dan paru-paru.

Sabun yang mengandungi bahan pengawet juga boleh mencetuskan ekzema, salah satu keadaan kulit yang kerengsaan dan gatal, yang paling biasa pada bayi dan kanak-kanak, terutama kepada yang mempunyai alahan atau asma.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kulit Anak Kering? Jom Ketahui Cara Penjagaannya

    Anak anda ada tabiat menggaru? Hmmm...cuba perhatikan adakah kulit anak kering? Jika ya, jom ketahui cara penjagaannya melalui perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kulit Kanak-kanak 14/01/2020 . 4 minit bacaan

    Alami Ekzema Ketika Hamil? Ini 10 Tip Kekalkan Keselesaan Sepanjang Tempoh Kehamilan

    Ekzema ialah keadaan kulit kronik, tetapi ianya tidak berjangkit. Namun, adakah wanita boleh mendapat ekzema semasa mengandung?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 03/04/2019 . 2 minit bacaan

    10 Perkara yang Perlu Dilakukan Selepas Waxing dan Bercukur Untuk Elakkan Ruam dan Radang

    Waxing atau bercukur adalah perkara yang biasa dilakukan bagi mereka yang mengambil berat berkenaan penampilan untuk kelihatan lebih bagus dan kemas. Waxing dan bercukur kadangkala boleh menyebabkan ruam atau keradangan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/03/2019 . 3 minit bacaan

    Ekzema, Ruam dan Alahan, Ini Antara Jenis Penyakit Kulit Yang Kerap Berlaku Pada Bayi!

    Ekzema, ruam dan alahan adalah antara jenis penyakit kulit bayi yang sering berlaku. Ini yang perlu anda lakukan jika bayi anda menghidapinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kulit Kanak-kanak 04/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    alahan kulit

    Pencuci Pakaian Punca Ruam Pada Kulit Si Manja? Ini Cara Untuk Kenal Pasti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat

    Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan muka

    MENGEJUTKAN! Madu, Minyak Kelapa- Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    sabun bom

    Sebelum Nak Cuba Pakai Bath Bomb, Ambil Tahu Dulu Bahananya Pada Kulit & Faraj!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan