Soalan Lazim (FAQs) Ibu Bapa tentang Vaksin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Vaksin boleh melindungi orang ramai daripada pelbagai jenis penyakit, termasuk juga sesetengah penyakit yang berbahaya.  Meskipun begitu, terdapat segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan kepentingan vaksin terhadap bayi mereka. Walhal, vaksin adalah langkah yang terbaik untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anak anda. Seksyen soal jawab ini akan membantu menerangkan kelebihan vaksin terhadap anak anda.

Apakah itu NIP?

National Immunisation Programme (NIP) merupakan program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merancang jadual vaksin dan memberi penerangan tentang kelebihan vaksin kepada orang ramai.

Apakah vaksin yang wajib dan yang dicadangkan?

NIP menyediakan vaksin wajib percuma yang boleh mencegah pelbagai penyakit kanak-kanak yang berbahaya seperti tuberkulosis, hepatitis B, difteria, tetanus, pertussis, campak dan sindrom rubella bayi. Vaksin tersebut akan diberikan kepada kanak-kanak mengikut usia. Sesetengah vaksin ini tidak diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan tetapi ia juga telah dibuktikan berkesan dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak terhadap penyakit yang membawa maut. Sebagai contohnya, terdapat vaksin bagi jangkitan bakteria streptokokkus dan rotavirus. Kajian telah membuktikan keberkesanan vaksin dalam mencegah penyakit yang berbahaya ini. Di antara vaksin lain yang disyorkan adalah hepatitis A dan demam campak. Vaksin ini terdapat di klinik swasta seluruh negara.

Apakah kelebihan vaksin?

Kita semua tahu vaksin adalah langkah yang terbukti berkesan melalui kajian saintifik dalam mengawal penyakit, dan dalam sesetengah kes, menghapuskan penyakit tertentu. Vaksin juga boleh mengurangkan kecederaan mental atau fizikal yang disebabkan oleh penyakit berjangkit. Dari sudut pandangan ekonomi, pencegahan seperti ini menjimatkan kos rawatan yang sangat mahal. Kesimpulannya, hampir kesemua vaksin boleh melindungi setiap orang tidak mengira jantina mahupun usia.

Bolehkah kita mempercayai keselamatan vaksin?

Sesetengah jenis vaksin mengandungi aluminium dan formaldehyde, meskipun begitu, mereka tidak mendatangkan risiko yang tinggi berbanding penyakit yang akan melanda. Secara umumnya, vaksin akan diuji dengan pemerhatian yang rapi oleh US Food and Drug Administration (FDA) sebelum mendapat kelulusan pengeluaran komersial.

Proses percubaan vaksin mengambil masa selama beberapa tahun sebelum diberikan lesan. Walaupun sesuatu vaksin itu telah mendapat lesen, US Centers for Disease Control (CDC) dan FDA masih akan memantau dan menyelia sebarang kesan sampingan dengan sokongan daripada Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS). Sekiranya terdapat kesan sampingan, kerajaan akan menjalankan siasatan berhubung tahap keseriusan masalah tersebut dan memaklumkan masyarakat sekeliling tentang kesan sampingan seterusnya menghentikan proses pengeluaran produk tersebut.

Apakah kesan sampingan vaksin?

Vaksin biasanya akan mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti bengkak yang sakit, kemerahan atau kecil (kepada bayi). Demam biasa juga telah dilaporkan. Terdapat beberapa kesan sampingan serius seperti alahan yang melampau, sawan, atau hilang pendengaran yang sangat jarang berlaku.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan vaksin menyebabkan autisme dan ini adalah mitos. Bahkan, sebuah kajian pada tahun 1998 yang mengatakan vaksin menyebabkan autisme dibuktikan palsu semata-mata. Walaupun begitu, ramai ahli saintis yang menjalankan kajian tentang kaitan di antara vaksin MMR dan thimerosal (boleh menyebabkan autisme) dan kesemua mereka memberikan keputusan negatif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Ringan Jika Kencing Warna Pink & Berbau Busuk. Ini Adalah Tanda Batu Karang!

    Tahukah anda, ada banyak tanda atau gejala penyakit batu karang dan salah satunya ialah air kencing berdarah? Jom baca artikel ini untuk tahu gejala lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Penyakit Batu Karang: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Ini!

    Masalah batu karang merupakan penyakit yang lazim di Malaysia. Penyakit yang berlaku kepada 1 dalam 10 individu ini boleh menyebabkan rasa sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Masalah Pundi Kencing: Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

    Kini, sakit pundi kencing bukan sahaja masalah bagi warga berumur malah yang muda juga. Mari baca info lengkap mengenai masalah tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Sukar Untuk Membuang Air Kecil? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Sedang Mengalami Masalah Retensi Urin!

    Retensi urin atau retensi air kencing merupakan satu keadaan yang menyukarkan pesakit untuk membuang air atau mengosongkan pundi kencing.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerap kencing

    Penyakit Inkontinens Urin Bukan Hanya Kencing Tidak Lawas, Ada Banyak Lagi Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 6 minit bacaan
    penawar batu karang

    Rawatan Dan Diagnosis Untuk Penyakit Batu Karang, Ketahui Semua Prosedur Yang Terlibat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    Sakit saluran kencing

    7 Cara Mencegah Batu Karang Yang Berkesan! Ada Banyak Lagi Cara Lain Selain Kekal Hidrat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    kencing batu

    Dehidrasi, Hipertensi Antara 14 Punca dan Faktor Risiko Penyakit Batu Karang Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan