Tak Sangka! Sebenarnya Kita Berjaya HAPUSKAN Satu Penyakit Ini Di Peringkat Global!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila sesuatu wabak penyakit melanda di peringkat global, pasti ramai yang mula resah dan tertanya, adakah penyakit tersebut akan sampai ke Malaysia? 

Perkara ini mudah sahaja untuk difahami. Jika tidak terdapat sebarang perlindungan awal seperti pencegahan melalui suntikan vaksin, pasti penyakit tersebut akan menjengah negara ini dengan pantas dan mudah tanpa perlu mengetuk pintu sempadan negara.

Namun, untuk pengetahuan anda juga, terdapat wabak yang tidak lagi wujud dan diisytihar telah dibasmi secara total di muka bumi ini. Apakah ia? Ketahuinya melalui artikel ini.

Penyakit yang berjaya dibasmi

Sehingga kini, terdapat hanya satu penyakit yang berjaya dibasmi secara keseluruhan di peringkat global. Ia adalah penyakit cacar.

Terdapat satu lagi penyakit yang berjaya dibasmi, tetapi ia hanya menjangkiti haiwan, yang dikenali dengan nama penyakit rinderpest.

Cacar adalah penyakit pertama dan satu-satunya penyakit berjangkit manusia yang berjaya dibasmi melalui intervensi atau perancangan yang teliti.

Cacar (variola) terjadi dalam dua jenis keadaan: variola major dan variola minor. Variola major adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada kadar kematian akibat cacar yang berlaku antara 30-5-%.

Variola minor pula bermakna kadar kematian akibat cacar yang berlaku kurang daripada 1%.

Kes terakhir penyakit cacar

Bagi kes variola major, ia telah dikesan kali terakhir terjadi pada bulan Oktober 1975 di Bangladesh.

Manakala untuk kes natural terakhir yang melibatkan jangkitan variola minor, ia telah didiagnosis berlaku kepada seorang kanak-kanak bernama Ali Maow Maalin pada 26 Oktober 1977, di daerah Merca, Somalia.

Ali telah berjaya disembuhkan daripada penyakit cacar ini dan penyakit cacar telah diisytihar berjaya dibasmi secara total dua tahun kemudian pada 1979.

Apa yang menarik mengenai Ali ini ialah, dia kemudiannya terlibat dalam kempen pembasmian poliomielitis yang berjaya di Somalia.

Walau bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia akibat penyakit malaria semasa menjalankan vaksinasi polio selepas kemunculan semula poliovirus pada tahun 2013.

Peluang pembasmian penyakit lain

Walaupun cacar menjadi satu-satunya penyakit yang telah berjaya dibasmi, terdapat juga potensi untuk penyakit-penyakit lain dibasmi sepertimana penyakit cacar ini.

Sebagai contoh, penurunan kes polio dari tahun ke tahun menjanjikan satu lagi peluang untuk ia berjaya dibasmi secara total.

Dengan sebanyak 52,552 kes polio direkodkan pada tahun 1980, ia telah menurun kepada hanya 33 kes pada tahun 2018.

Wilayah-wilayah berikut telah diisytiharkan sebagai wilayah yang bebas daripada penyakit polio:

  • Benua Amerika: bebas polio pada tahun 1994
  • Rantau Indo-pasifik: bebas polio pada tahun 1997
  • Benua Eropah: bebas polio pada tahun 1998
  • Rantau Pasifik Barat termasuk China: bebas polio pada tahun 2000
  • Rantau Asia Tenggara termasuk India: bebas polio pada tahun 2014

Sejarah telah menunjukkan, usaha pembasmian wabak penyakit tidak mengambil masa yang pendek.

Usaha berpuluh tahun yang dilaksanakan ini telah menyelamatkan ribuan nyawa lain terutamanya generasi baharu umat manusia.

Jangan disebabkan oleh kedegilan kita untuk menerima suntikan vaksin, penyakit-penyakit berbahaya ini kembali menjengah tubuh badan kita.

Pada masa itu, usaha bertahun-tahun untuk membasminya telah menjadi satu usaha yang sia-sia. Jika kita bukanlah seorang individu yang berilmu dalam sesuatu bidang, serahkan kepada pakarnya kerana mereka lebih mengetahui. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Terdapat mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser, Kanser Serviks 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Malaysia Pernah Jadi Negara Bebas Polio, Tapi Jangan Anggap Kita Sudah Selamat, Wajib Ambil Vaksin!

    Bersempena Hari Polio Sedunia 2020 ini, marilah kita bersama mengingati akan bahaya dan kesan penyakit ini. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Penyakit kanser kesan daripada duduk terlalu lama? Bahaya, cuba baca artikel ini. Pastikan anda bukan dari golongan mereka yang terlalu banyak duduk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Minda Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus korona

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit tekak

    Kesan Pada Tekak Jika Alami Difteria, Ini 8 Simptom Yang Boleh Bawa Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    punca jangkitan

    Bukan COVID-19 Saja Yang Perlu Dirisaukan Jika Ingin Melancong, Awas Dengan Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan