Normal Atau Tidak Tumbesaran Si Kecil Saya Ya? Ibu Ayah Musykil Kena Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Melihat anak lebih kecil dan lebih rendah daripada rakan-rakan sebayanya sudah pasti akan menimbulkan kebimbangan kepada setiap ibu bapa.

Usah salahkan baka jika anak anda menjadi seperti itu.

Sebaliknya, ibu bapa perlu membawa anak berjumpa dengan pakar kerana ada kemungkinan anak anda mengalami masalah tumbesaran.

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah tumbesaran kanak-kanak?

Setiap kanak-kanak sepatutnya membesar tanpa sebarang halangan, kerana tumbesaran merupakan proses semula jadi kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, masalah tumbesaran boleh berlaku dalam sesetengah kes yang menghalang kanak-kanak membesar seperti biasa.

Seseorang kanak-kanak itu mengalami masalah tumbesaran apabila dia tidak membesar dengan normal, dan menyebabkannya tidak dapat mencapai potensi tumbesaran mereka yang sebenar.  

Mengapa masalah tumbesaran terjadi?

Terdapat hormon tumbesaran dalam tubuh manusia.

Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari, yang terletak berhampiran dengan otak dan bergerak melalui aliran darah ke pelbagai organ dan tisu, untuk merangsang tumbesaran.

Hormon tumbesaran penting untuk perkembangan dan fungsi tubuh manusia yang sihat seperti menggalakkan tumbesaran fizikal, perkembangan tulang dan otot.

anak

Walau bagaimanapun, adakala kelenjar pituitari gagal untuk menghasilkan hormon tumbesaran secukupnya.

Jika ia terjadi, kanak-kanak akan mengalami masalah tumbesaran dan mereka gagal mencapai potensi tumbesaran yang optimum.

Kanak-kanak yang tidak mendapat hormon tumbesaran yang cukup akan mengalami kekurangan hormon tumbesaran (GHD).

Punca berlakunya GHD

Terdapat banyak punca yang menyebabkan GHD.

Namun, kebanyakannya berlaku sejak lahir, yang dipanggil kongenital.

Punca kongenital termasuklah disebabkan oleh genetik atau kelainan pada kelenjar pituitari dan kejadian anomali lain.

Selain itu, GHD juga mungkin berlaku disebabkan trauma kepala, jangkitan, kekurangan bekalan oksigen ke otak, tumor, atau juga radiasi.

Tanda dan simptom

Sesetengah kanak-kanak membesar dengan lebih cepat berbanding dengan rakan sebayanya.

Namun, bagi membantu ibu bapa mengenali sama ada anak mereka menunjukkan tanda-tanda mengalami GHD, berikut adalah panduan untuk ibu bapa:

  • Kanak-kanak yang mengalami GHD biasanya lebih rendah berbanding rakan sebayanya.
  • Ciri-ciri muka yang tidak matang
  • Lemak meningkat di sekitar muka dan perut
  • Perkembangan gigi lewat
  • Lambat mencapai akil baligh

anak

Rawatan

Rawatan untuk GHD ialah menggunakan terapi hormon pertumbuhan, yang berfungsi untuk menggantikan hormon yang kurang dalam badan.

Pakar Pediatrik Endokrinologi akan mengira dos permulaan berdasarkan berat badan, dan kemudian mendasarkan dos pada tindak balas dan akil baligh kanak-kanak tersebut.

Rawatan ini diberikan secara suntikan pada setiap hari sehingga kanak-kanak mencapai akil baligh dan tiada lagi pertumbuhan tulang berlaku.

Ibu bapa disarankan untuk memantau pertumbuhan kanak-kanak, dengan mengukur ketinggian dan berat badan anak sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Berjumpalah dengan doktor jika anda bimbang melihat corak tumbesaran anak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Ayah, Ini Cara Menilai Perkembangan & Tumbesaran Anak 1-3 Tahun

Menyaksikan tumbesaran anak pastinya mengujakan. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak penting untuk dipantau.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 30/12/2020 . 3 minit bacaan

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Dalam tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan adalah penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Si Manja Sudah Setahun Tapi Tak Cukup Berat? Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Si manja kurang berat merupakan masalah dalam aspek penjagaan anak. Ada beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh diamalkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Ada 6 Masalah Gigi Kanak-kanak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Awas Dengan #4 Ya?

Terdapat banyak masalah gigi kanak kanak yang ibu bapa perlu waspada untuk mereka senyum cantik dewasa kelak. Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit mata kuning jaundis

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
warna air mani

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
perkembangan otak bayi

Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan