backup og meta

Makanan yang Tidak Selamat untuk Anak Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    Makanan yang Tidak Selamat untuk Anak Anda

    Makanan yang Tidak Selamat untuk Anak Anda

    Semakin anak anda membesar, mereka akan semakin ingin mencuba makanan yang anda makan dan anda sendiri ingin untuk mempelbagaikan diet mereka. Namun tidak semua makanan adalah selamat untuk anak anda tanpa mengira umurnya. Sesetengahnya masih berisiko untuk tercekik.

    Makanan yang perlu dielakkan

    Susu rendah lemak: Kebanyakan kanak-kanak memerlukan lemak dan kalori dari susu untuk tumbesaran dan perkembangan. Apabila anak anda mencecah umur 2 tahun dan tidak mempunyai apa-apa masalah tumbesaran, anda boleh mula memberikan dia susu penuh lemak. Sekiranya anak anda berisiko untuk obesiti dan masalah jantung, doktor mungkin menasihatkan anak anda mengambil susu rendah lemak sebelum umur 2 tahun.

    Makanan yang berketulan besar: Ketulan makanan yang lebih besar daripada kacang boleh tersekat di kerongkong anak anda. Sayur-sayuran seperti lobak, saderi, dan kacang hijau seharusnya dipotong dadu atau dikisar. Buah-buahan seperti anggur, ceri, tomato atau buah tembikai pula haruslah dipotong dahulu sebelum dihidangkan serta kisar atau potong juga daging dan keju kepada bahagian yang kecil.

    Makanan kecil dan keras: Gula-gula yang keras, kacang dan bertih jagung merupakan makanan yang berpotensi menyebabkan anak anda tercekik. Biji-biji yang terlalu kecil bukan sahaja boleh menyebabkan tercekik tetapi juga boleh tersangkut di saluran udara anak anda dan menyebabkan jangkitan.

    Makanan lembut dan melekat: Elakkan gula-gula getah dan makanan lembut seperti marshmallow dan jeli tau gula-gula kenyal yang boleh mungkin boleh tersekat di kerongkong anak anda.

    Mentega kacang: Jangan beri anak anda mentega kacang atau apa-apa kekacang dalam kandungan yang banyak kerana boleh menyebabkan mereka tertelah kekacang tersebut. Sebaiknya, sapukan mentega senipisnya pada roti atau biskut.

    Peringatan untuk mengelak anak anda tercekik

    Tegah anak anda makan di dalam kereta kerana sukar memantaunya. Jika anda menggunakan ubat-ubatan pergigian yang disapu, perhatikan anak anda kerana ubat-ubatan ini boleh menyaluti tekak anda anda sekaligus menghalang anak anda dari menelan makanan. Berikut merupakan contoh makanan yang tidak selamat untuk anak anda.

  • Sosej (kecuali dipotong atau dihiris)
  • Gula-gula yang keras atau jeli
  • Kekacang
  • Ketulan dari mentega kacang (mentega kacang perlu disapu senipisnya pada roti atau biskut)
  • Bertih jagung
  • Lobak, daun saderi dan kacang hijau
  • Biji (seperti biji bunga matahari atau biji labu)
  • Anggur, tomato, ceri (kecuali dipotong setengah)
  • Ketulan makanan yang besar dari apa-apa makanan seperti daging, kentang atau sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan