Kesan jangka masa panjang
Kanak-kanak obesiti berisiko untuk menghidapi kondisi-kondisi kesihatan seperti berikut:
- Kolesterol tinggi.
- Penyakit jantung: Kanak-kanak obesiti amat mudah diserang dislipedimia dan hipertensi.
- Diabetes.
- Masalah tulang: Kanak-kanak obesiti mungkin akan menghidapi komplikasi anatomi.
- Masalah pernafasan seperti asma dan apnea tidur.
- Masalah kulit seperti infeksi fungus, jerawat serta ruam.
- Diskriminasi sosial: Selain menghidapi kesihatan fizikal yang kurang baik. Kanak-kanak obesiti juga kerap menjadi mangsa diskriminasi sosial. Ini akan menyebabkan hilangnya keyakinan diri sekaligus menjejaskan prestasi akademik dan keupayaan bersosial mereka.
Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu?
Jika anda mempunyai anak obesiti, anda perlu sentiasa mengingatkan mereka bahawa anda sentiasa bersamanya. Persepsi kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri selalunya akan berdasarkan kepada persepsi ibu bapa mereka. Jika anda lebih bersikap terbuka untuk menerima mereka seadanya, mereka akan berasa lebih tenang.
Berbincanglah mengenai kondisi tersebut dengan anak anda. Pastikan mereka faham bahawa obesiti merupakan satu kondisi atau penyakit yang mampu mendatangkan pelbagai kesan negatif yang lain. Biarkan mereka tahu bahawa anda akan sedaya upaya membantunya. Mula menukar diet keluarga anda dan rutin senaman bagi membantu anak anda mengawal berat badan serta membesar dengan sihat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen