Kaitan Makanan Ringan dan Kelakuan Buruk Anak Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terlalu penat, bosan atau marah akan mengakibatkan kanak-kanak berkelakuan buruk. Namun begitu, pemakanan kanak-kanak juga boleh menjadi punca kepada kelakuan buruk mereka. Makanan ringan adalah salah satu daripadanya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengehadkan makanan ringan dalam diet anak anda sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kelakuan buruk anak anda.

Mengapa makanan ringan tidak elok dimakan oleh kanak-kanak?

Makanan ringan sangat menarik minat kanak-kanak atas pelbagai sebab terutamanya rasa, harga dan mudah untuk didapati. Namun begitu, mereka mungkin tidak tahu akan kesan sampingannya. Makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi memang dikenali akan mendorong kelakuan negatif kanak-kanak. Begitu juga dengan makanan ringan yang mempunyai pewarna dan perasa artifisial yang boleh menjejaskan kelakuan anak anda.

Makanan ringan dan ketagihan

Apabila kanak-kanak sudah mempunyai pengalaman makan makanan yang bergula, bergaram atau berlemak ini, mereka akan mula ketagih. Makanan berkabohidrat seperti gula-gula, soda, roti dan pencuci mulut juga mempunyai kaitan dengan ketagihan. Sekali anak anda sudah mengambil makanan ringan, mereka cenderung menyukai rasa dan tesktur makanan tersebut lalu menyebabkan mereka ketagih. Ini menyebabkan mereka lebih gemar memilih makanan ringan berbanding makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan ringan dan hiperaktif

Makanan yang bergula tinggi adalah yang makanan paling ditakuti oleh ibu bapa kerana terdapat kaitan di antara pengambilan gula yang banyak dengan kelakuan anak. Makanan bergula tinggi dan makanan ringan akan mengurangkan tenaga kanak-kanak dan keupayaan untuk fokus dalam masa yang lama. Gula yang ditemui dalam soda, roti dan pencuci mulut akan mempercepatkan peredaran darah lalu menyebabkan peningkatan aktiviti kanak-kanak. Sebagai contoh, soda adalah sejenis minuman yang akan megakibatkan kanak-kanak hilang konsentrasi dan perhatian.

Makanan ringan dan agresif

Kanak-kanak yang mengambil makanan ringan dalam kadar yang berlebihan lebih cenderung untuk menjadi lebih agresif berbanding rakan mereka yang mengamalkan diet sihat. Kajian menunjukkan bahawa terdapat kaitan yang signifikan antara kanak-kanak yang minum soda bergula dengan kelakuan ganas. Walaupun gula dianggap sebagai punca utama kelakuan ini, kafein juga perlu dipersalahkan kerana ia juga mampu mengubah hormon dan kimia yang terdapat dalam otak kanak-kanak.

Tenaga dan fokus

Aktiviti fizikal adalah sangat penting bagi setiap kanak-kanak. Makanan ringan pula tidak mengandungi nutrien secukupnya untuk membekalkan tenaga. Kekurangan aktiviti fizikal adalah berbahaya kepada fizikal serta mental lalu merencatkan tumbesaran fizikal dan sosial kanak-kanak.

Keyakinan diri dan depresi

Keyakinan diri adalah sangat penting bagi seorang kanak-kanak yang sedang membesar. Pengambilan makanan ringan yang berlebihan pula akan memberi impak negatif bagi mereka. Makanan ringan akan menjejaskan tumbesaran fizikal kanak-kanak termasuklah dari segi berat badan yang seterusnya akan mengundang kepada kehilangan keyakinan diri. Tahap keyakinan diri yang rendah akan mengakibatkan pelbagai masalah mental seperti depresi yang sangat berbahaya kepada kanak-kanak. Ini bukan sahaja akan menjejaskan tumbesaran dan perkembangan mereka malahan turut menjejaskan prestasi di sekolah dan perhubungan sosial mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan