Tebu Lebih Manis Dari Gula? Ini 5 Kesan Jika Minum Terlalu Banyak Air Tebu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Menanam tebu di tepi bibir, satu ungkapan peribahasa yang menggunakan tebu sebagai perlambangan sifat manis sesuatu perkara. Tebu sememangnya sinonim dengan rasa manis dan sifat manis daripada tebu telah menjadikannya sebagai antara sumber utama bagi penghasilan gula. Persoalannya, adakah meminum jus atau air tebu mempunyai kesan yang sama buruk dengan pengambilan gula? Ikuti penulisan berikut bagi mendapatkan kepastian.

Penggunaan dan nutrisi air tebu

Air tebu merupakan sejenis minuman yang popular di negara-negara di mana pengeluarannya dijalankan secara besar-besaran seperti Thailand, India dan Brazil. Di negara-negara berikut, populariti jus tebu adalah sangat tinggi dengan kewujudan banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual jus tebu.

Jus atau air tebu diperoleh dengan cara memerah batangnya dengan menggunakan mesin pemerah khas yang terdiri daripada dua penggelek besi.

Jus tebu mempunyai rasa yang manis disebabkan oleh kehadiran sukrosa dalam kandungan tebu tersebut dan ia turut mengandungi kandungan kalium, kalsium, magnesium, zat besi, thiamin, riboflavin dan mangan pada kadar yang signifikan.

Untuk pengetahuan anda, air tebu bukan sekadar untuk diminum secara segar, malah ia turut digunakan sebagai bahan asas untuk pelbagai produk lain seperti gula perang, molases, dan etanol. 

Adakah air tebu berkhasiat atau memberi mudarat seperti mana pengambilan gula?

air tebu

Gula biasa adalah berbeza dengan gula semula jadi yang terdapat di dalam buah-buahan memandangkan gula semula jadi wujud secara asli dan tidak ditambah semasa proses pembuatan.

Gula semula jadi wujud dalam bentuk gabungan serat, air, antioksida dan nutrien lain. Oleh itu, ia dicerna dan diserap dengan lebih perlahan dan tidak menyebabkan peningkatan gula darah secara mendadak.

Walau bagaimanapun, terdapat hasil kajian yang berbeza mengenai sama ada jus buah-buahan boleh meningkatkan risiko untuk menghidap diabetes atau tidak.

Sesetengah kajian mendapati bahawa jus buah-buahan berpotensi meningkatkan risiko diabetes disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dengan kandungan serat yang rendah

Air tebu mengandungi kandungan gula semula jadi dan pelbagai kandungan nutrisi yang baik seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, disebabkan kandungan gula semula jadinya yang tinggi, pengambilan jus ini perlulah dikawal agar tidak diambil secara berlebihan. 

Kesan sampingan jika ambil air tebu dengan tidak terkawal

air tebu

#1. Meningkatkan jumlah kalori

Untuk maklumat pembaca, jus tebu mengandungi jumlah kalori yang agak tinggi dengan segelas jus tebu mengandungi sebanyak 269 kalori yang bersamaan dengan 35 gram gula.

#2. Tidak sesuai untuk pesakit diabetes

Jus tebu mengandungi kandungan fruktosa dan sukrosa yang tinggi yang boleh meningkatkan tahap gula darah anda. Bagi mereka yang bukan terdiri daripada penghidap diabetes, pengambilan jus tebu secara kerap boleh meningkatkan faktor risiko bagi menghidap diabetes.

#3. Memberi kesan kepada gigi

Memandangkan jus tebu mempunyai kandungan fruktosa dan sukrosa yang tinggi, ia berpotensi merosakkan gigi anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda kurang memberus gigi.

Apabila diambil secara kerap, jus tebu tersebut boleh merosakkan lapisan enamel gigi, melemahkan gigi dan gusi dan mendedahkan gigi anda kepada kaviti. 

#4. Masalah kepada perut

Beberapa penyelidik telah menyatakan bahawa pengambilan jus tebu boleh menyebabkan pening, sakit kepala dan loya selain sakit perut yang disebabkan oleh kandungan gula semula jadinya yang tinggi yang ditukarkan kepada glukosa dalam tubuh.

#5. Risiko penyakit hati berlemak bukan alkohol

Jus tebu mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi dan untuk pengetahuan anda, fruktosa perlu diproses oleh hati. Sekiranya hati perlu memproses fruktosa dengan terlalu banyak daripada diet yang tinggi fruktosa, ia akan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti penyakit hati berlemak dan diabetes jenis 2.

Kesimpulan

Jus tebu dikategorikan sebagai sejenis jus yang tinggi dengan kandungan gula. Pengambilannya secara kerap boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami peningkatan gula darah dan diabetes jenis 2.

Sama ada anda merupakan penghidap diabetes atau tidak, elakkan daripada mengambilnya secara berlebihan dengan cara mengehadkan pengambilan sebanyak satu gelas dalam sehari. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Peria Katak Berkesan Turunkan Gula Darah Pesakit Kencing Manis, Benarkah?

Benarkah peria katak ubat kencing manis yang berkesan? Bolehkah pesakit kencing manis mengambil peria katak untuk kencing manis mereka?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kencing Manis 19/02/2021 . 3 minit bacaan

Elak Penyakit Kencing Manis Dengan Lakukan 7 Cara Ini! Kongsikan Kepada Ahli Keluarga Anda

Adakah anda tahu, apakah cara mencegah diabetes? Kami kongsikan beberapa cara mencegah penyakit kencing manis ini agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya. 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes Jenis 2 18/02/2021 . 3 minit bacaan

Semua Pesakit Diabetes Kena Ambil Suntikan Insulin? Ini Fungsi Insulin Pada Tubuh

Dalam artikel ini, kami jelaskan kepada anda apa itu insulin dan kenapa ia penting sebagai salah satu cara mengatasi diabetes.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kencing Manis 16/02/2021 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

Anda tahu apa itu kencing manis? Adakah anda juga tahu apa itu GDM? Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan ibu hamil. Inilah maksud GDM...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kencing Manis 15/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kehamilan anggur

Janin Tidak Membesar Dalam Kandungan? Ini Antara Risiko Kehamilan Anggur, Ibu Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
tanda kencing manis tinggi

Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
tanda kurang gula dalam badan

Gula Tinggi & Gula Rendah Bahayakan Nyawa! Ini 13 Tanda Tubuh Banyak Dan Kurang Gula

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/02/2021 . 2 minit bacaan
bahaya kencing manis

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan