Infeksi Telinga Pada Bayi: Punca, Simptom dan Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Infeksi telinga merupakan kondisi yang kerap didiagnosis pada bayi. Kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak akan mengalami infeksi ini sekurang-kurangnya sekali sebelum mereka mencecah umur tiga tahun.

Apakah simptom infeksi telinga?

Apabila dijangkiti infeksi telinga, bayi anda akan mengalami perubahan dari segi emosi dan beberapa perkara yang dapat kira lihat, antaranya:

  • Bayi anda akan menarik-narik telinga mereka.
  • Demam: Infeksi ini akan menyerang selepas bayi anda dijangkiti selsema atau infeksi sinus.
  • Cirit-birit atau muntah-muntah: Infeksi ini mampu menjejaskan saluran gastrousus.
  • Hilang selera makan: Infeksi ini mengakibatkan bayi anda berasa sakit ketika menelan atau mengunyah makanan.
  • Cecair berwarna kekuningan dan keputihan meleleh daripada telinga: Ini akan berlaku apabila terdapat lubang kecil yang terbentuk di dalam gegendang telinga bayi.
  • Bau yang tidak menyenangkan: Terdapat bau yang tidak menyenangkan pada telinga bayi anda.
  • Sukar tidur: Berbaring akan menyebabkan kesakitan pada bayi.

Apakah yang menyebabkan infeksi telinga pada bayi?

Bayi anda akan dijangkiti infeksi telinga sejurus mengalami selsema, infeksi sinus ataupun alahan. Kondisi ini akan menyebabkan tiub eustachio yang menghubungkan bahagian tengah telinga dengan belakang hidung dan tekak tersumbat. Ini akan mengakibatkan apa-apa cecair yang memasuki kawasan ini terperangkap dan dijangkiti kuman.

Kajian menunjukkan bayi dan kanak-kanak amat mudah dijangkiti infeksi telinga sekiranya mereka menggunakan puting palsu. Dalam satu kajian, sebanyak 33 peratus daripada keseluruhan kanak-kanak yang menggunakan puting palsu akan dijangkiti infeksi ini.

Semakin bayi anda membesar, kemungkinan untuk mereka dijangkiti infeksi ini akan berkurangan kerana tube eustachio mereka akan membesar tiga kali ganda dan akan lebih vertikal. Ini akan membuatkan cecair lebih sukar untuk masuk lalu terperangkap di dalam kawasan di belakang gegendang telinga.

Apakah rawatan infeksi telinga pada bayi?

Segera bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya terdapat simptom-simptom ini pada mereka. Antibiotik atau metode tunggu dan lihat akan digunakan bergantung kepada tahap keseriusan infeksi telinga anak anda. Dalam kebanyakan kes, kondisi ini akan sembuh dengan sendirinya jika tidak terlalu serius.

Apabila anak anda mula berasa tidak selesa atau kondisi infeksi itu menjadi semakin teruk, gunakan antibiotik. Namun anda harus diingatkan untuk tidak memberi terlalu banyak antibiotik bagi mengelakkan infeksi terhadap antibiotik pula. Jika bayi anda berumur kurang daripada 6 bulan, doktor mungkin akan mencadangkan penggunaan acetaminophen atau ibuprofen untuk melegakan kesakitan. Sekiranya kondisi anak anda masih tidak bertambah baik selepas mengambil antibiotik, doktor mungkin akan mengubah preskripsi ubat-ubatan yang mereka berikan dan memeriksa semula anak anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Living Life Care-free with Cutting Edge Insulin Solutions

    It all comes down to knowing how to take care of yourself. And you can do that by establishing a routine that includes healthy lifestyle practices.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Aaron Joseph Sta Maria
    English 27/01/2021 . 4 minit bacaan

    Tiada Lagi Kerisauan Dalam Hidup Dengan Kaedah Rawatan Insulin Canggih

    Pesakit diabetes harus mengambil berat tentang cara turunkan gula dalam badan ke paras normal supaya kencing manis yang dialami tidak bertambah teruk.

    Ditulis oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditaja oleh
    cara turunkan gula
    Kencing Manis 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Boleh Alami 7 Kesan Berdengkur Ini Jika Tidak Dapat Rawatan Segera Doktor Gigi!

    Anak tidur berdengkur mungkin satu keadaan biasa. Tetapi sebenarnya, ia tidak boleh dibiarkan kerana akan menjejaskan proses perkembangan mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan Mulut, Penjagaan Gigi Kanak-Kanak 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Serangan Panik & Kegelisahan, Macam Sama Tapi Tak Serupa! Ini Cara Untuk Bezakannya

    Istilah serangan panik dan kegelisahan sering digunakan secara bergantian, tetapi ia sebenarnya berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gangguan Kegelisahan, Kesihatan Mental 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    alergi makanan

    Ini Cara Terbaik Elak Alergi Makanan, Baca Label Makanan Setiap Kali Sebelum Beli!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
    ujian kanser serviks

    Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
    Masalah kulit

    Badan Sering Naik Bintik Merah? Jangan Biarkan! Anda Mungkin Terkena 7 Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
    faedah bersenam

    Rimas, Tapi Ini Sebab Mengapa Perlu Bersenam Sambil Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan