Ciuman Ibu: Cara Mudah dan Tidak Menyakitkan untuk Membuang Objek di dalam Hidung Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anak kecil anda mungkin termasuk biji manik, biji buah, atau objek lain di dalam hidungnya. Perkara ini biasa berlaku. Kebanyakan ibu bapa tahu tentang masalah sebegini. Apa yang anda lakukan? Siapa yang patut anda hubungi? Kajian terbaru mencadangkan satu rawatan tradisional yang dilakukan turun-temurun yang dikenali sebagai “ciuman ibu” yang mungkin membantu. Ia tidak invasif atau menakutkan berbanding teknik dan peralatan yang digunakan di bilik kecemasan.

Apa itu “ciuman ibu”?

Ia mula diperkenalkan pada tahun 1965. Ini merupakan teknik ciuman ibu dilakukan:

  • Orang dewasa akan meletakkan mulut mereka pada mulut kanak-kanak sambil menutup lubang hidung yang tidak tersumbat menggunakan satu jari
  • Orang dewasa tersebut menghembus ke dalam mulut kanak-kanak
  • Hembusan tersebut akan menekan objek keluar

Kajian telah menilai keputusan daripada lapan laporan yang telah dikeluarkan berkenaan orang dewasa yang menggunakan teknik ciuman ibu kepada kanak-kanak berumur satu hingga lapan tahun. Pada keseluruhannya, teknik ini berhasil tanpa sebarang komplikasi. Teknik ini amat berkesan mengeluarkan objek yang menutupi lubang hidung sepenuhnya berbanding objek yang boleh dilalui udara sebagaimana objek yang tertutup terus adalah berkemungkinan untuk digerakkan keluar daripada hidung. Kadar kejayaan teknik ini mencecah 60%. Penemuan ini dikeluarkan di dalam Canadian Medical Association Journal.

Ciuman ibu tidak membahayakan

Ciuman ibu menjadi rawatan awal yang yang selamat dan berkesan untuk membuang objek asing yang menghalang rongga hidung. Teknik ini mengelakkan daripada penggunaan teknik yang invasif seperti cangkuk, forseps, atau mesin menyedut untuk membuang objek. Ia juga membantu kanak-kanak daripada dibius dalam sesetengah kes.

Ia juga mungkin membantu sekiranya kanak-kanak tersebut diberikan penerangan sebelum memulakan teknik ini. Kanak-kanak pada usia ini biasanya mempunyai ketakutan kepada benda yang tidak diketahui dan untuk menjalankan sebarang prosedur kepada mereka yang boleh menjadi sukar, terutama apabila cubaan untuk membuang objek asing boleh mendatangkan kesakitan.

Risko utama teknik ini adalah kecederaan kepada gegendang telinga kanak-kanak atau saluran pendengaran dengan tekanan udara yang meningkat dengan mendadak. Walaupun begitu, risiko ini adalah rendah sekiranya glottis ditutup dan tiada laporan tentang kejadian ini dilaporkan dalam kajian. Terdapat juga bahaya sekiranya kanak-kanak yang mempunyai objek di dalam hidung, tercekik dengan objek tersebut.

Ciuman ibu boleh dilakukan oleh kakitangan kesihatan dan boleh diulang beberapa kali sekiranya cubaan pertama gagal. Walaupun begitu, anda harus berhati-hati tentang di mana dan bilakah teknik ini dilakukan. Jangan cuba teknik ini tanpa pemantauan daripada doktor. Kanak-kanak mungkin akan berasa selesa dan tidak takut dengan menggunakan teknik ini berbanding teknik yang biasa digunakan di bilik kecemasan. Meskipun begitu, ciuman ibu ini sebaiknya dilakukan dengan kehadiran doktor sekiranya objek tersebut masuk ke dalam paru-paru.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Tahukah anda bahawa warna lidah boleh menunjukkan tahap kesihatan anda? Cuba periksa lidah anda. Adakah lidah berwarna putih, hitam ataupun merah jambu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

    Ramai yang tahu cara untuk memberus gigi namun tidak tahu cara cuci berus gigi sebelum atau selepas menggunakannya. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    PCOS adalah keadaan yang mengganggu hormon dan kesuburan seseorang wanita. Justeru, pesakit yang inginkan zuriat mungkin sukar untuk mengesan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Penyakit gonorea dan penyakit klamidia mungkin sering dianggap sebagai satu jangkitan yang sama. Namun, kedua-duanya adalah tidak sama. Ini bezanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah selulit

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    Serangan Jantung

    Elak Serangan Jantung Kali Kedua, Caranya Jaga Makan! Ubah Diet Anda Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    menguruskan badan

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    khasiat air lemon

    WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan