Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam, Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat

Oleh

Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Demam atau kenaikan suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius, adalah salah satu simptom penyakit yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tapi anda tahu tak cara menghilangkan sawan demam pada anak? 

Ia boleh berlaku dalam pelbagai jenis keadaan kesihatan, baik yang serius ataupun sebaliknya. 

Ini kerana demam bukanlah simptom yang khusus untuk mana-mana penyakit tertentu. 

Dalam kebanyakan keadaan, demam berlaku akibat daripada jangkitan ringan yang tidak serius. Oleh yang demikian, majoriti individu tidak terlalu risau akan kewujudan simptom ini. 

Namun yang demikian, terdapat satu komplikasi khusus yang boleh berlaku dalam golongan kanak-kanak jika demam mereka tidak diatasi dengan baik. Komplikasi yang dimaksudkan adalah sawan demam. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitannya. 

Apa itu sawan demam?

Seperti yang tertera pada namanya, sawan demam merujuk kepada serangan sawan yang berlaku ketika seseorang itu demam, khususnya dalam demam gred tinggi. Keadaan ini dilihat berlaku dalam golongan kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 6 tahun. 

Tanda-tanda

Penting untuk ibu bapa ambil cakna tentang tanda-tanda sawan agar mereka dapat mengenal pasti keadaan ini dengan cepat jika ia berlaku. Ini kerana, ketika diserang sawan, seseorang itu tidak akan sedarkan diri. 

Selain itu, berikut merupakan simptom lain yang boleh berlaku ketika sawan:

  • Kedua-dua kaki dan tangan menjadi kejang atau tersentak-sentak (Kekejangan dan sentakan ini boleh juga berlaku hanya pada sebahagian anggota badan sahaja)
  • Mata terbeliak ke atas
  • Air liur mengalir keluar dari mulut
  • Terbuang air kecil atau air besar 

Diagnosis

Secara amnya, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu diserang sawan. Antaranya adalah:

  • Meningitis (Keradangan selaput otak)
  • Pendarahan dalam otak
  • Paras gula yang rendah (Hipoglisemia)
  • Gangguan paras elektrolit dalam darah
  • Sindrom epilepsi sedia ada
  • Gangguan neuro-perkembangan 

Untuk itu, diagnosis sawan demam hanya boleh dibuat setelah punca-punca sawan lain telah diketepikan dan hanya suhu yang tinggi sahaja menjadi kaitan yang tinggal. 

Punca

Demam dalam kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara jangkitan yang lazim berlaku dalam golongan ini adalah:

Tindakan oleh ibu bapa – cara menghilangkan sawan demam anak 

cara menghilangkan sawan

Berikut merupakan perkara penting tentang cara menghilangkan sawan yang perlu ibu bapa lakukan sekiranya anak berisiko untuk diserang atau bakal diserang sawan demam.

Sebelum sawan:

  • Apabila anda telah mengenal pasti bahawa anak sedang demam, berikan ubat demam mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Jika anda tidak mempunyai ubat demam, letakkan tuala basah/sejuk pada bahagian dahi mereka terlebih dahulu sebelum anda bergerak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan ubat. 
  • Apabila mereka sedang demam, pastikan kanak-kanak tersebut berada dalam pemerhatian anda. Ini kerana jika mereka diserang sawan, anda dapat mengambil tindakan segera dan menentukan durasi sawan tersebut. Sawan biasanya akan terhenti sendiri dalam durasi kurang daripada 2 atau tiga minit. Sawan yang melebihi 5 minit adalah satu kecemasan dan anak tersebut perlu segera dibawa ke hospital. 

Ketika sawan:

  • Ketika diserang sawan, kanak-kanak tersebut akan tidak sedarkan diri dan hilang kawalan badan mereka. Oleh itu, mereka berisiko untuk jatuh (jika mereka sedang berdiri) dan terhentak kepala. Trauma kepala boleh merumitkan lagi keadaan kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan dalam otak. Oleh itu, pastikan mereka berada berdekatan dengan anda atau berada di persekitaran yang selamat.
  • Kosongkan kawasan persekitaran mereka daripada sebarang objek tajam dan berbahaya.
  • Letakkan mereka dalam posisi mengiring untuk mengelakkan lidah mereka terjatuh kebelakang dan menutup saluran pernafasan mereka.
  • Elakkan daripada meletakkan apa-apa objek dalam mulut mereka.
  • Perhatikan pergerakan tangan dan mata anak. Bukan semua jenis serangan sawan akan mempunyai simptom yang sama. 
  • Kira durasi masa sawan. Sekiranya sawan tersebut tidak terhenti sendiri dalam beberapa minit, bawa anak anda ke hospital kerana terdapat risiko sawan tersebut akan berlanjutan lebih lama. 

Selepas sawan:

  • Perhatikan sama ada anak telah kembali sedar selepas sawan tersebut atau terus tidur. Jika sedarkan diri, kenal pasti jika mereka mengalami lemah pada mana-mana anggota badan.
  • Bawa mereka ke hospital berdekatan agar doktor dapat mengesahkan sama ada  sawan tersebut disebabkan oleh demam atau berpunca dari perkara lain. 

Sekitar 1 dalam setiap 25 orang kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka. 

Terdapat sekitar 30% daripada mereka yang mengalami serangan sawan demam ini akan mengalaminya lagi jika mereka demam. 

Walaupun tampak serius, sawan demam bukanlah sesuatu yang mengancam nyawa dan tidak ada sebarang kesan jangka panjang yang berkaitan dengannya.

Pastikan anda mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih tentang cara menghilangkan sawan demam untuk maklumat kesihatan berkaitan dengan keadaan ini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

Ibu yang sedang menyusu badan, perlu berhati-hati sebelum mengambil sebarang jenis ubat. Bagaimana dengan paracetamol ketika sedang demam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penyusuan Badan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

Bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus menular, sebuah Klinik Penyakit Pernafasan (Respiratory Clinic) telah dibuka di Kuching, Sarawak

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 25/03/2020 . 2 minit bacaan

Tak Banyak Beza Antara Demam COVID-19 Dengan Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

Demam adalah simptom paling lazim dialami oleh mereka yang dijangkiti oleh virus novel korona. Apa bezanya dengan demam yang dialami ketika selesema biasa?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 23/02/2020 . 4 minit bacaan

Angkara Sembunyi Maklumat Perjalanan Di Saringan COVID-19, Lelaki Malaysia Terima Hukuman!

Pelbagai usaha dilakukan mengekang coronavirus, tapi masih ada individu tidak bertanggungjawab sanggup sembunyi sejarah perjalanan semasa saringan COVID-19.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 31/01/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kerap buang air kecil

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
apa itu flu

Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
flu adalah

Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
bagaimana hingus terhasil

Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan