home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sawan Febril

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Definisi

Apa itu Sawan Febril?

Swan febril ialah sawan yang berlaku sewaktu menghidap sakit yang menyebabkan demam panas terutamanya dalam kanak-kanak.

Apakah kebarangkalian Sawan Febril?

Sawan febril sangat biasa terjadi tanpa mengira usia. Ia seringkali berlaku dalam pesakit di usia muda dan selepas umur 60 tahun. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sawan Febril?

Simptom sawan febril yang biasa berlaku ialah:

  • Pernafasan berhenti lebih daripada 15 hingga 20 saat atau terdapat masalah pernafasan
  • Sawan lebih daripada 3 minit, atau sawan kali kedua
  • Demam, muntah, pening kepala yang teruk
  • Rasa mengantuk
  • Leher mengeras
  • Bahagian lembut di kepala bayi membonjol

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika terdapat tanda atau simptom yang dinyatakan dia atas, atau anda mempunyai sebarang soalan, sila berbincang dengan doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Sawan Febril?

Sawan febrils boleh berlaku disebabkan jangkitan bakteria atau virus, terutamanya virus human herpesvirus-6. Selain itu, keadaan tertentu juga boleh menyebabkan sawan febril, termasuklah:

  • Penyakit Alzheimer atau dementia;
  • Masalah jantung, seperti strok atau serangan jantung
  • Kecederaan jantung atau otak, termasuklah kecedaraan sebelum kelahiran
  • Lupus
  • Meningitis;
  • Vaksinasi

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sawan Febril?

Terdapat banyak faktor risiko sawan febrils, seperti:

  • Perkembangan tidak normal sebelum berlakunya sawan febril
  • Sawan febril kompleks
  • Sejarah keluarga dengan sawan tanpa demam
  • Sejarah sawan febril dalam keluarga
  • Pernah mengalami jangkitan otak atau kecederaan
  • Mengalami ketumbuhan otak
  • Pernah mengalami strok
  • Pernah mengalami sawan febril kompleks
  • Menggunakan dadah tertentu atau ubat tertentu
  • Penyalahgunaan dadah
  • Terdedah kepada bahan toksik

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sawan Febril didiagnosis?

Sawan febril boleh didiagnosis dengan menggunakan:

  • Ujian darah, ujian air kencing untuk mengenal pasti jangkitan
  • Ujian air spinal untuk mengenal pasti jangkitan pada sistem saraf seperti meningitis
  • jika diperlukan bagi mengenal pasti sawan febril kompleks
  • MRI, jika diperlukan untuk mengenal pasti sama ada sawan febril berlaku disebabkan kerosakan otak dalam kanak-kanak

Bagaimana pesakit Sawan Febril dirawat?

Ubat-ubatan tidak diperlukan dalam kebanyakan kes sawan febril. Tapi untuk mengurangkan pengulangan episod sawan febril, ubat-ubatan tertentu boleh diberikan, seperti:

  • Phenobarbital;
  • Depakote (Valproate);
  • Gel atau cecair Diastat (Diazepam) dimasukkan melalui rektum
  • Klonopin (Clonazepam) diletakkan di bawah lidah
  • Diazepam atau Lorazepam;

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sawan Febril?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani serangan sawan febril pada anak anda:

  • Letakkan anak anda pada tempat yang selamat agar tidak terjatuh
  • Beri perhatian kepada anak anda sebaik mungkin
  • Berhati-hati dengan objek keras atau tajam berdekatan anak anda
  • Longgarkan pakaian yang ketat
  • Jangan letakkan apa-apa dalam mulut anak anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Febrile seizures. http://www.epilepsy.com/learn/types-seizures/febrile-seizures. Accessed July 20, 2016.
Febrile seizures. http://www.medicinenet.com/seizure/page8.htm#febrile_seizures. Accessed July 20, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 08/01/2020
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x