5 Cara Untuk Melebatkan Rambut Bayi Anda Dengan Cepat, Alahai Comelnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sesetengah bayi yang lahir ke dunia ini dengan keadaan botak sementara yang indah. Sementara sesetengahnya pula mempunyai keadaan rambut yang lebat.

Jumlah rambut bayi ini mempunyai kaitan dengan genetik.

Dalam beberapa bulan pertama kehidupan bayi anda, ia adalah suatu keadaan semula jadi untuknya mengalami keguguran rambut akibat tahap hormon dan tumbesaran bayi yang cepat.

Walaupun usaha anda mencari cara melebatkan rambut bayi mungkin kurang atau tidak berhasil.

Namun pada masa sama juga adalah penting untuk anda menitikberatkan penjagaan kulit kepala bayi anda.

Keguguran Rambut Bayi: Mengapa Ia Berlaku?

Berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab keguguran rambut dalam kalangan bayi.

Geseran yang berterusan

Bayi menghabiskan banyak masa di berbaring sehingga mereka boleh duduk.

Adalah normal bagi kepala untuk bersentuhan dengan permukaan luaran.

Hubungan yang berulang boleh membawa kepada geseran, jika cukup teruk, boleh menyebabkan keguguran rambut.

Jenis kehilangan rambut seperti geseran alopecia atau tekanan alopecia boleh berlaku menyebabkan mereka botak.

Dalam kes seperti itu, keguguran rambut biasanya terhenti apabila bayi mula duduk dan menghabiskan lebih banyak masa duduk daripada berbaring.

Jangkitan kulit kepala

Jangkitan kulit kepala, termasuk jangkitan kulat seperti kurap, boleh menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan bayi.

Kurap boleh menimbulkan tompokan bulat pada kulit kepala bayi memberikan kesan seakan-akan kepala mereka botak.

Alahan

botak

Reaksi alahan terhadap sebarang bentuk boleh mengakibatkan keguguran rambut.

Bayi boleh alah kepada minyak urut yang sapu pada kulit kepala bayi. Keadaan alahan seperti ekzema juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Jenis ekzema yang biasa dijumpai di kepala bayi adalah dermatitis seborrheic, juga dikenali sebagai ‘cradle cap’.

Berulang-ulang menarik rambut

Jika bayi anda cenderung bermain dengan rambutnya atau jika ada saudara yang menarik rambutnya, maka itu boleh menyebabkan kehilangan rambut.

Keadaan psikologi seperti trichotillomania, di mana individu terjejas suka menarik rambut, boleh menjadi salah satu sebabnya.

Gaya rambut yang ketat

Mengikat rambut dengan ketat sering menjadi penyebab keguguran rambut pada bayi yang lebih tua dan kanak-kanak.

Elakkan mengikat rambut dengan ketat kerana ia boleh merosakkan folikel rambut dan menyebabkannya pecah, seterusnya menggugurkan rambut.

Penyakit dan stres

Stres yang disebabkan oleh penyakit atau demam boleh menyebabkan folikel rambut lemah dan menyebabkan keguguran rambut.

Kanser dan rawatannya juga boleh menyebabkan keguguran rambut pada bayi.

Jadi, Bagaimana Cara Melebatkan Rambut Bayi Dengan Cepat?

rambut

Berikut beberapa cara yang ibu bapa perlu tahu untuk melebatkan rambut bayi.

Cara melebatkan rambut bayi 1: Gunakan topi pelindung

Kebanyakan ibu bapa berasa bimbang apabila melihat tompokan botak di bahagian belakang kepala bayi.

Kadang-kadang ia berlaku dalam warna yang berbeza sehingga boleh menyebabkan ibu bapa berfikir bahawa ia berkemungkinan satu jangkitan.

Tetapi  keadaan ini berlaku atas beberapa sebab yang mudah.

Apabila anda membaringkan bayi di buaian, bahagian belakang kepalanya boleh bergeser pada permukaan tempatnya berbaring dan menyebabkan keguguran rambut.

Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi dengan mudah iaitu dengan memakaikan topi pada kepala bayi anda sebelum membaringkannya.

Kaedah ini bukan sahaja membantu mengatasi masalah tompokan botak, tetapi ia juga salah satu cara melebatkan rambut bayi anda.

Cara melebatkan rambut bayi 2: Syampu bayi

Walaupun bayi anda hanya membesar di dalam rumah dan tidak terdedah kepada kotoran, tetapi adalah penting untuk anda memastikan dan mengekalkan kulit kepalanya dalam keadaan bersih.

Dan, untuk menggalakan pertumbuhan rambut yang baik, anda perlu syampu rambut bayi anda seminggu sekali.

Cara melebatkan rambut bayi 3: Menggunakan perapi (conditioner)

rambut

Sebenarnya bayi tidak memerlukan perapi, tetapi jika rambut bayi anda terlalu kering atau sangat kerinting, atau cuaca boleh menjejaskan rambutnya.

Anda boleh mencuba beberapa alternatif bagi mengekalkan kesihatan rambut bayi.

Perapi yang mesra kanak-kanak bukan sahaja boleh membantu menguruskan rambut bayi dengan mudah tetapi juga membekalkan nutrien penting kepada kulit kepala anda.

Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Cara melebatkan rambut bayi 4: Mencuba produk yang berbeza

Rambut setiap bayi adalah berbeza bentuk dan tekstur.

Walaupun anda mungkin disyorkan dengan syampu atau produk tertentu, namun ia mungkin tidak sesuai dengan jenis rambut anak anda.

Sebagai contoh, syampu dan perapi untuk rambut kerinting tidak sesuai dengan rambut lurus. Ini kerana disebabkan oleh bahan-bahan kandungannya berbeza.

Jadi, anda bebas melakukan penyelidikan dan mencari produk yang sesuai dengan rambut anak anda dan bukannya kekal pada satu produk sahaja.

Mencuba produk baru dalam tempoh beberapa minggu untuk mengetahui sama ada ianya bersesuaian dengan anak anda atau sebaliknya.

Cara melebatkan rambut bayi 5: Pemakanan sihat

Pemakanan yang sihat membawa kepada rambut yang sihat, tidak mengira berapa umur anda.

Jadi, pastikan bayi anda makan banyak protein sihat seperti salmon, telur dan bayam.

Vitamin D juga diperlukan untuk rambut yang sihat, badam, lobak, aprikot dan labu harus dimasukkan ke dalam diet biasa bayi anda.

Sekiranya bayi anda masih makan makanan separuh pepejal, anda boleh memasak ramuan ini dan padankan dengan bahan lain untuk meningkatkan rasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

Melancap boleh menyebabkan rambut gugur, kenyataan ini kedengaran kelakar sekali! Tetapi adakah kemungkinan ia adalah benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 25/11/2020 . 3 minit bacaan

Rasa Tidak Yakin Angkara Rambut Kering & Kusam? Boleh Cuba 7 Petua Ini Di Rumah!

Rambut kering dan rosak menjadi kebimbangan anda? Usah risau, boleh cuba guna 7 bahan ini di rumah untuk rambut yang sihat dan kuat! Jom klik untuk tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/11/2020 . 3 minit bacaan

Suka Pintal Rambut Guna Jari? Ini Mungkin Tanda Anda Alami Masalah Sakit Jiwa, OCD!

Fakta rambut yang perlu anda tahu! Kerap bermain rambut dengan cara memintal rambut tanpa sedar mungkin petanda anda alami OCD.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2020 . 3 minit bacaan

Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara hitamkan uban

Rambut Uban Jejas Penampilan? Relaks, Boleh Cuba 7 Ramuan Tradisional Ini Di Rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
hormon dht

Mengapa Lelaki Lebih Berisiko Jadi Botak? Ini 5 Cara Kawal Hormon Elak Rambut Gugur

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
kesan mandi laut

Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
bulu alat kemaluan

Jangan Biarkan Alat Sulit Seperti Hutan Belantara, Ini 5 Kaedah Buang Bulu Bawah, Elak Rengsa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan