backup og meta

Tips Memilih Makanan Komersil untuk Bayi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 21/11/2018

    Tips Memilih Makanan Komersil untuk Bayi

    Makanan komersial sering diberikan kepada bayi sebagai alternatif kepada makanan homemade, terutama bagi ibu bapa berkerjaya. Di samping menghidangkan bayi dengan makanan yang dimasak sendiri, tentunya ada ibu bapa yang telah siap-siap membeli makanan komersil sebagai persediaan jika mereka mempunyai kekangan masa untuk menyediakan makanan homemade.

    Makanan komersil yang lazimnya terdapat di pasaran adalah seperti bijirin nasi, oat, barli dan puri buah atau sayur.

    Tiada salahnya jika anda mahu berikan si manja makanan bayi komersil, cuma jangan terlalu kerap. Dalam memilih makanan bayi komersil, sila ikuti garis panduan di bawah:

    Periksa label pada bungkusan

    Pastikan makanan bayi anda tidak mengandungi bahan tambahan, perasa dan pewarna tiruan, atau garam dan gula.

    Lihat khasiat

    Jika anda ingin membeli bijirin untuk bayi lihatlah khasiat yang terkandung di dalamnya seperti kandungan zat besi atau sebagainya. Pastikan juga khasiat yang dilabel adalah khas untuk bayi dan bukannya orang dewasa. Perhatikan juga label sama ada kandungan bahan terdapat susu lembu atau susu soya yang mungkin memberi alahan kepada bayi anda.

    Beli satu-satu jenis

    Sama seperti makanan homemade, makanan komersil juga hanya perlu diberikan satu-satu jenis sahaja dan tidak bercampur dengan jenis-jenis lain. Hal ini adalah bagi mengenal sama ada si manja anda ada memiliki alahan terhadap satu-satu jenis makanan.

    Perhatikan tarikh luput

    Perkara paling penting sebelum membeli barang makanan adalah dengan melihat tarikh luput barang tersebut. Jika membeli makanan dalam tin, pastikan anda tidak memilih tin yang mempunyai kesan kemek atau karat kerana dikhuatiri memberi kesan terhadap kandungan makanan di dalam tin tersebut.

    Organik lebih baik

    Biarpun anda ingin membelikan anak anda makanan komersil, sebaik-baiknya pilihlah makanan yang berasaskan bahan organik supaya anak anda mendapat khasiat yang sepatutnya.

    Ingatlah, makanan komersil hanyalah sebagai pengganti kepada makanan homemade. Jangan pula terlalu kerap memberikan si manja makanan komersil walaupun anda telah melihat khasiat yang terkandung padanya. Sebaik-baiknya, masakan hasil tangan anda adalah lebih elok diberikan supaya ikatan antara anda dan bayi lebih bermakna.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 21/11/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan