Trichotillomania boleh berlaku tanpa mengira usia. Tetapi dalam kalangan mereka yang gemar menarik rambut sejak kecil, obsesi ini membawa kepada trichotillomania pada usia 9-13 tahun. Punca sebenar trichotillomania adalah kompleks dan mungkin dicetuskan oleh tekanan psikososial dalam keluarga, seperti berpisah daripada penjaga, penjaga atau kanak-kanak dihospitalkan, kelahiran adik baru, cemburu dengan adik-beradik, pindah ke rumah baru, atau masalah dengan prestasi sekolah. Persekitaran dan genetik juga dipercayai mungkin memainkan peranan.
Bagaimana mencegah trichotillomania?
Sama ada tabiat menarik rambut dalam bayi anda adalah fasa sementara atau masalah jangka masa panjang adalah sukar untuk diramalkan. Apa pun, lebih baik untuk anda mempelajari beberapa kaedah untuk mengalihkan tabiatnya daripada menarik rambut.
Salah satu cara terbaik untuk membuat bayi anda berhenti menarik rambutnya adalah mengalihkan perhatiannya sehingga dia tidak memikirkannya. Sekiranya anda menyedari bahawa bayi anda sedang cuba untuk mencapai rambutnya, berikan dia mainan keciluntuk bermain.
Anda juga boleh mempertimbangkan alternatif lain yang memberikan sensasi seperti rambut. Contohnya bulu pelepah, anak patung berbulu, sehelai kain satin, berus rambut atau berus gigi bayi.

Anda boleh mencukur atau memendekkan rambutnya agar tidak dapat ditarik. Tetapi ia tidak akan berkesan jika anda tidak mengusahakan mengalihkan perhatiannya daripada tabiat tersebut. Bayi anda akan mengulang tabiatnya apabila rambut tumbuh kembali.
Anda tidak perlu cuba mendisiplinkan anak anda. Menangkap tangannya atau menempis tangannya dan mengatakan ‘tidak’ tidak akan membantu. Bayi anda masih belum memahami disiplin dan larangan. Sebaliknya, perlahan-lahan leraikan tangannya daripada rambut dan alihkan perhatiannya tanpa memberikan hukuman.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen