Empat Kumpulan Makanan untuk Anak Kecil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Produk tenusu

Susu dan produk tenusu adalah tinggi kalsium, yang menguatkan tulang dan gigi kanak-kanak. Vitamin A dalam susu dan produk tenusu turut membantu sistem imun dan amat diperlukan untuk kulit dan mata yang sihat.

Anda boleh mula menyediakan anak anda dengan makanan daripada jenis ini daripada umur 1 tahun lagi. Beri anak anda 3 cawan susu sehari dalam bentuk minuman mahupun makanan yang diperbuat daripada produk tenusu seperti keju dan yogurt. Susu tanpa krim boleh diberikan seawal umur 2 tahun sekiranya anak anda sudah boleh mengunyah dan membesar dengan bagus untuk umur mereka. 1% daripada lemak ataupun susu berkrim tidak mempunyai lemak yang secukupnya untuk kanak-kanak berumur 5 tahun.

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, minerals dan fiber yang baik. Makanan jenis ini sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia lagi tanpa mengira segar, sejukbeku, dalam tin mahupun kering. Pastikan terdapat buah-buahan dan sayur-sayuran di setiap hidangan.

Setiap buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai vitamin dan mineral yang berbeza, oleh itu lebih banyak anak anda mengambil jenis makanan ini, lebih baik. Namun jangan risau sekiranya mereka hanya makan dalam jumlah yang sedikit.

Anda boleh terus memberi mereka buah-buahan dan sayur-sayuran dalam amaun yang kecil tetapi lebih kerap agar mereka dapat belajar merasainya.

Daging, ikan, telur, kacang dan sumber-sumber protein selain produk tenusu

Kanak-kanak memerlukan protein dan zat besi untuk tumbesaran. Beri anak anda satu atau dua bahagian daripada kumpulan makanan ini setiap hari.

Daging, ikan, telur, kekacang seperti kacang tanah, kacang hijau dan kacang peas serta makanan yang diperbuat daripada kekacang seperti tofu adalah sumber protein dan zat besi yang baik. Namun, diingatkan untuk memerhatikan anak anda yang berumur 5 tahun ke bawah makan makanan berunsur kekacang ini untuk mengelakkan mereka tercekik.

Kanak-kanak lelaki boleh mengambil empat bahagian ikan seperti ikan makarel, salmon dan sardin dalam satu minggu tetapi kanak-kanak perempuan tidak digalakkan mengambil lebih daripada dua bahagian dalam masa satu minggu.

Ini disebabkan ikan-ikan ini mengandungi kurang khasiat untuk tumbesaran. Namun demikian, ikan-ikan seperti ini boleh diberikan sekiranya tidak melebihi amaun yang disarankan.

Makanan yang kaya dengan karbohidrat

Kumpulan makanan ini turut dikenali sebagai makanan berkanji, yang penting untuk sumber kalori dalam diet manusia. Karbohidrat juga membekalkan anak anda dengan tenaga, nutrien dan serat sepanjang hari. Karbohidrat boleh didapati dalam makanan seperti roti, bijirin sarapan, ubi atau keladi, nasi atau chapati yang kebanyakannya disukai oleh kanak-kanak.

Anda juga boleh memberi anak anda makanan berasaskan gandum seperti roti gandum, pasta dan beras perang. Walaubagaimanapun, kanak-kanak berumur bawah dua tahun tidak seharusnya diberikan makanan-makanan ini kerana ianya boleh mengenyangkan kanak-kanak sebelum mereka mendapat keperluan kalori dan nutrien yang diperlukan secukupnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan