Bayi kecil yang berusia di bawah setahun berkemungkinan tidak menunjukkan gejala demam denggi seperti orang dewasa. Oleh itu, penting untuk setiap ibu bapa memerhatikan tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi demam denggi.
Jika si manja tidak mengalami gejala demam, ibu bapa atau penjaga perlu awasi simptom lain denggi pada bayi dan kanak-kanak serta mengamalkan cara cegah denggi.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila klik di sini.
Komplikasi sindrom kejutan denggi
Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil berkata, demam disebabkan denggi biasanya akan dapat dilihat dalam tempoh lima ke tujuh hari selepas digigit nyamuk aedes.
Pun begitu, bukan semua kanak-kanak terutamanya bayi kecil akan mengalami gejala demam denggi selepas digigit nyamuk.
Menurutnya, berdasarkan data dari Sistem Pencegahan dan Kawalan Denggi Kebangsaan, kanak-kanak berumur 0-15 tahun adalah amat rentan kepada demam denggi teruk.
“Komplikasi yang boleh terjadi kepada kanak-kanak bawah 15 tahun ini adalah seperti sindrom kejutan denggi.
“Ibu bapa perlu terus berwaspada memerhatikan simptom-simptom denggi, khususnya denggi yang teruk, yang lazimnya muncul selepas demam reda,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kempen #MamyPokoAgainstDengue yang bertempat di Petaling Jaya, baru-baru ini.
10 tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi
Menurut Dr Yong Junina, kadar kematian akibat sindrom kejutan denggi pada kanak-kanak adalah antara 12-44 peratus. Walau bagaimanapun, peratusan ini boleh jauh lebih rendah jika si kecil mendapatkan rawatan intensif yang sesuai.
“Ada kes kematian disebabkan denggi dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.
“Ini disebabkan bayi yang mendapat jangkitan denggi buat kali kedua biasanya akan lebih teruk berbanding semasa jangkitan pertama (sehingga anak boleh mendapat sindrom kejutan denggi),” katanya.
Beliau memberitahu, ibu bapa juga perlu mengawasi tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi.
Antara simptom demam denggi yang perlu ibu bapa perhatikan adalah:
Demam antara simptom demam denggi
Walau bagaimanapun, bayi di bawah usia setahun mungkin tidak menunjukkan tanda demam denggi bagi kanak-kanak.
Merengek
Bayi kecil di bawah usia setahun akan merengek walaupun puas dipujuk kerana ingin ‘memberitahu’ badan mereka sakit. Salah satu tanda demam denggi bayi adalah sakit-sakit badan.
Sakit perut, antara tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi
Salah satu gejala demam denggi pada bayi adalah sakit perut. Ini kerana darah bayi yang dijangkiti denggi adalah pekat, justeru menyukarkan pengaliran darah ke usus.
Tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi lain yang perlu diawasi:
- Menangis
- Bayi tidak mahu makan atau minum
- Muntah
- Cirit-birit
- Lemah
- Tidak aktif
- Tidur berlebihan
63 ribu kes denggi dicatatkan sehingga Julai 2023
Katanya lagi, berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kumulatif kes denggi di negara kita yang dilaporkan bermula Januari hingga 16 Julai 2023 adalah sebanyak 63,966 kes.
Kes denggi tahun ini menunjukkan peningkatan sehingga 129% berbanding 27,914 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
“Daripada statistik ini, boleh dikatakan hampir setiap 305 individu di Malaysia pernah dijangkiti demam denggi.
“Manakala, sejumlah 45 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan, jumlahnya meningkat sebanyak 137% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022,” ujarnya.
Cegah denggi dengan serai
Lazimnya, masyarakat kita akan menggunakan produk penyembur nyamuk untuk menghalang gigitan nyamuk termasuk aedes. Namun, bukan semuanya efektif dan selamat untuk bayi dan kanak-kanak.
Kini, terdapat pelbagai jenis produk yang direka bertujuan untuk mengelak daripada digigit nyamuk.
Walau bagaimanapun, ibu bapa disarankan memilih produk mesra bayi dan kanak-kanak, seperti yang diperbuat daripada bahan semula jadi.
Cara paling selamat adalah dengan memilih produk natural bagi memastikan tiada kandungan bahan kimia pada produk pencegahan nyamuk untuk bayi.
Kata Dr Yong Junina, antara cara cegah denggi pada bayi dan kanak-kanak adalah dengan menggunakan produk penghalau nyamuk seperti semburan (spray), lilin, pelekat (patch), losen mahupun lampin yang mengandungi serai.
Ujarnya, bukan sahaja denggi, waima semua penyakit bawaan nyamuk boleh dihalang dengan serai.
Pemilihan produk yang mengandungi bahan kimia boleh menimbulkan gejala seperti alahan dan timbul ruam merah pada kulit bayi.
Elak tanda demam denggi bagi kanak-kanak dengan ikuti langkah ini
Selain menggunakan produk penghalau nyamuk, Dr Yong Junina menegaskan ibu bapa mengambil langkah-langkah pencegahan yang menyeluruh untuk melindungi keluarga masing-masing.
Ini termasuklah dengan memastikan persekitaran di dalam mahupun di luar rumah sentiasa bersih.
Perhatian!
“Selain itu, ibu bapa sila pakaikan anak baju berlengan panjang jika bawa mereka keluar. Pastikan juga tutup tingkap dan pintu rumah pada waktu senja,” ujarnya.
[embed-health-tool-vaccination-tool]