Simptom Malnutrisi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Umum mengetahui bahawa malnutrisi pada kanak-kanak merujuk kepada kekurangan nutrisi dalam badan. Kekurangan nutrisi ini terjadi apabila kanak-kanak tidak mengambil kalori dan protein yang mencukupi untuk membesar dengan baik. Sebenarnya, malnutrisi juga merujuk kepada keadaan pengambilan nutrien yang terlebih. Keadaan ini berlaku apabial kanak-kanak mengambil lebih kalori daripada yang diperlukan. Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut berkaitan kekurangan nutrisi.

Apakah yang menyebabkan malnutrisi?

Diet yang tidak seimbang menjadi punca utama keadaan ini. Apabila anak anda tidak cukup makan atau makan makanan yang tidak bernutrien tinggi, mereka akan mengalami kekurangan nutrien dalam badan. Terdapat penyakit tertentu yang boleh mengakibatkan anak anda sukar untuk menghadam makanan. Ini secara langsung akan menyukarkan proses pengambilan nutrien. Penyebab lain keadaan ini pula adalah isu kesihatan mental anak-anak. Anak-anak yang mengalami kemurungan cenderung mempunyai tabiat makan tidak sihat yang secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya malnutrisi. Selain itu juga, harga makanan yang mahal atau kehabisan belakan makanan juga menyumbang kepada berlakunya kondisi ini.

Apakah tanda-tanda malnutrisi?

Antara simptom malnutrisi adalah seperti berikut:

  • Penurunan berat badan
  • Masalah pernafasan
  • Kemurungan
  • Tinggi risiko komplikasi pembedahan
  • Tinggi risiko hipotermia
  • Sistem imun yang lemah akibat kekurangan sel darah putih
  • Mudah kesejukan
  • Mengambil masa yang lambat untuk pulih daripada kecederaan
  • Mengambil masa yang lambat untuk sembuh daripada penyakit
  • Ketidaksuburan ketika dewasa kelak
  • Kurang penghasilan otot
  • Selalu kepenatan
  • Mudah marah

Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi mungkin akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

  • Kurus dan berkulit kering
  • Pipi cengkung dan mata yang tenggelam
  • Rambut kering dan mudah gugur
  • Mempunyai jantung, hati dan sistem pernafasan yang lemah
  • Kebuluran (tiada pengambilan kalori langsung) selama 8 sehingga 12 minggu boleh membawa maut.

Sesetengah kondisi malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak akan mengakibatkan perkembangan mental kanak-kanak yang lemah selain meningkatkan risiko anak anda mengalami masalah mental yang serius. Kekurangan nutrisi juga mengakibatkan kesan jangka masa panjang walaupun setelah dirawat. Kerosakan fungsi mental dan sistem penghadaman anak anda mungkin akan kekal sepanjang hayat anak anda jika tidak dirawat pada awal usia mereka lagi.

Bagaimana untuk merawat malnutrisi?

Rawatan malnutrisi bergantung kepada tahap keseriusan kondisi kanak-kanak. Rawatan susulan juga perlu diberikan kepada mereka sekiranya terdapat penyakit lain yang timbul akibat kondisi ini. Rawatan malnutrisi ini ditumpukan sepenuhnya kepada keperluan kanak-kanak itu terhadap nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, pengambilan diet yang seimbang dan suplemen tambahan amat dititikberatkan bagi menjamin kanak-kanak itu mendapat nutrien dan kalori yang secukupnya.

Malnutrisi adalah kondisi kesihatan yang lebih mudah dicegah berbanding dirawat. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu memastikan anak anda mengambil diet seimbang yang lengkap dengan nutrisi diperlukan untuk tumbesaran anak anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tompok Hitam Pada Mata Tanda Barah? Ini 7 Tanda Awal Kanser Mata Yang Anda Perlu Tahu

    Seringkali kita mengabaikan tanda kanser mata memandangkan ia bukanlah sejenis kanser yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

    Warga emas amat mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit gigi. Berikut adalah antara jenis masalah gigi yang sering berlaku kepada warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Boleh Tumbuh Janggut! Ya, Ini Antara 3 Penyakit ‘Rare’ Menyerang Perempuan!

    Tahukah anda, ada beberapa jenis penyakit jarang berlaku yang lebih berisiko terjadi kepada wanita? Salah satunya merupakan penyakit wanita berjanggut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandang Mata Orang Yang Tengah Sakit Mata, Nanti Boleh Berjangkit! Betul Ke?

    Kuarantin diri sendiri di rumah adalah salah satu cara hilangkan sakit mata. Jom klik artikel ini untuk tahu cara lain dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
    petua kencing tak lawas

    Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
    sel darah

    Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 5 minit bacaan
    radang sendi

    Sendi Bengkak Disebabkan 2 Masalah Radang Sendi Ini, Kenali Perbezaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan