backup og meta

Mak Ayah Selalu Bergaduh Di Rumah? Ini Antara 8 Punca ANAK BANTUT!

Mak Ayah Selalu Bergaduh Di Rumah? Ini Antara 8 Punca ANAK BANTUT!

Bantut atau masalah tumbesaran tubuh badan dalam kanak-kanak merupakan satu kondisi yang boleh kekal seumur hidup jika ibu bapa tidak mengambil langkah intervensi yang bersesuaian. Ada banyak punca bantut, antaranya adalah disebabkan penyakit, masalah kesihatan atau malnutrisi.

Tetapi, apakah maksud bantut yang sebenarnya? Untuk mengetahuinya, teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa maksud anak bantut?

Kanak-kanak dikira bantut jika mereka tidak mencapai ketinggian yang sepatutnya pada umur tertentu. Ini merupakan salah satu tanda perkembangan fizikal mereka terganggu.

Walau bagaimanapun, bantut bukanlah masalah pada zaman kanak-kanak sahaja. Ia merupakan satu kondisi yang boleh kekal sepanjang hayat. Masalah tumbesaran tubuh badan juga berupaya mempengaruhi keupayaan fizikal dan juga kognitif seseorang.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2015 oleh The World Bank, hampir 23% kanak-kanak di bawah usia 5 tahun lebih pendek daripada sepatutnya.

Malah, jika mereka tetap mempunyai berat badan dan ketinggian yang rendah dalam tahun-tahun akan datang, kanak-kanak tersebut berisiko untuk berhadapan dengan masalah tumbesaran.

Masalah bantut perlu dipantau oleh pakar kanak-kanak. Dalam artikel kali ini, kami akan mengupas tanda atau punca kanak-kanak bantut untuk rujukan ibu bapa.

8 punca bantut dalam kalangan kanak-kanak

Ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi tumbesaran tubuh badan, termasuklah masalah genetik, ketidakseimbangan hormon, penyakit tertentu atau masalah pencernaan.

punca bantut

Selalunya, punca bantut dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan perkara berikut:

1. Masalah semasa penyusuan

Bayi memerlukan penjagaan yang rapi sejak dari dalam kandungan dan selepas mereka lahir ke dunia. Salah satu penyebab masalah tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak ialah kekurangan nutrisi kerana tidak dapat menyusu dengan cukup.

Kekurangan nutrisi ketika hamil dan pada tahun pertama bayi boleh mendatangkan kesan negatif terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Wanita yang menghidap anemia atau mempunyai masalah kurang berat badan lebih berisiko untuk melahirkan anak dengan masalah tumbesaran. Sama jugalah dengan wanita yang merokok atau mengabaikan anak mereka disebabkan faktor emosi.

2. Malnutrisi punca bantut dalam kalangan kanak-kanak

punca bantut

Malnutrisi atau kekurangan nutrien merupakan antara punca utama masalah tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia.

Selalunya, kanak-kanak ini tidak mendapat diet yang sihat dan kekurangan nutrisi tertentu.

Sebagai contoh, mereka mungkin tidak mendapat zat besi, zink, vitamin D, karbohidrat, lemak, protein dan kalori yang diperlukan badan untuk menyokong proses tumbesaran.

Selain itu, kesalahan dalam mencampur susu bayi juga boleh menyebabkan masalah bantut. Namun, diet yang sihat selalunya dapat memastikan tumbesaran anak kembali normal.

3. Masalah asid refluks

Kanak-kanak yang menghidap masalah asid refluks selalunya kerap loya dan akan muntah selepas makan. Perkara ini akan menyebabkan tumbesaran mereka terganggu disebabkan kekurangan nutrisi walaupun diberikan diet yang sempurna.

4. Mempunyai masalah disfungsi organ

Ada kanak-kanak yang akan kekal mempunyai berat badan yang rendah (underweight) disebabkan masalah organ. Jika pankreas mereka tidak dapat berfungsi dengan baik, badan tidak dapat menjalankan proses pencernaan dengan betul.

Selain itu, ada juga penyakit lain yang menjadi punca bantut dalam kalangan kanak-kanak. Antaranya ialah penyakit Crohn dan penyakit seliak.

Malah, masalah jantung dan buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan mereka alami masalah tumbesaran.

5. Hidup dalam kawasan yang kotor

tumbesaran tubuh badan

Bayi mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami jangkitan disebabkan sistem imun mereka yang lemah. Sebab itulah, keluarga yang miskin dan hidup dalam kawasan yang kotor selalunya mempunyai anak yang mengalami masalah tumbesaran.

Malah, kanak-kanak ini juga lebih cenderung untuk mengalami cirit-birit disebabkan jangkitan. Persekitaran yang kotor juga boleh membuatkan anak-anak tidak berselera untuk makan.

6. Masalah hormon punca bantut

Masalah hormon boleh memberi impak terhadap ketinggian dan juga berat kanak-kanak. Selalunya, mereka yang menghidap masalah ketidakseimbangan hormon mempunyai bentuk badan yang normal, namun nampak lebih muda daripada usia sebenar.

7. Masalah genetik

Badan yang bersaiz kecil juga boleh berlaku disebabkan masalah genetik. Selalunya, kanak-kanak yang berbadan kecil mempunyai ibu dan bapa yang turut sama berbadan kecil.

Walau bagaimanapun, ada kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran disebabkan abnormaliti pada kromosom mereka.

Sebagai contoh, mereka mungkin menghidap penyakit seperti sindrom Turner, Down, atau Rusell-Silver. Semua sindrom ini akan membuatkan penghidapnya mempunyai abnormaliti dari segi fizikal.

8. Masalah psikologikal

punca bantut

Orang dewasa yang mempunyai masalah panik mempunyai hormon tumbesaran di bawah paras normal. Perkara yang sama juga berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah panik, anxiety atau fobia tertentu.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang tidak bahagia dan sering berbalah didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah tumbesaran tubuh badan.

Dalam pada itu, masalah gangguan tidur seperti insomnia, disomnia, parasomnia dan sleep apnea juga boleh menyumbang kepada isu ini.

Malah, jika masalah ini berlarutan, anak mungkin akan mengalami bantut kekal!

Masalah bantut boleh diatasi

Masalah tumbesaran tubuh badan boleh diatasi. Ia juga dapat dielakkan dengan intervensi tertentu daripada pakar dan juga ibu bapa sendiri.

Jika anak anda mempunyai masalah tumbesaran, jumpa doktor secepat mungkin untuk kenal pasti punca bantut. Kemudian, dapatkan rawatan bersesuaian untuk pastikan anak dapat membesar dengan sempurna.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Growth Problems. https://www.childrenshospital.org/conditions/growth-problems. Accessed on July 4, 2022.
  2. Risk Factors for Stunted Growth. https://www.news-medical.net/health/Risk-Factors-for-Stunted-Growth.aspx. Accessed on July 4, 2022.
  3. Stunting in a nutshell. https://www.who.int/news/item/19-11-2015-stunting-in-a-nutshell. Accessed on July 4, 2022.
  4. Stunting: What It Is And What It Means. https://www.concernusa.org/story/what-is-stunting/. Accessed on July 4, 2022.
  5. What is childhood stunting? https://ourworldindata.org/stunting-definition. Accessed on July 4, 2022.

Versi Terbaru

22/12/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Fahami Proses Tumbesaran & Tanda Si kecil Mungkin Alami Lewat Perkembangan, Ibu Ayah WAJIB Ambil Peduli!

Ibu Bapa, Jom Kenali 8 Faktor UTAMA Tumbesaran Si Manja Anda Itu Terbantut!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan