backup og meta

Nak Badan Baby Berisi Sedikit? Ini 9 Makanan Untuk Bayi 1 Tahun Biar Gemuk!

Nak Badan Baby Berisi Sedikit? Ini 9 Makanan Untuk Bayi 1 Tahun Biar Gemuk!

Setiap parents pastinya mahu si kecil membesar dalam keadaan chubby dan sihat. Tetapi dalam mencari resepi makanan bayi 1 tahun biar gemuk, anda harus memastikan ia adalah diet seimbang dan dapat memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.

Ingin tahu apakah antara makanan yang boleh membantu si kecil menambah berat badan? Teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini

Senarai makanan bayi 1 tahun biar gemuk

Si kecil perlu mendapatkan diet seimbang yang mengandungi banyak kalori dan berkhasiat. Sebagai ibu bapa, anda juga perlu mencuba menjadikan waktu makanan menarik supaya anak tertunggu-tunggu dan tidak menjadi cerewet soal makan.

Berikut antara makanan terbaik yang dapat membantu menambah berat bayi dan amat disaran untuk disertakan dalam diet harian mereka:

makanan bayi 1 tahun biar gemuk
Cara atasi anak cerewet makan.

Susu ibu antara makanan untuk menaikkan berat badan bayi 

Amat disyorkan untuk melakukan penyusuan eksklusif kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama selepas kelahiran.

Ia adalah makanan super paling berkhasiat, mudah dihadam, sempurna keseimbangannya dan paling sihat, yang dapat membina imuniti anak seumur hidup mereka.

Dalam masa sama, sesi penyusuan ini akan dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. 

Jika bayi aktif, tampak sihat, bebas alahan, membuang air besar 4-6 kali sehari dan kencing antara 6-8 kali, itu menandakan dirinya mendapat susu ibu yang mencukupi.

Anda boleh memberikan susu formula jika terdapat kesukaran menyusukan bayi atau tidak dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi. 

Makanan bayi 1 tahun biar gemuk #Pisang 

Buah ini kaya dengan kalsium, vitamin B6, vitamin C, dan karbohidrat. Ia juga sarat dengan kalori, menjadikannya makanan yang bagus jika mahu menambah berat bayi.

Anda boleh melenyekkan pisang atau hidangkannya sebagai smoothie. Kukuskan pisang emas dan lenyekkannya sebelum diberikan kepada si manja.

Ubi keledek juga makanan untuk menaikkan berat badan bayi 

Ubi keledek merupakan hidangan lazat, berkhasiat, mudah dihadam serta sarat dengan serat makanan. 

Ia kaya dengan vitamin A, vitamin B6, vitamin C, tembaga, fosforus, kalium dan mangan – nutrien terbaik untuk membantu pertambahan berat anak.

Telur, antara makanan bayi 1 tahun biar gemuk

Telur kaya dengan lemak tepu, protein, vitamin dan mineral. Kuning telur pula mengandungi paras kolesterol yang tinggi – yang dapat meningkatkan pengembangan calorie-building muscle.

Buah kering & bijian juga makanan untuk menaikkan berat badan bayi 

Kacang badam, pistachio, walnut, aprikot, gajus, kismis dan bijian seperti bijan, labu dan rami dapat membekalkan anak nutrien yang mencukupi untuk menambah berat badan.

Pilihan makanan ini boleh ditambah dalam diet anak melalui pelbagai cara menarik. Ia boleh dijadikan sebagai serbuk dan ditaburkan ke dalam bubur.

Mentega kacang atau susu badam juga pilihan lazat dan sihat yang akan disukai si kecil. Susu badam terutamanya sesuai untuk anak yang tidak boleh minum susu lembu disebabkan alahan tenusu atau intoleransi laktosa.

Salah satu makanan bayi 1 tahun biar gemuk #Ikan

Ikan merupakan bahagian penting dalam diet bayi bagi mendapatkan berat badan sihat. Ia mengandungi sejumlah besar protein, asid lemak omega-3 dan nutrien lain yang diperlukan untuk pertumbuhan optimum mereka.

Ia mengurangkan paras kolesterol tinggi dengan membuang toksin berbahaya dari badan kita.

Walau bagaimanapun, elakkan memberi anak terlalu banyak ikan kerana ia boleh menyebabkan keracunan merkuri pada mereka.

Avokado sebagai makanan untuk menaikkan berat badan bayi 

Buah avokado adalah sumber yang kaya dengan vitamin B6, C, E, K, folat, tembaga, serat makanan dan asid pantotenik. Bahkan ia juga mempunyai peratusan lemak yang tinggi.

makanan bayi 1 tahun biar gemuk
Avokado mengandungi lemak sihat yang tinggi.

Makanan bayi 1 tahun biar gemuk #Ayam 

Apa lagi makanan naik berat badan bayi?

Fakta

Ayam adalah sumber yang kaya dengan protein yang mudah dihadam.

Ia membantu membina jisim otot dan secara tidak langsung menambah berat badan yang sihat.

Buah-buahan tropika & sayuran juga makanan naik berat badan bayi

Kaya dengan gula semula jadi, vitamin penting, dan mineral membina imuniti, buah-buahan tropika dan sayur-sayuran adalah satu kemestian dalam carta diet setiap kanak-kanak.

Resepi makanan bayi 1 tahun biar gemuk

Memandangkan anda sudah mengetahui antara makanan yang harus diberikan untuk menambah berat badan anak, berikut pula dikongsikan resipi mudah yang boleh dicuba.

Sup salmon

Bahan-bahan:

  • 200 gram salmon – isi ikan dihiris nipis
  • 1 biji lobak merah – dihiris memanjang
  • 1 tandan brokoli – dipotong kecil
  • 50 gram labu parang – dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Mentega secukup rasa
  • Bawang goreng
  • Daun bawang – dihiris

Cara penyediaan:

  1. Kukuskan lobak merah, brokoli dan labu hingga lembut. Ketepikan. 
  2. Tumis bawang putih dalam mentega hingga naik bau dan keperangan. Tuangkan sedikit air secukupnya.
  3. Masukkan sayur-sayuran yang telah dikukus tadi bersama kepingan salmon. Biarkan hingga masak.
  4. Masukkan sedikit garam dan lada sulah mengikut citarasa. Kacau sebentar dan biarkan sup mendidih.
  5. Hidangkan dalam mangkuk bersama nasi. Taburkan daun bawang dan bawang goreng.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Telur hancur sedap

makanan bayi 1 tahun biar gemuk
Resipi telur hancur untuk anak.

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar susu
  • 1 sudu besar mentega
  • Secubit lada sulah

Cara penyediaan:

  1. Pukul telur dalam sebuah bekas atau mangkuk.
  2. Tuangkan susu bersama sedikit lada sulah dan kacau rata.
  3. Panaskan mentega atas kuali.
  4. Masukkan bancuhan telur tadi dan kacau.
  5. Biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Resepi makanan bayi 1 tahun biar gemuk #Jejari ubi keledek 

Bahan-bahan:

  • 1 biji ubi keledek – dikupas kulit
  • 1 sudu besar minyak sayuran

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar hingga 200°C.
  2. Hiriskan ubi keledek mengikut saiz finger food yang sesuai.
  3. Sapu hirisan ubi dengan minyak, kemudian letak di atas dulang pembakar.
  4. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit – biarkan masak hingga ubi lembut dan mula keperangan sedikit.
  5. Biarkan sejuk, keluarkan lebihan minyak dengan tisu dapur sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sweet potato fingers. https://www.nhs.uk/start4life/weaning/recipes-and-meal-ideas/sweet-potato-fingers/, Accessed on Aug 25, 2022 
  2. How to help your child gain weight. https://www.stjude.org/treatment/patient-resources/caregiver-resources/patient-family-education-sheets/nutrition-dietary/how-to-help-your-child-gain-weight.html, Accessed on Aug 25, 2022
  3. A Dietitian’s Best Advice If Your Child Is Underweight. https://health.clevelandclinic.org/dietitians-best-advice-child-underweight/, Accessed on Aug 25, 2022
  4. High Calorie Diet for Infants and Toddlers. https://patient.uwhealth.org/healthfacts/343, Accessed on Aug 25, 2022 
  5. Food & Healthy Eating. https://kidshealth.org/en/kids/nutrition/food/. Accessed on Aug 25, 2022

Versi Terbaru

10/07/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bayi Meneran Sewaktu Buang Air Besar? Ibu, Kenal Pasti Simptom Dan Cara Rawat!

Jangan Biarkan Jika Anak Demam Campak! Parents Sila Ambil Tahu, Boleh Berjangkit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan