backup og meta

Anak Kecil Perlu Vitamin C Untuk Sihat? Boleh, Tapi Ada Hadnya, Jangan Sampai 'Overdose'!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/10/2022

    Anak Kecil Perlu Vitamin C Untuk Sihat? Boleh, Tapi Ada Hadnya, Jangan Sampai 'Overdose'!

    Vitamin C untuk kanak kanak adalah penting bagi kesihatan dan perkembangan mereka. Teruskan membaca bagi mengetahui jumlah vitamin C kanak kanak yang disarankan dan kesannya jika terlebih dos.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu vitamin C?

    Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik adalah nutrien yang membantu pembentukan saluran darah, rawan, otot dan kolagen dalam tulang.

    Ia adalah vitamin larut air – bermakna ia larut dalam air  dan dihantar ke tisu badan tetapi tidak disimpan. Oleh itu, ia mesti diambil setiap hari melalui makanan atau suplemen.

    Masalah kekurangan vitamin C untuk kanak kanak 

    Tahap vitamin C yang rendah dalam badan boleh menyebabkan skurvi. Dianggarkan 1 daripada 5 kanak-kanak mengalami keadaan ini.

    Walaupun masalah skurvi jarang berlaku pada masa kini, tetapi semakin ramai kanak-kanak tidak makan buah-buahan dan sayuran dengan secukupnya. Kesannya mereka tidak mendapat jumlah vitamin C yang mencukupi dalam diet pemakanan.

    Vitamin C adalah nutrien penting yang tidak boleh dihasilkan tubuh manusia. Oleh sebab itu kita bergantung sepenuhnya kepada diet pemakanan untuk mendapatkan dos harian disarankan.

    vitamin c untuk kanak kanak

    Umur paling biasa untuk melihat tanda-tanda kekurangan vitamin C kanak kanak adalah antara 6 bulan – 6 tahun.

    Pada mulanya, simptomnya samar-samar seperti cirit-birit kronik, kerengsaan dan kehilangan selera makan.

    Apabila tahap kekurangan bertambah teruk, anak mungkin mengalami pendarahan dan lebam, keguguran rambut, sakit pada anggota badan, ketidakselesaan sendi, keletihan dan tidak bertenaga.

    Untuk tempoh jangka masa panjang, perkembangan anak mungkin terjejas dan lebih kerap mendapat jangkitan penyakit berbanding kanak-kanak lain.

    Manfaat vitamin C untuk kanak kanak

    Manfaat terbaik vitamin C kepada si kecil:

    Sumber antioksidan

    Vitamin C berperanan mengurangkan radikal bebas yang terbentuk dalam badan dan membantu menghalangnya daripada merosakkan sel-sel badan sihat si kecil.

    Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan pada membran sel dan struktur lain. Manakala antioksidan adalah sebatian yang boleh meneutralkan radikal bebas ini, sekali gus mengatasi kesannya. 

    Bantu pertumbuhan tulang sihat

    Fungsi penting vitamin C kanak kanak adalah membantu pertumbuhan dan perkembangan tulang serta gigi yang sihat.

    Memastikan anak mengambil jumlah vitamin C mencukupi semasa tahun-tahun awal perkembangan boleh membantu menyokong pembinaan tulang yang sihat. 

    Menyokong kesihatan kulit, antara manfaat vitamin C untuk kanak kanak

    vitamin c untuk kanak kanak

    Vitamin ini juga penting dalam mengekalkan pembentukan kolagen serta menyokong kesihatan tisu penghubung.

    Tubuh memerlukan vitamin C untuk membentuk dan menguatkan kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah. Ia juga membantu penyembuhan luka kecil.

    Manfaat vitamin C untuk kanak kanak #Bantu penyerapan zat besi

    Vitamin C membantu penyerapan zat besi – merupakan antara nutrien penting yang menyokong kesihatan dan perkembang am anak.

    Menyokong kesihatan sistem imun

    Sistem imun adalah mekanisme pertahanan yang terbina melawan kuman tidak diingini. 

    Salah satu fungsi vitamin C paling diketahui ramai adalah peranannya dalam menyokong fungsi sistem imun. Bahkan ia juga dipercayai dapat mengurangkan tempoh simptom selesema anak.

    Manfaat vitamin C untuk kanak kanak #Mengekalkan kesihatan sistem saraf

    Sistem saraf ialah sistem komunikasi anak yang membantu mereka berjalan, bercakap, menelan dan belajar.

    Vitamin C memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan dan fungsi sistem ini.

    Pengeluaran kimia penting

    Sumber antioksidan ini turut membantu dalam penghasilan neurotransmitter – bahagian penting sistem saraf serta karnitin – bahan kimia yang membantu memastikan si kecil kekal bertenaga.

    vitamin c untuk kanak kanak

    Dos harian vitamin C untuk kanak kanak

    Usia adalah penentu jumlah dos harian yang diperlukan anak untuk kesihatan optimum.

    Usia Dos harian yang diperlukan
    Lahir – 6 bulan 40 mg
    7 – 12 bulan 50 mg
    1 – 3 tahun 15 mg
    4 – 8 tahun 25 mg
    9 – 13 tahun 45 mg
    14 – 18 tahun (Lelaki) 75 mg
    14 – 18 tahun (Perempuan) 65 mg

    Makanan yang merupakan sumber vitamin C yang baik seperti:

    • Lada benggala merah
    • Lada benggala hijau
    • Betik
    • Brokoli
    • Strawberi
    • Brussel sprout
    • Buahan sitrus seperti oren, limau gedang
    • Buah kiwi
    • Tomato
    • Cantaloupe
    • Mangga
    • Kubis bunga 
    • Kubis 
    • Bayam
    • Tembikai
    • Asparagus
    • Kale
    • Lobak 

    Sekiranya anak sukar mengambil buah-buahan dan sayuran yang merupakan sumber vitamin C secukupnya, anda boleh memberikan mereka jus buah-buahan, terutamanya jus oren.

    Bagi si kecil yang cerewet makan, berikan mereka suplemen vitamin C. Berbincanglah dengan pakar pediatrik untuk mengetahui jenis yang sesuai untuk anak.

    Baca juga:

    Kesan jika terlebih dos vitamin C kanak kanak

    Vitamin C adalah larut air dan perlu dimakan setiap hari, biasanya agak mustahil untuk berlakunya pengambilan secara berlebihan.

    Pun begitu sekiranya anak mengambil terlalu banyak vitamin C selama beberapa hari berturut-turut, berkemungkinan besar mereka akan mengalami sakit perut atau cirit-birit. Biasanya gejala ini akan pulih dengan sendiri.

    Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, minuman elektrolit yang dirumus untuk kanak-kanak mungkin diperlukan untuk menambah cecair yang hilang akibat cirit-birit.

    Jika terdapat sebarang persoalan atau keraguan, dapatkan rundingan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan