Setiap parents pastinya mahu si kecil membesar dalam keadaan chubby dan sihat. Tetapi dalam mencari resepi makanan bayi 1 tahun biar gemuk, anda harus memastikan ia adalah diet seimbang dan dapat memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Setiap parents pastinya mahu si kecil membesar dalam keadaan chubby dan sihat. Tetapi dalam mencari resepi makanan bayi 1 tahun biar gemuk, anda harus memastikan ia adalah diet seimbang dan dapat memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.
Ingin tahu apakah antara makanan yang boleh membantu si kecil menambah berat badan? Teruskan membaca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini
Si kecil perlu mendapatkan diet seimbang yang mengandungi banyak kalori dan berkhasiat. Sebagai ibu bapa, anda juga perlu mencuba menjadikan waktu makanan menarik supaya anak tertunggu-tunggu dan tidak menjadi cerewet soal makan.
Untuk menaikkan berat badan anak, terdapat banyak pilihan sihat yang boleh dicuba. Berikut antara makanan terbaik yang dapat membantu menambah berat bayi dan amat disaran untuk disertakan dalam diet harian mereka:
Amat disyorkan untuk melakukan penyusuan eksklusif kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama selepas kelahiran.
Ia adalah makanan super paling berkhasiat, mudah dihadam, sempurna keseimbangannya dan paling sihat, yang dapat membina imuniti anak seumur hidup mereka.
Dalam masa sama, sesi penyusuan ini akan dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.
Jika bayi aktif, tampak sihat, bebas alahan, membuang air besar 4-6 kali sehari dan kencing antara 6-8 kali, itu menandakan dirinya mendapat susu ibu yang mencukupi.
Apabila bayi mencecah usia 6 bulan, anda boleh memperkenalkan cecair lain dan makanan pejal dalam diet mereka bersama-sama pemberian susu ibu.
Anda boleh memberikan susu formula jika terdapat kesukaran menyusukan bayi atau tidak dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi.
Buah ini kaya dengan kalsium, vitamin B6, vitamin C, dan karbohidrat. Ia juga sarat dengan kalori, menjadikannya makanan yang bagus jika mahu menambah berat bayi.
Anda boleh melenyekkan pisang atau hidangkannya sebagai smoothie. Kukuskan pisang emas dan lenyekkannya sebelum diberikan kepada si manja.
Baca juga:
Ubi keledek merupakan hidangan lazat, berkhasiat, mudah dihadam serta sarat dengan serat makanan.
Ia kaya dengan vitamin A, vitamin B6, vitamin C, tembaga, fosforus, kalium dan mangan – nutrien terbaik untuk membantu pertambahan berat anak.
Telur kaya dengan lemak tepu, protein, vitamin dan mineral. Kuning telur pula mengandungi paras kolesterol yang tinggi – yang dapat meningkatkan pengembangan calorie-building muscle.
Kacang badam, pistachio, walnut, aprikot, gajus, kismis dan bijian seperti bijan, labu dan rami dapat membekalkan anak nutrien yang mencukupi untuk menambah berat badan.
Pilihan makanan ini boleh ditambah dalam diet anak melalui pelbagai cara menarik. Ia boleh dijadikan sebagai serbuk dan ditaburkan ke dalam bubur.
Mentega kacang atau susu badam juga pilihan lazat dan sihat yang akan disukai si kecil. Susu badam terutamanya sesuai untuk anak yang tidak boleh minum susu lembu disebabkan alahan tenusu atau intoleransi laktosa.
Ikan merupakan bahagian penting dalam diet bayi bagi mendapatkan berat badan sihat. Ia mengandungi sejumlah besar protein, asid lemak omega-3 dan nutrien lain yang diperlukan untuk pertumbuhan optimum mereka.
Ia mengurangkan paras kolesterol tinggi dengan membuang toksin berbahaya dari badan kita.
Walau bagaimanapun, elakkan memberi anak terlalu banyak ikan kerana ia boleh menyebabkan keracunan merkuri pada mereka.
Buah avokado adalah sumber yang kaya dengan vitamin B6, C, E, K, folat, tembaga, serat makanan dan asid pantotenik. Bahkan ia juga mempunyai peratusan lemak yang tinggi.
Ayam adalah sumber yang kaya dengan protein yang mudah dihadam. Ia membantu membina jisim otot dan secara tidak langsung menambah berat badan yang sihat.
Kaya dengan gula semula jadi, vitamin penting, dan mineral membina imuniti, buah-buahan tropika dan sayur-sayuran adalah satu kemestian dalam carta diet setiap kanak-kanak.
Memandangkan anda sudah mengetahui antara makanan yang harus diberikan untuk menambah berat badan anak, berikut pula dikongsikan resipi mudah yang boleh dicuba.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Selamat mencuba!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen