Pernahkah anda tertanya-tanya tentang bantut maksud yang sebenar? Ramai ibu bapa menyedari anak mereka lebih kecil berbanding rakan sebaya, namun tidak pasti sama ada ia petanda bantut atau sekadar variasi biasa dalam tumbesaran.
Artikel ini akan membantu anda memahami maksud sebenar bantut, faktor-faktor penyebab masalah bantut dan langkah terbaik untuk menyokong pertumbuhan si manja.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Bantut maksud: Apa itu bantut?
Bantut merujuk kepada keadaan di mana tumbesaran fizikal kanak-kanak khususnya ketinggian, lebih rendah berbanding purata usia mereka disebabkan oleh kekurangan zat makanan jangka panjang, jangkitan berulang atau faktor-faktor lain 1 2.
Ini bukan sekadar isu paras fizikal kanak-kanak, tetapi merupakan petanda bahawa tubuh anak mungkin tidak menerima nutrien atau rangsangan yang mencukupi untuk menyokong perkembangan optimum.
Bantut maksud: bagaimana mengetahui jika anak anda alami masalah bantut?

Ramai ibu bapa mungkin tidak sedar bahawa menurut data kesihatan kebangsaan, satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut 3 4.
Namun begitu, tidak semua kanak-kanak yang kelihatan lebih rendah daripada rakan sebaya boleh dilabelkan sebagai mengalami masalah bantut.
Untuk pengetahuan ibu bapa, penilaian bantut hanya boleh dilakukan melalui proses pemantauan pertumbuhan yang betul. Ini merangkumi pengukuran tinggi dan berat badan kanak-kanak yang dilakukan di klinik kesihatan, sama ada kerajaan mahupun swasta.
Hasil pengukuran tersebut kemudiannya akan dicatatkan pada carta pertumbuhan (growth chart) yang digunakan oleh petugas kesihatan.
Berdasarkan carta inilah barulah dapat dikenal pasti sama ada tumbesaran anak anda berada dalam julat normal atau menunjukkan tanda-tanda pembantutan.
Ini bermakna, label “bantut” tidak boleh dibuat secara rambang atau berdasarkan pemerhatian kasar semata-mata.
Ia memerlukan penilaian klinikal yang menggunakan penanda aras standard tumbesaran mengikut usia.
Antara punca bantut yang perlu anda tahu
Anda telah mengetahui bantut maksud seperti yang dijelaskan sebelum ini.
Sekarang, ketahui apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada isu bantut dalam kanak-kanak di bawah ini 1 5 6:
#1. Faktor keturunan
Faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan struktur fizikal kanak-kanak.
Namun, genetik bukanlah satu-satunya faktor.
Walaupun ibu bapa bertubuh kecil, kanak-kanak masih boleh mencapai ketinggian optimum dengan pemakanan dan penjagaan yang baik.
#2. Tahap sosioekonomi
Kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah lebih cenderung mengalami kekurangan zat makanan, akses terhad kepada penjagaan kesihatan dan persekitaran yang kurang bersih.
Ini boleh menjejaskan tumbesaran secara keseluruhan dan membawa kepada bantut maksud.
#3. Gangguan hormon
Hormon pertumbuhan dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam badan.
Jika hormon ini tidak seimbang atau tidak mencukupi, ia akan menjejaskan pertumbuhan tulang dan otot anak.
#4. Masalah nutrisi
Pemakanan tidak seimbang atau kurang pengambilan nutrien penting seperti protein, zat besi, kalsium dan vitamin adalah antara punca bantut yang utama.
Kekurangan asid amino penting (EAA) juga boleh menyekat tumbesaran.

#5. Pencemaran alam sekitar
Kanak-kanak yang terdedah kepada pencemaran udara, plumbum atau toksin lain boleh mengalami gangguan kesihatan kronik yang akhirnya mengganggu perkembangan fizikal mereka.
Faktor ini juga antara penyumbang kepada bantut maksud.
#6. Faktor etnik
Faktor etnik juga boleh mempengaruhi variasi dalam ketinggian dan saiz badan.
Namun, ia tidak bermakna kanak-kanak tidak boleh mencapai potensi tumbesaran mereka dengan penjagaan optimum.
Kesan bantut kepada kesihatan kanak-kanak

Bantut bukan sahaja melibatkan ketinggian yang rendah. Ia turut memberi kesan jangka panjang kepada kognitif, prestasi akademik dan kesihatan seperti berikut 7:
- Risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan darah tinggi apabila dewasa.
- Tumpuan pembelajaran mungkin terganggu akibat kurangnya tenaga dan zat penting untuk fungsi otak.
- Kelewatan perkembangan sosial dan emosi juga antara kesan bantut yang boleh berlaku.
Semua ini menunjukkan bahawa kesan bantut tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa.
Kenapa ibu ayah perlu pertimbangkan susu Dutch Lady ® MaxGro?
Masih belum terlambat untuk membantu anak mencapai potensi tumbesaran mereka.
Salah satu langkah penting ialah memilih susu yang kaya nutrisi seperti Dutch Lady ® MaxGro.
Ia adalah formulasi pemakanan untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 9 tahun yang menyokong pertumbuhan sihat.
Antara keistimewaan Dutch Lady ® MaxGro:
- Mengandungi 9 asid amino penting (Essential Amino Acids): Blok binaan penting dalam protein untuk menyokong pertumbuhan otot dan tulang anak 8.
- Tinggi kandungan nutrien penting: Termasuk protein, kalsium, zat besi, magnesium serta vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C. Semua ini memainkan peranan besar dalam tumbesaran yang seimbang.
- DHA untuk perkembangan otak: Setiap 100g mengandungi 80mg DHA yang penting untuk sokongan perkembangan kognitif dan pembelajaran 9.
- Melengkapkan 80% keperluan nutrien harian: Susu ini membantu memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017).
Dengan kandungan yang lengkap ini, MaxGro bukan sekadar susu, tetapi pelengkap nutrisi harian anak anda khususnya jika mereka pernah menunjukkan tanda ketinggian bantut atau kekurangan zat makanan.
Kesimpulan
Fahami bahawa bantut maksud bukan sekadar anak yang rendah daripada rakan sebaya, tetapi keadaan kesihatan yang perlu diberi perhatian segera.
Dengan pemantauan tumbesaran di klinik, pemakanan yang mencukupi dan langkah pencegahan awal, anak anda masih boleh membesar dengan sihat.
Jika anda ingin mengelakkan pengalaman anak bantut dan ingin melihat mereka membesar dengan sihat, pertimbangkan pemakanan seimbang bersama susu seperti Dutch Lady ® MaxGro – rakan nutrisi si manja anda ke arah tumbesaran yang optimum!
Dapatkan susu Dutch Lady MaxGro hari ini di sini.
Dutch Lady MaxGro: Diuji Secara Klinikal, Dipercayai Seisi Rumah.
#DutchLadyMaxGro
[embed-health-tool-child-growth-chart]