Satu kajian terbaru mengenal pasti lonjakan pertumbuhan dalam kalangan bayi adalah berkaitan dengan kekerapan mereka tidur. Kemuncak dalam jumlah tempoh tidur harian dan bilangan episod tidur secara signifikannya berkaitan dengan lonjakan pertumbuhan yang boleh diukur mengikut panjang badan, yang mana cenderung untuk berlaku dalam tempoh 48 jam daripada pecahan tidur yang dirakam. Analisis lanjut turut menemui bahawa kebarangkalian lonjakan pertumbuhan meningkat sebanyak satu median 43% untuk setiap tambahan episod tidur dan 20% untuk setiap jam tidur tambahan.
Tidur, pertumbuhan dan hormon
Hormon tumbesaran manusia (atau kata ringkasnya HGH, atau GH untuk hormon tumbesaran, atau hGH) adalah sebahagian sistem endokrin tubuh yang penting dan aktif terutamanya semasa tempoh pematangan kanak-kanak sedang membesar. (Ini bukan satu-satunya faktor fisiologikal yang membuatkan anak jadi lebih tinggi.) HGH dilepaskan oleh otak ke dalam aliran darah semasa tidur, dan pembebasannya ialah sebahagian daripada fungsi pembaikan dan pemulihan tidur.