backup og meta

Risau Lihat Perkembangan Anak Berbeza, Semak 35 Tanda Autisme (Info Lengkap)!

Risau Lihat Perkembangan Anak Berbeza, Semak 35 Tanda Autisme (Info Lengkap)!

Anak terlalu jarang bercakap dan sering bersendirian? Adakah si kecil mengalami gangguan spektrum autisme? Bagaimana cara untuk ibu bapa kenal pasti ciri ciri autism pada anak ya?

Dalam perkongsian artikel ini, ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Gangguan autisme

Masa dan jenis simptom pertama autisme mungkin berbeza antara individu. Sesetengah kanak-kanak dengan autisme menunjukkan masalah dalam beberapa bulan pertama kehidupan. 

Sementara dalam yang lain, simptom mungkin tidak jelas kelihatan sehingga 24 bulan atau lebih. 

Sesetengah kanak-kanak dengan autisme kelihatan berkembang secara normal sehingga usia sekitar 18 hingga 24 bulan dan kemudian berhenti bertambah kemahiran baru dan/atau mula kehilangan kemahiran sedia ada.

Ciri ciri autism atau tanda autism umur 2 tahun atau tanda autism umur 3 tahun yang mungkin boleh dikesan pada masalah perkembangan bayi dan kanak-kanak termasuklah:

  • Menjelang 6 bulan, tiada senyuman sosial atau ekspresi mesra kepada orang lain
  • Menjelang 6 bulan, tidak memandang atau kurang memandang orang
  • Menjelang 9 bulan, tiada perkongsian suara, senyuman atau komunikasi tanpa lisan yang lain
  • Menjelang 12 bulan, tidak berceloteh seperti bayi lain
  • Menjelang 12 bulan, tiada penggunaan isyarat untuk berkomunikasi (contohnya; menunjuk, mencapai, melambai)
  • Menjelang 12 bulan, tiada respon apabila nama dipanggil
  • Menjelang 16 bulan, tiada perkataan yang diucapkan
  • Tanda autism umur 2 tahun, tiada frasa dua perkataan yang bermakna
  • Sebarang kehilangan kemahiran bercakap, berceloteh atau kemahiran sosial yang sebelumnya ada.
ciri ciri autism
Cara kenal tanda autisme pada bayi.

Apabila kanak-kanak semakin berusia, ciri ciri autism atau tanda autism umur 3 tahun menjadi lebih variasi. 

Terdapat pelbagai bentuk tanda dan simptom, tetapi kebiasaannya melibatkan masalah kemahiran sosial, masalah percakapan dan bahasa, masalah komunikasi tanpa lisan, dan kelakuan yang tidak fleksibel.

Ciri ciri autism 1: Kesukaran bersosial

Interaksi sosial yang asas boleh menjadi sukar bagi kanak-kanak dengan autisme.

Ramai kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme kelihatan lebih suka hidup di dunia mereka sendiri, menyendiri dan terpisah dari orang lain. 

Ini dapat dilihat pada ciri-ciri anak autisme ringan berikut:

  • Kelihatan tidak tertarik atau tidak menyedari orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya
  • Tidak tahu bagaimana untuk berhubung dengan orang lain, bermain atau berteman
  • Tidak suka disentuh, dipegang, atau dipeluk
  • Tidak tahu bermain dengan meniru: tiada permainan berkumpulan, meniru orang lain atau menggunakan mainan dengan cara yang kreatif
  • Mempunyai masalah memahami perasaan atau bercakap tentangnya
  • Kelihatan tidak memberi perhatian apabila orang lain bercakap dengannya
  • Tidak berkongsi minat atau pencapaian dengan orang lain

Ciri ciri autism 2: Kesukaran bercakap dan berbahasa

Kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme mengalami kesukaran dengan percakapan dan bahasa.

Mereka selalunya mula bercakap pada usia yang lewat dan menampakkan ciri-ciri anak autisme ringan berikut:

  • Bercakap dalam nada suara yang tidak normal, atau dengan irama atau nada ganjil (contohnya mengakhiri setiap ayat seperti mengajukan pertanyaan)
  • Mengulangi perkataan atau frasa yang sama berulang kali, selalunya tanpa niat untuk berkomunikasi
  • Menjawab soalan dengan mengulanginya, dan bukannya menjawabnya
  • Menggunakan bahasa secara salah (kesilapan tatabahasa, perkataan yang salah) atau merujuk dirinya dengan kata ganti diri ketiga
  • Mempunyai kesukaran menyampaikan keperluan atau keinginan
  • Tidak memahami arahan, pernyataan, atau soalan mudah
  • Memahami dengan literal (tidak memahami jenaka dan sindiran)

Ciri-ciri autisme 3: Kesukaran berkomunikasi secara bukan lisan

Kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme mempunyai masalah untuk menangkap isyarat bukan lisan dan bahasa badan.

Ini menjadikan interaksi dua hala dalam hubungan sosial sangat sukar. Ciri-ciri anak autisme ringan seperti berikut:

ciri ciri autism
Anak autisme sukar berkomunikasi.
  • Mengelakkan pandangan, antara ciri ciri autism pada anak
  • Menggunakan ekspresi muka yang tidak sepadan dengan apa yang dikatakannya
  • Tidak dapat menangkap ekspresi wajah, nada suara dan gerak tubuh orang lain
  • Jarang membuat gerak isyarat (seperti menunjuk). Mungkin kelihatan dingin atau seperti robot
  • Bertindak balas secara luar biasa terhadap rangsangan visual, bau, tekstur, dan bunyi. Mungkin sangat sensitif terhadap bunyi-bunyi kuat. Boleh juga tidak bertindak balas terhadap orang yang masuk / keluar, serta usaha orang lain untuk menarik perhatiannya
  • Postur badan yang tidak normal, kelam-kabut, atau bergerak dengan aneh (contohnya, berjalan dengan terjungkit)

Ciri ciri autism 4: Bersikap tidak fleksibel

Kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme sering membataskan diri dengan satu aktiviti, tidak fleksibel kepada perubahan dan juga obsesif dalam tingkah laku, aktiviti, dan minat mereka.

Ini dapat dilihat dengan ciri-ciri anak autisme ringan seperti berikut:

  • Mengikut rutin yang tegar (contohnya, berkeras untuk mengambil laluan tertentu ke sekolah)
  • Sukar untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan dalam jadual atau persekitaran (contohnya, mengamuk jika perabot disusun semula atau tidur pada masa yang berlainan daripada biasa)
    ciri ciri autism
    Anak autism sukar mendengar arahan.
  • Kebergantungan yang luar biasa kepada mainan atau objek pelik seperti kunci, suis lampu, atau getah rambut. Terlalu obses menyusun atau mengaturkan benda dengan susunan tertentu
  • Terlalu minat pada sesuatu topik yang khusus, selalunya yang melibatkan nombor dan simbol (contohnya, menghafal dan membaca fakta tentang peta, jadual kereta api, atau statistik sukan)
  • Meluangkan masa yang lama menonton objek bergerak seperti kipas siling, atau memberi tumpuan kepada satu bahagian tertentu objek seperti roda kereta mainan
  • Mengulangi tindakan atau pergerakan yang sama berulang kali, seperti mengibas tangan, menggoyangkan diri, atau berpusing.
Ya, ciri-ciri autisme teruk di atas mencadangkan seorang kanak-kanak berisiko mengalami kondisi ini.

Fakta

Sesetengah kanak-kanak tanpa gangguan spektrum autisme mungkin mempunyai beberapa tanda-tanda ini, dan tidak semua kanak-kanak dengan autisme menunjukkan semua ciri ciri autism yang dikongsikan ini.

Disebabkan itu, penilaian lanjut adalah sangat penting. Jika anak anda mempamerkan sebarang ciri-ciri di atas atau sebarang tanda lewat perkembangan, sila dapatkan penilaian pakar.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Learn the Signs of Autism. https://www.autismspeaks.org/what-autism/from-first-concern-to-action/learn-signs, Accessed on July 9, 2022
  2. Does My Child Have Autism? https://www.helpguide.org/articles/autism-learning-disabilities/does-my-child-have-autism.htm, Accessed on July 9, 2022
  3. What are the Early Signs of Autism? https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/Autism/Pages/Early-Signs-of-Autism-Spectrum-Disorders.aspx, Accessed on July 9, 2022
  4. Autism spectrum disorder (ASD). https://www.cdc.gov/ncbddd/autism/signs.html, Accessed on July 9, 2022
  5. Autism: what is it? https://raisingchildren.net.au/autism/learning-about-autism/about-autism/asd-overview, Accessed on July 9, 2022

Versi Terbaru

22/11/2024

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Olivia Ajong


Artikel Berkaitan

Baby Susah Nak Tidur Jika Tak Didodoi? Ini 7 Cara Melatih Bayi Tidur Sendiri

Bagaimana Sendawakan Bayi Yang Selalu Tertidur Masa Menyusu? Ini Caranya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 21 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan