Sebagai ibu bapa, kita mungkin terlepas pandang bahawa kanak-kanak C-section mungkin mempunyai sistem imuniti yang lebih lemah disebabkan kekurangan bakteria baik dalam usus. Jangan risau, kini terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh mommies untuk sokong imuniti si manja mereka.
Jadi, apa yang perlu dilakukan? Segalanya bermula daripada nutrisi yang betul!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Kanak-kanak C-section mungkin memerlukan lebih sokongan imuniti dan kesihatan usus
Tahukah anda, kanak-kanak C-section mempunyai perbezaan bilangan mikrobiom usus di dalam badan? Mereka mempunyai ketidakseimbangan bakteria baik dalam usus, yang boleh menyebabkan imuniti dan kesihatan usus yang lebih lemah.
Oleh sebab itu, kanak-kanak C-section mungkin memerlukan sokongan untuk membina imuniti mereka.
Kesihatan usus adalah asas kepada kesihatan menyeluruh seorang kanak-kanak lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak C-section.
Dengan nutrisi yang betul dan penjagaan seimbang, ia membantu mereka membina usus yang kuat. Ia bukan sahaja menyokong imuniti yang lebih kuat malah menyokong perkembangan minda dan emosi si kecil yang lebih cerdas .
Apabila anak mempunyai imuniti yang baik, mereka akan menjadi lebih aktif, ceria dan cergas dalam aktiviti seharian.
Jadi, apa yang parents boleh lakukan?
Pilihlah nutrisi yang betul buat kanak-kanak C-section!
Pemilihan nutrisi yang betul memainkan peranan yang amat penting dalam membina imuniti yang lebih kuat dalam kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak C-section.
Untuk menyokong ibu-ibu C-section dalam membina imuniti anak-anak mereka, Mead Johnson Nutrition telah memperkenalkan Enfagrow A+ MindPro C-Biome, dirumus khas dengan prebiotik dan tahap 2′-FL tertinggi*untuk menguatkan imuniti, serta MFGM dan tahap DHA saranan pakar untuk menyokong perkembangan minda holistik kanak-kanak C-section.

Ketika pelancaran ini berlaku pada 4 September 2025, ia dihadiri oleh para ibu yang turut sama menyedari pentingnya memilih susu anak c-section yang betul di dalam membesarkan si manja mereka.
Acara ini dimulakan dengan sesi perkongsian dari pakar mengenai keperluan kanak-kanak c-section dan cara meningkatkan kekuatan sistem imun mereka.
Ada 6 station yang menarik seperti persampelan susu Enfagrow A+ Mindpro C-Biome, aktiviti menjahit dengan penuh kasih sayang bertajuk Stitches of Love, photo booth dan permainan ring toss untuk belajar tentang cara-cara bagaimana Enfagrow A+ Pro C-Biome boleh menyokong imuniti kanak-kanak C-section.
Cuba Enfagrow A+ MindPro C-Biome sekarang, dirumus khas dengan tahap 2’-FL tertinggi* dan prebiotik untuk Imuniti Kuat, Minda Cerdas kanak-kanak C-section.
Kini boleh didapati di AEON, Lotuss, Manjaku, dan farmasi terpilih!
*2′-FL tertinggi dalam rangkaian produk Enfagrow A+ MindPro.
[embed-health-tool-bmi]