backup og meta

Hari Bahagia Bertukar Ngeri? Ini Kesilapan Pakai Contact Lens Pengantin Selalu Buat!

Persoalan tentang cara pakai contact lens untuk pertama kali sering timbul, terutama dalam kalangan bakal pengantin yang ingin tampil cantik tanpa cermin mata pada hari bahagia. 

Hari Bahagia Bertukar Ngeri? Ini Kesilapan Pakai Contact Lens Pengantin Selalu Buat!

Namun, memakai contact lens atau kanta lekap tanpa pengetahuan yang betul boleh mengundang risiko kepada kesihatan mata. 

Jadi, apakah yang perlu diketahui bagi mereka yang ingin mencuba cara pakai contact lens buat pertama kalinya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Trend pakai contact lens untuk majlis kahwin: Cantik tapi berisiko?

Tular satu video di media sosial, TikTok, seorang pengantin tidak boleh membuka mata semasa bersanding.

Berdasarkan komen, ada yang mengatakan ia berpunca daripada contact lens. Ada juga yang kata ia disebabkan glitter masuk mata.

Hakikatnya masalah seperti ini sering sahaja berlaku. Antara isu yang menjadi puncanya adalah:

  • Tidak pernah belajar cara pakai contact lens dengan betul
  • Terus pakai pada hari majlis tanpa latihan
  • Membeli lens murah tanpa pengesahan keselamatan
  • Tidak tahu cara penjagaan yang betul
  • Memakai contact lens selepas makeup

Situasi ini boleh meningkatkan risiko iritasi mata, jangkitan dan ketidakselesaan sepanjang majlis.

Cara pakai contact lens untuk pertama kali dengan selamat

Bagi yang ingin mencuba cara pakai contact lens buat pertama kali, penting untuk memahami langkah yang betul terlebih dahulu.

Antara panduan asas cara pakai contact lens:

  • Basuh tangan dengan sabun dan keringkan sebelum menyentuh lens
  • Pastikan lens tidak terbalik sebelum dipakai
  • Gunakan cermin untuk membantu memasukkan lens dengan perlahan
  • Elakkan berkongsi contact lens dengan orang lain

Aspek yang lebih penting, namun sering dilupakan adalah bakal pengantin disarankan untuk cuba memakai beberapa hari atau lebih baik, beberapa minggu sebelum majlis supaya mata dapat menyesuaikan diri dengan contact lens yang dipakai.

Cara simpan contact lens yang betul

Selain cara pakai, cara simpan contact lens juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata.

Antara langkah yang perlu diikuti:

  • Gunakan larutan khas contact lens (bukan air paip)
  • Tukar larutan setiap hari
  • Simpan dalam bekas yang bersih
  • Elakkan guna lens yang sudah tamat tempoh

Mengabaikan cara simpan contact lens yang betul boleh menyebabkan jangkitan mata yang serius.

Cara buka contact lens tanpa mencederakan mata

Ramai yang tidak tahu bahawa cara buka contact lens juga perlu dilakukan dengan teknik yang betul.

cara pakai contact lens untuk pertama kali
Pastikan tahu cara tanggalkan lens yang betul.

Antara tips cara buka contact lens:

  • Pastikan tangan bersih sebelum menyentuh mata
  • Gunakan jari untuk menolak lens ke bawah sebelum mencubit perlahan
  • Elakkan menarik lens secara kasar

Jika dilakukan dengan betul, proses ini akan lebih selesa dan selamat.

Kenapa pakai contact lens mata kabur?

Ada yang mengalami masalah penglihatan selepas memakai lens dan tertanya kenapa pakai contact lens mata kabur.

Antara puncanya:

  • Lens kotor atau rosak
  • Mata kering
  • Pemakaian lens terlalu lama
  • Saiz atau jenis lens tidak sesuai

Jika simptom berterusan, hentikan penggunaan dan dapatkan pemeriksaan mata. Ini penting terutama bagi yang baru mencuba cara pakai contact lens untuk pertama kali.

Pakai lens berapa jam yang selamat?

Tempoh pemakaian juga penting. Oleh itu persoalan tentang tempoh pakai lens berapa jam perlu diberi perhatian, terutama pada hari majlis.

Secara umum:

  • Hadkan pemakaian sekitar 6–8 jam
  • Elakkan memakai terlalu lama tanpa rehat
  • Tanggalkan lens jika mata mula rasa pedih atau kering

Mengikuti panduan ini membantu mengurangkan risiko ketidakselesaan sepanjang majlis.

Penjagaan contact lens ketika majlis kahwin

Bagi bakal pengantin, penjagaan contact lens sangat penting untuk memastikan hari bahagia berjalan lancar tanpa gangguan.

Sebelum majlis:

  • Latih cara pakai contact lens untuk pertama kali beberapa hari lebih awal
  • Elakkan mencuba lens baru pada hari majlis
  • Pastikan lens yang digunakan berkualiti dan selamat

Semasa majlis:

  • Bawa bekas lens dan larutan sebagai persediaan
  • Elakkan menyentuh mata dengan tangan yang kotor
  • Guna ubat titisan mata apabila mata rasa kering
  • Tanggalkan lens jika mata tidak selesa

Selepas majlis:

  • Tanggalkan lens secepat mungkin
  • Bersihkan dan simpan dengan betul

Dengan persediaan yang baik, pengalaman memakai contact lens untuk pertama kali akan menjadi lebih selesa dan selamat.

Kesimpulan

Cara pakai contact lens untuk pertama kali bukan sekadar untuk nampak cantik, tetapi juga melibatkan aspek keselamatan mata. 

Ramai yang terlepas pandang perkara ini, terutamanya apabila memakai lens hanya untuk majlis perkahwinan. 

Dengan memahami cara pakai, simpan dan penjagaan yang betul, bakal pengantin dapat mengelakkan risiko dan menikmati hari bahagia dengan lebih yakin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Contacts. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10737-contacts. Diakses April 7, 2026.

Contact Lens Care. https://www.aoa.org/healthy-eyes/vision-and-vision-correction/contact-lens-care. Diakses April 7, 2026.

Guide to Contact Lenses. https://www.optometrists.org/general-practice-optometry/optical/guide-to-contact-lenses/. Diakses April 7, 2026.

Tips for Inserting and Removing Soft Contact Lenses. https://www.optometrists.org/general-practice-optometry/optical/guide-to-contact-lenses/common-contact-lens-problems/6-tips-to-insert-and-remove-your-soft-contact-lenses/. Diakses April 7, 2026.

How to Put In Contact Lenses. https://www.aao.org/eye-health/treatments/how-to-put-in-contact-lenses. Diakses April 7, 2026.

Versi Terbaru

07/04/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Kanta Lekap: Penjagaan Dan Risiko Pemakaiannya

Jangan Semberono Pakai Kanta Lekap! Aspek Penjagaan & Kebersihan WAJIB Dititikberatkan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 6 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan