Disleksia Memerlukan Pendekatan Berbeza

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 08/10/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Mempunyai seorang anak yang mengalami disleksia tentu bukan satu hal yang mudah dihadapi oleh semua ibu bapa. Setiap orang pasti mengharapkan anaknya dapat membesar dan belajar sama seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengan anaknya.

Setiap anak adalah unik – jangan membandingkan dengan anak lain!

Apabila terdapat kelewatan dalam bercakap, membaca dan belajar, ibu bapa akan mula resah dan risau dengan prestasi serta masa depan anaknya itu. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak kakak atau adiknya lebih terkehadapan dalam banyak segi.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh setiap ibu bapa adalah bahawa setiap anak adalah unik dengan caranya tersendiri. Tidak perlu anda terlalu membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain. Kelewatan atau kekurangan dalam satu perkara tidak bermakna mereka lemah. Sudah tentu banyak sudut lain di mana mereka lebih terkehadapan berbanding orang lain.

Cukup untuk anda fokus pada anak anda tanpa berlumba-lumba menjadikan anak anda lebih hebat dan berjaya daripada orang lain.

Disleksia bukan masalah kesihatan mental

Ia adalah masalah pembelajaran di mana terdapat kesukaran dalam beberapa proses pembelajaran seperti bercakap, membaca dan menulis. Kecerdasan dan IQ mereka tidak terjejas, bahkan sebahagian daripada mereka mempunyai kreativiti dan kecerdasan yang sangat tinggi.

Oleh itu, anda tidak perlu rasa terlalu risau bahawa anak anda seorang yang ‘bodoh’ atau ‘lembap’. Apa yang mereka perlukan sebenarnya adalah pendekatan yang sedikit berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Jika anda mengesyaki bahawa anak anda mungkin mengalami disleksia seperti lambat bercakap, membaca, mengenal huruf dan menulis, sila dapatkan nasihat perubatan daripada pakar di hospital atau klinik. Terdapat terapi dan kaedah pembelajaran oleh pakar khusus bagi kanak-kanak disleksia .

Selain itu, anda boleh membantu buah hati anda melalui aktiviti di rumah seperti:

  • Bacakan buku kepada mereka.
  • Bincangkan tentang isi daripada buku yang dibaca bersama.
  • Baca buku yang sama berulang kali.
  • Galakkan mereka membaca dengan sendiri.
  • Jadikan aktiviti membaca sebagai satu perkara yang menyeronokkan.
  • Gunakan teknologi seperti gajet dan komputer sebagai alat bantuan mengajar.

Hargailah anak anda walau apa pun kelebihan dan kekurangan yang mereka miliki.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apakah Jenis-jenis Disleksia?

    Menurut Persatuan Disleksia Antarabangsa, disleksia adalah satu keadaan yang menjejaskan sebanyak 15 peratus (%) hingga 20% daripada penduduk. Ia adalah ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan simptom yang berbeza. Simptom ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Disleksia Dalam Kalangan Dewasa

    Bagaimana disleksia memberi kesan kepada dewasa? Disleksia adalah ketidakupayaan untuk mengaitkan bunyi perkataan dengan huruf yang perkataan tersebut. Ia dianggap cacat pembelajaran, tetapi ia tidak mempunyai kaitan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 01/10/2018 . 2 minit bacaan

    Disleksia: Apa yang Anda Perlu Tahu

    Apa itu disleksia? Disleksia adalah gangguan pembelajaran yang memberi kesan terhadap keupayaan untuk membaca, mengeja, menulis dan bercakap. Bagi mereka yang mengalaminya, otak memproses bahan bertulis secara berbeza ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 01/10/2018 . 2 minit bacaan

    Disleksia: Keunikan Pada Cara Otak Berfungsi

    Disleksia bukan sejenis penyakit mental. Ia adalah kesukaran yang berlaku dalam proses pembelajaran. Mereka yang mengalami disleksia mengambil masa lebih lama untuk bercakap, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Artikel lain untuk anda

    perkembangan otak bayi

    Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    tabiat membaca

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    buta wajah

    Sukar Mengenal Wajah: Fahami Kesukaran Penghidap Prosopagnosia (Buta Wajah)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 20/12/2018 . 3 minit bacaan

    5 Salah Faham Tentang Disleksia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 31/10/2018 . 2 minit bacaan